• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2008
    I S R K J S A
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 238,497 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KENYATAAN MEDIA ANWAR BERKENAAN ISU LIWAT 2008

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

TARIKH PENTING PERSATUAN PEGUAM PEMBELA ISLAM

Makluman Peguam Pembela Islam: PENTING DAN MOHON DISEBARKAN

Tarikh-tarikh penting untuk perhatian:

7 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes Tanah Perkuburan Kota Kemuning – Mahkamah Rayuan Putrajaya

Ini adalah permohonan Semakan Kehakiman oleh 187 orang bukan Islam terhadap penggunaan sebidang tanah yang masih belum digazetkan untuk tanah perkuburan Islam. Empat Jenazah Islam telahpun disemadikan di sana. Dan sekiranya permohonan semakan kehakiman tersebut dibenarkan empat jenazah Islam itu terpaksa digali semula. Sekarang perintah injunksi telah dikeluarkan bagi menghalang jenazah Islam lain dikebumikan di sana. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memohon untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil. MAIS merayu terhadap keputusan tersebut.

9 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes penggunaan kalimah ‘Allah’ – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – permohonan untuk semakan kehakiman (Judicial Review)

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catolic Church of Kuala Lumpur untuk mengkaji semula keputusan kerajaan menghalang gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly. Mereka juga memohon deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan ALLAH bagi tujuan agama mereka.

5 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah ‘Allah’ Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – Writ Saman

Pihak Titular Roman Chatolic Church of Kuala Lumpur telah memfailkan Writ Saman untuk deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam.

7 & 8 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah ‘Allah’ (Sidang Injil Borneo) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Sidang Injil Borneo kerana merampas bahan-bahan cetakan berbahasa Indonesia yang merujuk beberapa perkataan digunakan untuk merujuk kepada agama Kristian. Mereka juga memohon menggunakan perkataan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT bagi kegunaan pendidikan agama Kristian. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk disebarkan di Malaysia.

Seruan:

Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh tersebut di atas bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta kepada pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan. Sebarang pertanyaan/ pengesahan kehadiran boleh berhubung dengan Hj. Zainul Rijal Abu Bakar (0192351555) atau Azril Mohd Amin (0123037110) .

Sekian,

Peguam Pembela Islam [PPI]
Pertubuhan-pertubuh an Pembela Islam [PEMBELA]

www.myislamnetwork. net

TERENGGANU TRANSIT PENGEDARAN DADAH

Terengganu Kini Negeri Transit Pengedaran Dadah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Sunday, 29 June 2008
//buletinonline.net/images/berita7/trgdadah.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu Terengganu kini dipercayai cuba dijadikan sebagai negeri transit mengembangkan jualan dadah ke pasaran gelap tempatan oleh sindiketpengedaran dadah yang mempunyai rangkaian di pantai timur

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Anti Narkotik (D8) negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata pihaknya menyedari kecenderungan sindiket berkenaan dan kini meletakkan beberapa kawasan di negeri ini dalam pengawasan pihak berkuasa.

Sehubungan itu, pihak berkuasa kini meningkatkan risikan dan pemantauan di beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti dalam usaha mengelak negeri ini daripada terus menjadi pilihan sindiket menjalankan kegiatan haram.

“Kita mempunyai maklumat berhubung perkara itu dan sedang memerhati gerak-geri individu disyaki kerana percaya mereka kini lebih berminat memilih Terengganu kerana sindiket berkenaan percaya lokasi sedia ada mereka kurang selamat” kata Roslan

Kerancakan aktiviti pengedaran serta kesalahan berkaitan dadah kini didapati cenderung berlaku di kawasan sempadan negeri dan ia terbukti berikutan rampasan pelbagai jenis dadah di Kemaman, Terengganu yang bersempadan dengan bandar Kuantan, Pahang.

Ia dikesan dalam Ops Sepadu membabitkan hampir 400 anggota dan pegawai polis dari seluruh kontinjen Terengganu yang telah merampas 106 biji pil kuda, satu peket kecil serta 30 tiub heroin seberat 0.8 gram, 25 peket ganja, 12 tiub kecil syabu, 575 gram serbuk ketum dan wang tunai campur RM13,305 hasil jual dadah –  Sumber HMetro

IMBUHAN ATLIT CECAH LEBIH SEJUTA!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan pada Imbuhan Atlit Malaysia yang akan beraksi di sukan olimpik di China tak lama lagi. Ini mengundang kemarahan kepada rakyat Malaysia secara amnya kerana ia umumkan dalam keadaan tanahair dilanda isu kenaikan harga bahan api. Dalam keadaan rakyat diseru agar berhemah dalam berbelanja, kerajaan mengumpan atlit-atlit negara dengan habuan wang ringgit yang mewah sehingga ditawarkan 1JUTA untuk mana-mana atiit yang berjaya memperolehi pingat emas. Di bawah ini senarai tawaran imbuhan sukan olimpik:-

Kenaikan Imbuhan Olimpik

Individu
Emas: RM1 Juta (USD160,000)
Perak: RM300,000 (USD80,000)
Gangsa: RM100,000 (USD40,000)

Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang

Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu

Bayaran pencen

Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000

Di manakah letaknya hak rakyat yang saban hari memikirkan bagaimana mahu menambah pendapatan untuk menyara anak isteri. Lebih-lebih lagi yang tinggal di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan KUALA TERENGGANU(kos sara hidup kedua tertinggi di Malaysia). Kalau pun mungkin mereka boleh memberi alasan bahawa apalah sangat  RM1 juta itu bagi rakyat Malaysia yang mencecah lebih 25 juta, maka jawab rakyat, tolong hormati perasaan kami yang sedang kesusahan akibat perbuatan tangan-tangan ‘manusia’ ini.

FAKTA : BAGAIMANA MENTERI TIPU RAKYAT

Dipetik dari tranungkite.net

Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah
berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.

Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000

Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar
bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!

Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)

Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter
minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!

Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!

Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar.. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!

Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:

Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..

Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.

USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.

RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.

Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.

Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?

Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!

Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah
keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan
kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun..

Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.

Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.

1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134

Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol.

1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh).

Maka,

2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol.

Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita
akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong.

Secara teknikalnya,

Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 = RM858

Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setong

Kita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.

Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)

Analisis lain:

1 tong minyak mentah = 159 liter

46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.

46% dari 159 liter = 73.14 liter

73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong
minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong)

USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong. Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain. Baki USD70.16 tidak diambil kira.

PErsoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak sekian lama?

Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.

Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.

Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen
beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat ‘ganti rugi’ untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat bayar.

BEtapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc.. Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta lain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun..

Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?

Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245
sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga
meningkat sebanyak 40%. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?

Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya sejajar?

Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi
subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.

Fikirkan:
Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15.. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.

PErsoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?

Jawapannya:
Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri!

Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak?

BAGITAU SEMUA KAWAN2 ANDA

KEPUTUSAN ‘HEARING’ PETISYEN DUN LADANG

BERITA BAIK!!!

‘HEARING’ PETISYEN DUN LADANG PADA HARI INI (24 JUN)TELAH DITOLAK OLEH HAKIM MAHKAMAH TINGGI.

Pada 28 April lalu, UMNO Terengganu telah memfailkan petisyen membantah keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu bagi DUN Ladang. Hakim memutuskan untuk mendengar kes pada 24 Jun iaitu hari ini. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu tadi menolak permohonan Umno Terengganu untuk mengira semula undi pos yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya kerana sampul undi pos tersebut tidak ditandatangani oleh pegawai.

Ketua Umno cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut membuat petisyen bagi Dun Ladang serta menamakan Dato’ Tengku Hassan sebagai responden melalui peguamnya dari Shafee & Co.

Petisyen berkenaan telah menamakan tiga responden iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Mat Razali Kassim, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.

Dalam PRU ke-12 lalu, calon BN bagi Dun Ladang, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh yang juga Bendahari Badan Perhubungan Umno Terengganu telah tewas dengan majoriti 31 undi kepada calon PAS tersebut.

JADUAL PROTES

LAGI JADUAL DEMO/ CERAMAH/ EDAR RISALAH PROTES “RAKYAT NAIK MINYAK” DI SELURUH NEGARA

22 Jun 2008 (Ahad) : Kajang, Stesen Petronas, Jam 11.00 Pagi (Hubungi 019-227 5982)

22 Jun 2008 (Ahad) : Gombak, Depan Sekolah Teknik, Jam 2.30 Petang (Hubungi 012-618 2534)

27 Jun 2008 (Jumaat) : Road Show PROTES Di Terengganu

28 Jun 2008 (Sabtu) : Road Show PROTES Di Parit Buntar, Perak

29 Jun 2008 (Ahad) : PROTES Di Sana Sini – Nilai,Seremban (Hubungi 019-227 5982) Dan Road Show PROTES Di Melaka

30 Jun 2008 (Isnin) : Road Show PROTES Di Pulau Pinang (Hubungi 013-420 3611)

4 Julai 2008 (Jumaat) : Ceramah PROTES Di Dataran Pasar Malam Kamunting, Taiping, Perak, Jam 9.00 Malam

PROTES MINYAK 6 JULAI DI PETALING JAYA

PENGUMUMAN

RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA ORANG TERENGGANU DISERU BERSAMA-SAMA MENYERTAI DEMONSTRASI AMAN ANJURAN PROTES DI HADAPAN AMCORP MALL, PETALING JAYA PADA :

6 JULAI 2008

9 PAGI

PAKAI WARNA MERAH!!!

YB NAIK BASIKAL KE PARLIMEN

ULANGTAHUN KEMATIAN USTAZ FADZIL MOHD NOOR

Hari ini genap 6 tahun pemergian Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Bagi mengenang jasa beliau, kami paparkan kisah beliau untuk tatapan semua.

…………………………………………………………

Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan peribadinya di dalam semua aspek kehidupan.

//buletinonline.net/images/berita6/fadzil3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama, perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdampingan dengan masyarakat, beliau dianggap sebagai pemimpin berkarisme. Semuanya itu hasil daripada latar belakang keluarganya dan juga pendidikan, di mana telah membentuk beliau sebagai seorang insan yang berperibadi tinggi dan dihormati.

Latar belakang keluarga

Dato’ Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.

Pendidikan

Sejarah awal pendidikan Dato’ Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962.

Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Perkahwinan

Dato’ Hj Fadzil Mohd. Noor telah mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Datin Hajjah Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Setar, Kedah. Kemudian setelah berkahwin turut bersama melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar bersama suaminya.

Hasil perkahwinan beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.

//buletinonline.net/images/berita6/fadzil6.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Bakat Kepimpinan

Sememangnya diakui bahawa beliau memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Bakat kepimpinan beliau mula terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya ketika menuntut di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq.

Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah bahagian pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.

Walau bagaimanapun, pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau telah meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan memegang jawatan Setiausaha Penerangan Pertubuhan itu tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden Abim apabila Presiden ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Sepanjang penglibatan dalam Abim, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974.

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai Exco PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah meyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

Tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS tahun 1989 sehingga sekarang dengan gelaran Presiden PAS.

//buletinonline.net/images/berita6/fadzil5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Pembabitan awal Dato’ Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN kawasan tersebut.

Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd. Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Hj. Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Dan yang terbaru ialah dalam pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, beliau berjaya mengalahkan calon BN, Dato’ Othman Abdul di Parlimen Pendang dengan majoriti 19,474. Dan di DUN Anak Bukit dengan majoriti 1,480 dengan mengalahkan calon BN. Dato’ Hasbullah Hasnan Kamaruddin. Kemenangan beliau buat pertama kalinya di kawasan Parlimen telah disusuli oleh 26 lagi wakil PAS.

Dan beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Manakala di DUN Kedah pula telah disusuli oleh 11 lagi wakil menjadikan wakil PAS di SUN Kedah seramai 12 orang sebelum kemenangan calon KeADILan, Saifudin Nasution Ismail di DUN Lunas dalam pilihanraya kecil akhir tahun 2000 yang lalu. Dengan kemenagan calon BA di DUN Lunas itu menjadikan wakil BA di DUN Kedah seramai 13 orang. Dan kerajaan negeri Kedah kehilangan suara 2/3 di dalam DUN Kedah.

……………………………..

DPPKT: MARILAH KITA SEDEKAHKAN BACAAN AL FATIHAH BUAT PEJUANG AGAMA, DATO’ HAJI FADZIL MOHD NOOR.