MB Terengganu Mat Said masuk ofis hari ini bagi memulakan tugas baru beliau. Beliau ke Wisma Darul Iman seawal jam 8 pagi, kemudian adakan masjlis solat hajat (macam Deris awal2 jadi MB juga) dan buat ‘press conference’.
Semalam(24 Mac), beliau diberitakan mengadap Sultan Terengganu yang juga DYMM Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan di Istana Terengganu di Ibu kota. Sekembalinya di Terengganu, beliau disambut oleh 3000 penyokong di Kemaman.
Katanya, beliau tidak pernah meminta diberikan jawatan itu, sebaliknya “ia berlaku atas kehendak dan ketentuan Ilahi.”
Justeru kata Ahmad, tiada sebab mengapa beliau boleh dikenakan tindakan disiplin iaitu dipecat daripada UMNO dan dituduh menderhaka kepada parti.
“Tidak timbul soal saya derhaka sebab selama ini saya berjaya menyatu dan mengukuhkan UMNO Bahagian Kemaman sehingga bilangan ahli parti di kawasan ini termasuk Puteri mencecah lebih 40,000 orang.
Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan bahawa Idris akan mengadap Sultan Terengganu dalam tempoh terdekat bagi meminta keampunan dari Sultan atas segala kekecohan yang berlaku.
Semalam, KeAdilan Terengganu membuat laporan polis terhadap penderhakaan 23 adun Umno Barisan Nasional terhadap Sultan Terengganu. Menurut undang-undang negeri, sesiapa yang didapati menderhaka kepada Sultan (termasuk menghina) boleh diambil tindakan buang daerah.
Setiausaha Dewan Pemuda Kuala Terengganu ketika dihubungi menegaskan bahawa Pemuda menerima dengan penuh hati terbuka terhadap pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu walaupun beliau dikaitkan dengan kisah perobohan Masjid Bujal dan sikap kurang ajarnya dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau juga menyatakan kekesalan di atas kebiadaban penyokong-penyokong Barisan Nasional yang membawa kain rentang yang berbunyi “KAMI NAK IDRIS, NATANG”. (Natang adalah singkatan dari perkataan binatang).
“Ini merupakan suatu perkara yang serius, dan boleh ditafsirkan sebagai menghina Sultan Terengganu. Saya rasa pihak polis perlu ambil tindakan di bawah Seksyen 4 ,Akta Hasutan 1948.” Katanya ketika dihubungi awal pagi ini.
dppkt: satu derhaka ke parti, satu lagi derhaka ke sultan. DUA2 DERHAKA KE TUHAN DOK SEDOR…
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Politik, Terengganu | 3 Comments »