• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

JOM SOLAT HAJAT SOKONG SULTAN TERENGGANU

DPPKT menyokong penuh usaha-usaha NGO yang menyokong Sultan Terengganu dan Institusi Raja Melayu. Mampat dan beberapa ngo lain akan mengadakan solat hajat esok hari iaitu 27 Mac 2008 bersamaan 19 Rabiul Awal 1429 bertempat di Masjid Tengku Tengah Zaharah (MASJID TERAPUNG), Kuala Ibai, selepas solat Isya’.

Manakala sebelah petang hari yang sama, rakyat Terengganu akan bersama-sama menandatangani  papan tanda sebagai tanda sokongan terhadap Sultan Terengganu dan Institusi Raja.

Di bawah ini disertakan kad jemputannya:

daulattuanku.jpg

dppkt: Daulat Tuanku…Patik tok suke orang ccakap hudoh-hudoh ke Tuanku

Advertisement

PENDOKONG IFC JADI MENTERI?

ISLAM DI MALAYSIA DI TAHAP BAHAYA

zaid-ibrahim.jpg

Saya yakin masyarakat Islam di Tanah Air ini masih ingat isu-isu perbahasan Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, cadangan penubuhan Inter-Faith Council (IFC) dan pertubuhan Artikel 11.

Satu-satunya nama orang Melayu Islam yang agak sinonim sebagai pendokong IFC dan Article 11 serta mempersoalkan keperluan wujudnya Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ialah Zaid Ibrahim.

Fasal 121(1A) hangat dibincangkan selepas isu kematian Muhammad (Moorthy) Abdullah. Zaid adalah antara mereka yang mengesa kerajaan untuk membatalkan peruntukan yang telah memartabatkan Mahkamah Syariah pada tahun 1988.

Kini Pak Lah telah melantik dia sebagai senator dan menjawat menteri yang bakal melakukan “reform” perundangan.

Apakah yang bakal Zaid lakukan? Apakah dia akan cadang untuk pinda Perlembagaan Persekutuan Fasal 121 (1A)? Jika itulah yang Pak Lah harapkan dengan membawa masuk Zaid sebagai menteri maka Mahkamah Syariah akan hilang wibawanya.

Zaid juga terlibat dalam beberapa sesi penerangan yang dilakukan oleh pertubuhan Article 11 (lanjutan kes Shamala) yang dibantah oleh orang ramai dengan dokongan pelbagai NGO Islam sekitar 2007. IB pasti ramai yang masih ingat bantahan yang dilakukan di JB dan Pulau Pinang. Tidak kurang juga ada di kalangan kita ditangkap dan terpaksa dihadapkan di mahkamah demi membela Islam.

Sebagaimana dilaporkan oleh pertubuhan Prowaris, Menteri Besar Johor, Ghani Othman, pernah memperakui bawa Zaid adalah “pencadang asal kandungan Akta WPI 664″ dalam mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diluluskan dengan tergesa-gesa dan dilihat sebagai “menjual” wilayah tersebut kepada Singapura.

Apakah hebat sangat Zaid hingga dialah diharapkan oleh Pak Lah untuk “reform” sistem perundangan? Seorang blogger mengatakan bahawa orang Kota Bharu “tidak bodoh kerana menolak Zaid“.

Cuba baca komen-komen dan pujian yang diperolehi oleh Zaid selepas pengumuman dibuat. Kesemua yang memujinya adalah mereka yang kerap dilihat pernah memusuhi Islam.

Zaid memang di antara segelintir orang Melayu yang menyokong IFC.

Sama-samalah kita doakan agar Islam terpelihara di Tanah Air kita.

Ibrahim Baba
Sekian, IB

PROWARIS DESAK PAK LAH LETAK JAWATAN

Penulis tidak begitu kenali NGO Prowaris dan pendokongnya secara mendalam. Tetapi berdasarkan kepada penilaian zahir yang ada pada laman webnya, ternyata ia sudah tentu bukan proksi Pas. Dasar penubuhan NGO ini ialah semangat kebangsaan melayu(macam umno je..). Ia merupakan singkatan “Pertubuhan Profesional dan Pewaris bangsa”. Antara penggeraknya ialah Nonee Radzi yang tidak bertudung. Sudah tentu lah ia sebuah NGO yang tidak meletakkan asas Islam sebagai keutamaan perjuangan (sama macam umno la..).

Tetapi yang menarik, ia mendesak Pak Lah letak jawatan!!! Ia juga dalam satu kenyataan medianya mendesak Kerajaan baru Pulau Pinang agar tidak terburu-buru untuk menggugurkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. Nampaknya Prowaris sangat tulus dan jujur dalam membela bangsa Melayu…

Apa pun, sila baca desakan Prowaris terhadap Pak Lah di bawah ini:

undursmall.jpg

cover_letter_prowaris_menuntut_pak_.jpg

prowaris-letak_jawatan_pak_lah2.jpg

PAS UMUMKAN 4 PERKARA PENTING

PAS umumkan 4 perkara penting
Posted on Thursday, March 13 @ 08:32:38 MYT by greenboc
Berita Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan empat perkara penting yang menjadi isu sekarang dalam sidang medianya selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.

Perkara itu adalah:

1) Beliau sendiri telah menandatangani surat bagi pihak PAS kepada Sultan Selangor menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

2) PAS hanya berunding dengan PKR dalam isu Exco Kedah dan telah memberikan tiga kerusi untuk PKR tentukan wakilnya dalam kerajaan negeri. Terserah kepada PKR untuk memilih exconya dan PAS telah menyatakan kesediaannya jika salah satunya adalah dari DAP.

3) PAS tidak menolak sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana dasar itu ada juga kebaikannya. Bagaimanapun, PAS bersetuju dengan dasar-dasar baik yang dikemukakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya telah dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan termasuk dasar mengisytiharkan harta, tender terbuka dan sebagainya.

4) Buat masa sekarang, beliau tidak ada masa dan minat untuk berunding dengan Umno sehinggalah kesemua kerajaan negeri BA selamat ditubuhkan. Selepas itu, PAS bersedia untuk berunding dengan Umno untuk kepentingan negara.

Turut serta bersama beliau dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Kenyataan Media disiarkan di radio TKO.fm

SIRI BONGKAR 2

I.D: T715511
Nama: Amran B. Zainuddin
Tarikh Lahir: 04 Jan 1967
Jantina: Lelaki
Lokaliti: TUDM B’Worth
Daerah Mengundi: Jalan Mesjid
Dun: Telok Ayer Tawar
Parlimen: Tasek Glugor
Negeri: Pulau Pinang
Polling Center: Pos
Serial No: 363

I.D: 670104075529 / A0624038
Nama: Amran B. Zainuddin
Tarikh Lahir: 04 Jan 1967
Jantina: Lelaki
Lokaliti: Jln Tok Muda Hj Mohamad
Daerah Mengundi: Pekan Karak
Dun: Sabai
Parlimen: Bentong
Negeri: Pahang
Polling Center: Sekolah Menengah Kebangsaan, Karak
Serial No: 864

So, En Amran will cast his votes in Telok Ayer Tawar (DUN) and Tasek Glugor (Parliament), Penang by post and he personally will go back to vote at Sabai (DUN) and Bentong (Parliament), Pahang

I.D: T719756
Nama: Hazely Razin Bin Yaakub
Tarikh Lahir: 09 Sep 1975
Jantina: Lelaki
Lokaliti: TUDM B’Worth
Daerah Mengundi: Jalan Mesjid
Dun: Telok Ayer Tawar
Parlimen: Tasek Glugor
Negeri: Pulau Pinang
Polling Center: Pos
Serial No: 1019

I.D: 750909035727 / A3170255
Nama: Hazely Razin Bin Yaakub
Tarikh Lahir: 09 Sep 1975
Jantina: Lelaki
Lokaliti: Kg. Bharu
Daerah Mengundi: Kampung Bharu Sungai
Dun: Pasir Pekan
Parlimen: Tumpat
Negeri: Kelantan
Polling Center: Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mayidin,
Serial No: 1032

So, its the same for En Hazely who will having to use postal votes at Telok Ayer Tawar (DUN) and Tasek Glugor (Parliament), Penang and he personally goes back to Kelantan to vote at Pasir Pekan (DUN) and Tumpat (Parliament), Kelantan.

If MAFREL and the opposition parties would get a list of all the army, navy and armed forces personnels and their ID numbers, including the police, Rela, government servants and must include all UMNO, MCA, MIC, Gerakan and PPP members, we can run through a thorough check to discover the amount of phantom voters.

Double voting; that’s why they win big and win all the time!

I hope those Election Watch organizations and NGOs would scrutinize the voters list at SPR. Maybe, the Agong may need to step in and get the SPR to be audited.

In fact, I too run a check on the two persons above, each twice using their Tentera ID and also using their NRD ID to confirm that such double voting exists.

You too can check it at http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp

Note: The last of two pictures of the six is captured in 2007 whereas the above four are captured today.

7 MENTERI BESAR AKAN TERKELUAR

Cerita pilihanraya : 7 Menteri Besar akan terkeluar

7 Menteri Besar dan Ketua Menteri dijangka akan terkeluar dalam pilihanraya ke 11 nanti. 3 daripada mereka dijangka berpindah untuk bertanding di peringkat Parlimen.
Mereka yang bertanding di peringkat Parlmen dijangka hanya akan dilantik menjadi Timbalan Menteri. Sekiranya megikut susunan jemaah menteri dan Ahli MKT sekarang, 7 Ahli MKT teratas – 2 Menteri Besar/Ketua Menteri, 2 Menteri Penuh dan 3 Timbalan Menteri. Maka besar kemungkinan 3 daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri yang bertanding di peringkat Parlimen akan hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri atau sekadar menjadi MP biasa.
Antara yang dijangkakan untuk digugurkan adalah Menteri Besar Perak, Perlis, Johor dan Sabah sementara yang dijangkakan untuk berpindah ke Parlimen antaranya Mentri Besar Selangor dan Negeri Sembilan.
Kemungkinan ada perancagan dari Tingkat 4 untuk meletak dikalangan Pemuda yang menyokong mereka menjadi Menteri Besar.
Perancangan ini bagi memastikan Naib Ketua Pemuda Sekarang tidak mendapat tentangan untuk bertanding menjadi Ketua Pemuda di Pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas pilihanraya nanti.
Yang di jangka kekal menjadi Menteri Besar adalah Menteri Besar Kedah dan Terengganu. Nasib Ketua Menteri Melaka tidak diketahui tetapi mungkin juga terkeluar kerana faktor kesihatan.

DATO’ ISHAK BAHAROM KEMBALI KE RAHMATILLAH

ust-ishak_1.jpgRabu, 30 Januari- DPPKT menerima sms dari seorang kenalan menyatakan bahawa Dato’ Ishak Bahrom, bekas mufti Selangor, dibawa ke hospital dalam keadaan koma. Beliau meminta rakan-rakan di Terengganu sama-sama berdoa untuk kesejahteraan Dato’ Ishak. Selepas zohor, sekitar jam 3 petang, ada kawan terima sms mengatakan Dato’ Ishak Baharom telah kembali ke rahmatillah.

Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Dato’ Ishak Baharom di atas pemergiannya.

Semasa hidupnya, Dato’ Isha Baharom terkenal dengan sikap tegasnya dalam membanteras gejala maksiat di negeri Selangor. Pembaca sudah tentu masih ingat kisah penahanan beberapa peserta Ratu cantik beragama Islam oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor kerana melanggar Enakmen Syariah di negeri tersebut. Beliau dengan tegasnya mempertahankan tindakan pegawai-pegawai JAIS di saat ramai pemimpin kerajaan ketika itu mencemuh tindakan tersebut. Ekoran daripada peristiwa itu, beliau ditamatkan perkhidmatan oleh kerajaan negeri ketika itu.

Tindakan beliau itu merupakan suatu manifestasi perintah Allah supaya umat Islam khususnya golongan ulama’ agar melaksanakan tugas amar ma’aruf nahi munkar. Ia juga merupakan suatu jihad yang diiktiraf oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Sebaik-baik jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Marilah sama-sama kita hadiahkan al fatihah buat al marhum Dato’ Ishak Baharom.

PENDEDAHAN PENYELEWENGAN SPR!!

Semakin hari, bahang pilihanraya semakin dekat. Semakin hari juga, Barisan Nasional dengan jentera kerajaannya semakin membuat persiapan ke arah mengisytiharkan pembubaran parlimen. Tugas kami sebagai pembangkang sekaligus penasihat kepada kerajaan, akan terus menegur dan mendedahkan penyelewengan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia agar menunaikan tanggungjawab dengan baik dan beramanah.

Beberapa minggu yang sudah, ada blogger yang mendedahkan kesilapan SPR dengan cara yang agak unik iaitu dengan mengarang cerpen yang mengisahkan seorang wanita yang bernama Kampung Mengabang Tengah yang namanya tertera sebagai salah seorang pengundi yang sah di Kg Mengabang Tengah!! Selang beberapa hari  selepas didedahkan, pelayar internet tidak lagi menjumpai nama Kg Mengabang Tengah dalam daftar SPR secara online. Ini bermakna proses teguran itu berjaya dan SPR menyedari kesilapannya dan membetulkannya. Di bawah merupakan salinan carian tersebut:

Maklumat carian anda adalah seperti berikut:

Kad Pengenalan : 820201115212
Nama : KG MENGABANG TENGAH
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 036 / 16 / 09 / 001 – KG MENGABANG TENGAH
Daerah Mengundi : 036 / 16 / 09 – MENGABANG TENGAH
DUN : 036 / 16 – BATU BURUK
Parlimen : 036 – KUALA TERENGGANU
Negeri : TERENGGANU
Status Rekod : DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Sidang pembaca yang dihormati, di bawah ini merupakan beberapa contoh lagi kesilapan (mungkin juga disengajakan) yan tidak sepatutnya dibuat oleh SPR kerana terlalu ketara dan bukan sekali tetapi melibatkan banyak individu yang sebenarnya tidak layak lagi mengundi:
http://daftarj. spr.gov.my/

Begini kah BN menang ????  Fikir Sendiri ?????

IC: 991214740101
IC: 910815750017
IC: 981231081137
Budak Sekolah pun boleh undi!!!

Sidang pembaca boleh cuba membuat carian di laman web SPR sebagaimana tertera di atas dan nilailah sendiri apa yang sedang berlaku di negara Malaysia kita yang tercinta ini.

InsyaAllah kita akan lihat banyak lagi kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam data SPR. Jangan terkejut, sekiranya selepas artikel ini dibaca, nombor-nombor kad pengenalan tersebut akan dipadamkan oleh kakitangan SPR!!

ISU KAFIR MENGKAFIR

ISU KAFIR MENGKAFIR : Fitnah yang tidur dibangunkan kembali
Posted on Saturday, January 26 @ 08:57:05 MYT by greenboc
Komentar Oleh al-bakistani

Kekufuran merupakan salah satu kezaliman yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran. 
Firman Allah;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آَتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
          “Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,” orang itu berkata: “Saya dapat menghidupkan dan mematikan.” Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

(Surah Al-Baqarah : 258) 

 



Ayat dari firman Allah ini, menceritakan tentang debat yang berlaku diantara raja yang memerintah ketika itu dengan Nabi Ibrahim. Perdebatan yang melahirkan satu natijah, iaitu raja yang memerintah disebut oleh Allah sebagai orang yang kufur tidak dapat menjawab segala hujjah yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim yang akhirnya Allah melebelkan raja itu dari kalangan golongan yang melakukan kezaliman.


Dari itu, dapat difahami, antara perkara yang disebut sebagai zalim adalah melakukan amalan kufur terhadap Allah SWT.

Antara amalan kufur terhadap Allah adalah dengan menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai sandaran undang-undang kehidupan.

Firman Allah;

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
          “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 51)


ZALIM KEKUFURAN TIDAK BOLEH DISOKONG


Dengan kefahaman di atas, jelas kepada kita, kezaliman yang berbentuk kekufuran ini tidak selayaknya di sokong. Yang lebih jahat adalah, mengungkapkan beberapa ungkapan untuk menjatuhkan golongan yang berusaha hendak menjatuhkan kezaliman.


Mengeluarkan isu kafir-mengkafir ekoran berbeza fahaman parti, merupakan satu sikap yang tidak adil. Ini adalah kerana, banyak kenyataan-kenyataan golongan tertentu di akhir tahun 80 an dan di  awal 90 an dahulu yang sememangnya membawa kepada murtad.


Masih ingatkah lagi kenyataan-kenyataan berikut;

“apa erti Negara Islam jika mundur”
(Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, 13 Nov 1999, berita Harian)

“tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”

(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)

“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
(Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam”
(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)

“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993) 

apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)

“bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)

Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menghina islam yang tidak perlu rasanya untuk dinukilkan dalam ruangan ini.


Dengan kenyataan ini sudah cukup jelas untuk dinyatakan, betapa ketika itu, ungkapan yang membawa kepada murtad dan terkeluar dari islam ini sememangnya berlaku dikalangan golongan-golongan tertentu.


TERKELUAR DARI ISLAM


Jika di rujuk buku-buku aqidah, pasti akan diketemui perbicaraan tentang perkara yang menyebabkan terkeluar dari Islam. Antaranya adalah;


a.       KITAB “MUHAZZAB SYARH AL-AQIDAH AT-TAHAWIYYAH”


Dalam kitab “Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah” karangan Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin Ali bin Muammad bin Abi Al-‘Iz Ad-Dimasyq ada menukilkan kata-kata Imam At-Tahawi yang menyebut;

وَلَا نُكَفِّرُ أَحَدًا مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ بِذَنْبٍ

Maksudnya;
          “Tidak boleh mengkafirkan seseorang daripada Ahli Qiblat dengan dosa yang dilakukannya”

Dalam mensyarahkan kata-kata Imam Tahawi ini, Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali ada menukilkan kata-kata satu golongan ulama ‘Aqidah dengan kata mereka, “tidak boleh kita mengkafirkan seorang pun dari kalangan Ahli Qiblat, samada ia adalah orang munafiq yang mereka lebih mengkufuri terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijmak berbanding  Yahudi dan Nasrani. Ini adalah kerana, mereka masih menzahirkan dua kalimah syahadah”


Pun begitu, Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali menyatakan, “tidak ada khilaf diantara orang-orang islam, bahawa sekiranya seorang lelaki yang telah menzahirkan keingkarannya terhadap perkara wajib yang zahir dan mutawatir, dan perkara haram yang zahir dan mutawatir dan seumpama dengannya, maka hendaklah disuruh dia bertaubat. Jika dia bertaubat, (maka terimalah taubatnya), sekiranya mereka tidak (bertaubat), maka hendaklah dibunuh disebabkan mereka adalah kafir dan Murtad” (Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah : m.s 232)


b.       AL-QAUL AS-SADID SYARH KITAB AT-TAUHID


Begitujuga, didalam kitab Al-Qaul As-Sadid Syarh Kitab Tauhid karangan Muhammad bin Abdul wahab, iaitu satu tokoh yang dilebelkan sebagai pembawa ajaran wahabi, bahawa beliau menyatakan;

من أطاع العلماء والأمراء في تحريم ما أحل الله أو تحليل ما حرمه فقد اتخذهم أربابا من دون الله

Maksudnya;
          “Barangsiapa taat kepada ulama dan pemerintah pada mengharamkan perkara yang Allah telah halalkan dan menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan, maka sesungguhnya dia telah mengambil mereka sebagai syirik selain Allah SWT”(Al-Qaul As-Sadid Syarh Kitab At-Tauhid : m.s 134)

c.       KITAB “NAWAQID AL-ISLAM”


Didalam kitab “nawaqid Al-Islam” karangan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, merupakan bekas mufti kerajaan Saudi Arabia, menyatakan bahawa, ada sepuluh perkara yang membatalkan Islam. antaranya kenyataan beliau;

الرابع : من اعتقد أن هدي غير النبي صلى الله عليه وسلم أكمل من هديه ، أو أن حكم غيره أحسن من حكمه ، كالذين يفضلون حكم الطواغيت على حكمه ، فهو كافر

Maksudnya;
          “yang keempat : barangsiapa beri’tiqad bahawa petunjuk yang lain dari Nabi SAW lebih sempurna daripada petunjuknya, atau bahawa sesungguhnya hukum yang lainnya (dari Nabi SAW) lebih baik daripada hukumnya, seperti mereka melebihkan hukum taghut atas hukumnya, maka dia adalah kafir” (Nawaqid Al-Islam : m.s 2)

الخامس : من أبغض شيئا مما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم ولو عمل به فقد كفر ؛ لقوله تعالى : { ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }

Maksudnya;
          “yang kelima : barangsiapa marah akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW, walaupun dia beramal dengannya, maka dia adalah kafir. Ini  disandarkan kepada firman Allah “Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 9)” (nawaqid Al-Islam : m.s 3)

السادس : من استهزأ بشيء من دين الرسول صلى الله عليه وسلم أو ثوابه أو عقابه كفر ، والدليل قوله تعالى : { قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ }{ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ }

Maksudnya;
          “yang keenam : barangsiapa yang mempermain-mainkan (mempersenda-sendakan) sedikit dari agama Rasulullah SAW, atau dari pahalanya atau dari azabnya, maka telah kafirlah ia. Dan dalilnya adalah firman Allah : Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman” (Surah At-Taubah : 65-66)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)

 التاسع : من اعتقد أن بعض الناس يسعه الخروج عن شريعة محمد صلى الله عليه وسلم فهو كافر ؛ لقوله تعالى : { وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ }

Maksudnya;

“Yang Kesembilan : barangsiapa beri’tiqad bahawa sesungguhnya setengah manusia mempunyai ruang untuk keluar dari Syariah Muhammad SAW, maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah : “barangsiapa yang mencari lain dari islam sebagai agama, maka tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran : 85)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)


d.       KITAB “ARKAN AL-ISLAM WA AL-IMAN”


Dalam kitab “Arkan Al-Islam wa Al-Iman min al-kitab wa As-sunnah sahihah”, karangan Muhammad bin Jamil Zino, iaitu salah seorang guru di Darul hadis Al-Khairiyyah di makkah Mukarramah menyatakan;

من نواقض الإيمان عدم الرضا بحكم الله , أو يرى فى حكمه ضيقا و حرجا فى نفسه لحكم الإسلام لقول الله تعالى (فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا) أو يكره الحكم الذي أنزله الله , لقول الله تعالى : ( وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ , ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ)

Maksudnya;

“Sebahagian dari perkara yang membatalkan Iman adalah tidak redha dengan Hukum Allah atau dia melihat pada hukum-Nya adalah kesusahan pada dirinya bagi hukum Islam. ini didasarkan kepada firman Allah : “
Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah An-Nisa’ : 65) atau dia membenci akan hukum yang telah Allah turunkan. Ini didasarkan kepada firman Allah : Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka * Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 8-9) (Arkan Al-Islam wa Al-Iman : m.s 88)
 
e.   KITAB “MUSTIKA HADIS NABI SAW”



Menurut kitab Mustika Hadis Rasulullah SAW, Muqaddimah dan Jilid pertama” yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ada menyatakan antara ungkapan-ungkapan yang boleh terkeluar dari islam adalah seperti berikut;

“hukum apa ini?” “hukum ini sudah lapuk” “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan” “dalam zaman yang serba maju ini, kaum wanita tak perlu di bungkus-bungkus” “berzina kalau suka sama suka apalah haramnya” “minum arak kalau dengan tujuan hendak menyehatkan badan untuk beribadat apa salahnya?” “berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya, apa salahnya?” “kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tak maju” “ berkata : perbuatan yang demikian tidak beradab – apabila diceritakan bahawa nabi SAW selepas makan, menjilat sisa makanan di jarinya” “berkata : aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunnah – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah” “berkata : si anu dah mulai menyalak – semasa ia mendengar azannya” dan banyak lagi” (Mustika Hadis rasulullah SAW : 1/416-417)

dan banyak lagi ulasan-ulasan dari kitab-kitab aqidah tentang perkara ini yang tak perlu di ungkapkan semuanya.


MENGAMPU PELAKU KEZALIMAN


Setiap kezaliman memestikan wujud pelaku kepada kezaliman. Pelaku kepada kezaliman disebut sebagai orang yang zalim. Melakukan amalan zalim merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
 Sabda Nabi SAW, daripada Allah SWT;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
          “Wahai Hambaku, sesungguhnya aku haramkan zalim atas diriku, dan aku jadikannya diantara kamu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu melakukan kezaliman sesame kamu” (sahih muslim : 4674)

Begitujuga, boleh dikira sebagai dosa adalah mereka yang cenderung terhadap golongan yang zalim. 


Firman Allah;

 وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
          “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”

(surah Hud : 113)


Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menyatakan dalam satu siri kuliah beliau dalam http://www.youtube.com dengan kata beliau;


أخطر من الظلم أن يسكت على الظلم * أخطر من الظلم أن يمال الظلم


Maksudnya;
          “Perkara yang lebih bahaya daripada kezaliman, bahawa berdiam terhadap kezaliman * perkara yang lebih bahaya dari kezaliman, bahawa cenderung kepada kezaliman”[1]

Kenyataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi itu disandarkan kepada sabda Nabi SAW, daripada Khalid yang berkata;

وَإِنَّا سَمِعْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ

Maksudnya;
          “Sesungguhnya kami mendengar Nabi SAW berkata, apabila manusia melihat akan orang zalim, lalu dia tidak memegang tangannya, dibimbangi Allah menurunkan azab kepada mereka secara menyeluruh” (Sunan Abi Daud : 3775)

Dari kenyataan ini membuktikan, kecenderungan kepada mereka yang melakukan kezaliman, disamping tidak menegur terhadap kezaliman yang dilakukan oleh mereka, maka itu juga merupakan satu dosa disisi Allah SWT.


PENUTUP


Kebelakangan ini, ada sebilangan puak yang lahir di Lubnan sedang hebat merebak di Malaysia dinamakan sebagai ahbasy. Kelahiran puak ini pernah dinyatakan oleh Al-Qaradhawi dalam kitab beliau yang bertajuk “fatawa Muasarah” dalam jilid tiga.


Puak ahbasy ini telah mengambil sikap mengkafirkan golongan-golongan tertentu, sehingga mufti perlis juga menjadi sasarannya.

Maka dengan itu, bagi menjawab segala tohamahan itu, Mufti perlis telah menulis article dalam Mingguan Malaysia tentang fitnah takfir ini. 

Tetapi, apa yang amat malangnya, dalam tulisan tersebut, mufti perlis telah membuka luka lama yang sudah lama sembuh, iaitu fitnah kafir-mengkafir dalam era akhir tahun 80 an dan di awal 90 an.


Pada pandanganku, isu Ahbasy dan isu di era akhir 80 an dan di awal 90 an adalah dua isu yang berbeza. Ini adalah kerana, kritikan Ahbasyh terhadap beliau lebih bersifat tuduhan dan tohmah yang disandarkan kepada sangkaan sahaja, tetapi isu di era akhir 80 an dan di awal 90 an adalah isu yang reality berlaku, dimana banyak kenyataan akhbar dari golongan tertentu yang menyebabkan mereka terkeluar dari islam. (lihat pada fakta di atas).


Tulisan ini tidak berminat untuk mengungkapkan perbincangan tentang ahbasy lebih dalam, tetapi sekadar peringatan kepada Mufti Perlis yang sengaja hendak “cari pasal” dengan golongan yang tidak pro kerajaan BN di malaysia.


Mungkin di sini, ingin diingatkan kepada saudara Mufti Perlis agar mengingati satu hadis yang sanadnya agak lemah, tetapi sekadar peringatan, iaitu;

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها

Maksudnya;
          “Fitnah adalah sesuatu yang tidur, laknat Allah kepada mereka yang membangunkannya” (Sahih wa Doif Al-Jami’ As-Saghir : 8455)

hadis ini telah ditahqiq oleh Albani sebagai hadis yang doif. Pun begitu, menurut jumhur Ulama, harus beramal dengan hadis Doif pada perkara yang berkaitan dengan Fadhail, targhib dan tarhib sahaja. (‘Ulum Al-Hadis Asiluha wa Mu’asiruha : m.s 164)


maka dengan itu, pesanan kepada saudara Mufti Perlis agar tidak menimbulkan isu-isu yang telah selesai dibincangkan oleh golongan terdahulu. Dan tulisan ini pun, bukanlah sebagai untuk membuka cerita lama, tetapi untuk memberi penjelasan balik terhadap “fitnah”  disebalik tulisan saudara Mufti perlis dalam ruangan Pena Mufti dalam akhbar Mingguan Malaysia.

sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://al-bakistani.blogspot.com      

SUWANDI & AZMAN DIBENAR IKATJAMIN

Suwandi dan Azman dibenar Ikat Jamin PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wan Kay, SM Noor
Sunday, 20 January 2008
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/banners/suwandihanipa.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.15 pagi – Peguambela, Fariz Irwan Mustaffa mengesahkan dari dalam mahkamah Kuala Terengganu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin.

The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/banners/suwandihanipa.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Berikutan penangguhan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam 14 Januari lalu, terhadap Notis yang dibawa oleh Sdra Hanipa Maidin bagi membolehkan Azman dan Suwandi diikat jamin, Hakim yang menyambung sidang pada hari ini telah membuat keputusan sekitar jam 11.00 pagi pada pagi ini. Hakim membenarkan ikat jamin Azman dan Suwandi dijamin dengan jaminan RM3000 setiap seorang.
(Foto: Suwandi dan Hanipa di Pejabat Perhubungan PAS selepas dibenarkan ikat jamin) Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir ‘Allhu akbar’ oleh lebih 1000 orang yang berhimpun di luar mahkamah. Himpunan menyokong Azman dan Suwandi kemudian berzikir dan bertahmid membesarkan Allah, bersyukur dengan keputusan yang menggembirakan itu.  Himpunan dengan serta merta melancarkan derma kilat bagi mengutip sumbangan dari orang ramai untuk membiayai kos ikat jamin Azman dan Suwandi. Sebanyak RM 10,000 telah berjaya dikumpulkan dalam sekelip mata. Perhimpunan bersurai sekitar jam 12 tengahahri, dengan semua dijemput hadir ke majlis ceramah di Batu Enam pada malam ini.

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini membenarkan ikat jamin kepada Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Abd Aziz, mangsa tembakan peluru hidup polis dalam apa yang disebut-sebut sebagai “peristiwa keganasan polis” terhadap rakyat yang berhimpun secara aman.

The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/banners/2001082.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Walaupun Suwandi, 38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang dan Azman, 21, dari Pasir Panjang, Kuala Terenganu dianggap menjadi “mangsa keganasan polis”, mereka pula yang dibebankan dengan tuduhan menghadiri “perhimpunan haram” di Batu Burok 8 September tahun lalu dan dengan sengaja “menyebabkan kecederaan” ke atas anggota polis.

Ketika memberitahu keputusan mahkamah itu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub memberitahu, kedua-dua mereka dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir oleh lebih 5000 orang yang berhimpun di luar mahkamah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

“Kita juga amat bersyukur ke hadrat Allah kerana sebaik sahaja mahkamah membenarkan ikat jamin itu, ahli-ahli dan para penyokong PAS yang berhimpun di perkarangan mahkamah berebut-rebut menghulurkan derma dan kita berjaya mengumpulkan RM10000 dalam masa tidak sampai 10 minit,” kata beliau.

The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/banners/2001081.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Selain bertakbir, mereka yang berhimpun di perkarangan mahkamah itu juga berzikir dan bertahmid memuji-muji Allah s.w.t. sebagai mensyukuri keputusan yang dinanti-nantikan itu.

Sebelum itu, ketika mahkamah bersidang, mereka juga mengadakan solat hajat yang diimamkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Datuk Haji Abu Bakar Chik.

Selain dari Salahuddin dan Abu Bakar, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi adalah antara pemimpin PAS yang hadir dan dianggap mengetuai ahli-ahli dan para penyokong PAS yang berada di dalam dan di luar mahkamah.

Suwandi dan Azman dibela oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS, Hanipa Maidin. Pendakwaan pula diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail -Harakahdaily