• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Julai 2008
    I S R K J S A
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

ANWAR AKAN DITANGKAP!!!

Anwar Ibrahim sudah isytihar bahawa beliau akan bertanding di Permatang Pauh setelah isteri beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan tersebut.

Dalam pada itu, berita Malaysiakini jam 3.28 petang tadi melaporkan bahawa Anwar akan ditangkap dalam tempoh 48 jam lagi, disyakki bertujuan untuk menggagalkan usaha beliau untuk bertanding dalam pilihanraya kecil nanti.

Advertisement

BUAT PENDOKONG PERJUANGAN: MEMAHAMI ISU MUZAKARAH/MUQABALAH

Kali ini DPPKT  menyiarkan pendapat peribadi seorang blogger yang tak asing lagi di Terengganu iaitu amdang berkenaan isu muzakarah/muqabalah. Pendapat beliau mungkin betul, mungkin juga tidak tepat. Atau mungkin juga sebahagiannya betul, sebahagiannya pula tidak betul. Terpulang kepada pembaca menilainya.
………………………………………………………………………..
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Pertamanya maaf kerana tulisan ini ditulis secara terbuka. Namanya pun surat terbuka. Namun keterbukaan surat ini diharap tidak membuka terlalu banyak prasangka dan buruk sangka. Harapnya juga penulisan ini dapat menjadikan para pimpinan semua terus menjadi contoh dan rujukan kepada semua masyarakat di bawah.

Surat terbuka ini ditulis bukan untuk mengkritik mana-mana Pimpinan Pas, tetapi lebih kepada mengingatkan sesama insan. Aku ni terlalu kecil sebenarnya untuk menulis, apatah lagi kepada pimpinan-pimpinan Pas sekalian. Apatah lagi dengan tarbiyyah yang diterima aku tidak seberapa, amal juga teramat kurangnya.

Namun, pada aku peringatan itu perlu. Baik kepada yang atas, mahupun kepada yang bawah. Tidak mendengar peringatan, itu bab yang lain. Menyampaikan peringatan, itu satu bab yang lain pula.

Mengikut aku yang cetek pengalaman dan kurang tarbiyyah ini, dalam berjemaah kita ada adab. Adab itu bukan setakat mengikut peraturan yang termaktub dalam perlembagaan parti, namun turut merangkumi peraturan perjalanan sebuah harakah Islamiyah. Aku percaya, adab yang aku maksudkan ini tiada tercatat secara langsung, tetapi boleh dilihat dan diambil dari usrah kecil mahupun usrah besar yang menekankan konsep itu dan ini sesebuah harakah Islamiyah.

Secara terus terang, aku melihat apa yang berlaku dalam isu Muzakarah / Muqobalah memperlihatkan bagaimana ‘rakus’ dan ‘tamak’ sesetengah pimpinan dalam mahu menjuarai isu. Isu yang sepatutnya diulas dan didengar terlebih dahulu dari pimpinan atas dibahas di peringkat bawahan sehingga ianya menjadi sesuatu yang mengecohkan.

Tidak semua strategi perlu didedah, apatah lagi bilamana keputusan Syura sudah memutuskan sesuatu mengenainya. Soal tidak tahu ianya keputusan Syura, itu soal lain. Tidak semua Ajk dalam mana-mana peringkat perlu tahu sesuatu perkara sehingga mereka sepatutnya tahu. Jika perlu tahu sekalipun, apa salahnya bertanya secara personal. Cukup dengan pernyataan “saya belum tahu isu ini bla.. bla.. bla dan akan minta ulasan pimpinan A dan B untuk kepastian”.

Namun, dalam tidak tahu lebih lanjut terus mengulas dan menghentam pimpinan atasan, itu sudah di luar adab. Lebih malang jika mengulas dan menghentam pimpinan secara terbuka. Baik media massa, mahupun media elektronik mahupun laman sesawang sendiri. Itu tiada adab namanya.

Benar itu pendapat peribadi. Namun, ‘menyerang’ pimpinan atasan dengan cara sebegitu juga adalah serangan peribadi. Peribadi pimpinan yang menyerang dilihat tidak elok, peribadi pimpinan yang diserang juga tidak elok pada pandangan awam.

Kita bukan DAP yang cakap tanpa batas. Tiada mereka tahu adab, akhlak dan rukun-rukun yang patut dipatuhi dan diikuti. Bai’ah, wala’ dan lain-lain istilah langsung mereka tidak faham dan tidak pernah diusrahkan kepada mereka. Sebab mereka adalah DAP.

DAP tidak pernah tahu bila kita bercakap soal menerima keputusan mesyuarat akan mendapat pahala. Jika keputusan itu betul, kita diajar pahalanya dua. Jika tidak tepat, kita diberitahu pahalanya satu. DAP tidak pernah tahu ini semua. Apatah lagi DAP tidak pernah tahu peranan Majlis Syura, peranan Dewan Ulama’ mahupun lain-lain badan. Apa yang DAP tahu adalah badan-badan itu selalunya bersikap ‘tegas’ dan ‘menghalang’.

Sedangkan kita merujuk dewan dan badan-badan tadi bagi menghalusi sikap, keputusan dan pendirian kita. Kita kuat dan kukuh kerana badan-badan ini berfungsi untuk memantau jemaah sepanjang masa. Mereka sering menunjuk jalan. Walaupun sempit, namun jalannya tetap ada. Jalan diberi dengan alasan yang kukuh. Ada hukumnya. Jika jalan ditutup juga kukuh. Juga disertakan hukumnya.

Dalam sesuatu keadaan, diam itu lebih baik. Bimbang jika tersalah cakap, benda kecik menjadi besar. Dengan isu yang agak ‘panas’ kedudukannya, lebih-lebihlah perlu berhati-hati. Peluang dan ruang untuk musuh menerkam sentiasa terbuka.

Percayalah, pimpinan yang telah diamanahkan tidak akan sekali-kali mengkhianati amanah. Ketika mana kemenangan itu hampir, ketika itu ujian semakin berat. Usah terpengaruh dengan pendapat umum yang kadangkala nakal. Usikan mereka adakalanya berat, keterlaluan dan malahan melukakan.

Mereka begitu kerana ada di antaranya sayangkan perjuangan, tetapi tidak tahu saluran. Mulalah mereka cerita yang bukan-bukan. Apatah lagi jika pimpinan yang ada tiada sehaluan. Mereka hanya penyokong, tidak pernah pun berjuang. Ada juga yang bermuka-muka. Berpura-pura baik, sedangkan cuba memecahkan.

Berlapanglah dada. Tidak semua yang kita lihat tidak baik itu natijahnya juga tidak baik. Kita diperlihatkan dengan Sirah Rasulullah s.a.w ketika mana baginda menandatangani Perjanjian Hudaibiyah. Kelihatannya seolah-olah merugikan Islam, tetapi Allah kemudiannya menurunkan firmannya dalam Surah Al-Fath, ayat yang pertama bagi menjawab keraguan para sahabat:

“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata”

Ketika itu barulah sahabat-sahabat tersenyum dan yakin dengan keputusan Rasulullah s.a.w.

Wallahua’lam.

Hamba yang kurang diajar,

Amdang81
28 Julai, Kuala Terengganu.

Nota: Penggunaan katanama AKU bukan bermaksud ego, atau sikap kurang ajar aku dengan mana-mana pimpinan PAS, tetapi disesuaikan dengan penulisan aku secara bersahaja ini dan mengikut lunas blog aku. Jika inipun nak dijadikan suatu perbahasan yang besar, apa nak dikata. 😦

Labels: , , , ,

KES PROTON PERDANA ‘TERLAMPAU’

Kes Kos ‘Terlampau’ Proton Perdana – 3 pemilik bengkel senggara ditahan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor Buletinonline
Monday, 28 July 2008

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita8/xtuntutjaminanproton.jpgKuala Terengganu – Badan Pencegah Rasuah (BPR) meneruskan siasatan keatas kos penyenggaraan 14 buah Proton Perdana V6 Executive Exco Kerajaan Terengganu
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:#0400;
mso-fareast-language:#0400;
mso-bidi-language:#0400;}

yang ‘melampau’ melibatkan wang rakyat dan kerajaan Terengganu berjumlah RM1.07 juta.


Semalam, BPR telah menahan tiga pemilik bengkel kereta di bandaraya ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka ditahan dalam dua serbuan yang dilakukan BPR pada Jumaat dan Sabtu lalu.


Salah seorang yang ditahan itu dipercayai pemilik bengkel yang mengenakan caj RM175,229.97 bagi menyenggara sebuah kereta Perdana V6 yang digunakan oleh seorang Exco Terengganu.


Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull memberitahu akhbar Utusan, seorang daripada suspek ditahan pada Jumaat lalu manakala dua orang lagi petang semalam.


Katanya, kesemua mereka yang berusia 30-an hingga 50-an itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1967 bagi membantu siasatan.


“BPR mungkin menahan beberapa orang lagi tetapi pada masa ini saya tidak boleh dedahkan siapa mereka,” katanya ketika dihubungi.


Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mokhtar Nong mendedahkan empat pusat servis utama yang digunakan oleh ahli-ahli Exco dan pegawai kanan negeri ialah Pusat Servis EON, Tenaga Setia Service Sdn. Bhd., Pusat Servis Ranaco dan AMBL Services.


Setakat ini Shukri berkata, BPR telah memanggil lebih 10 orang untuk memberi keterangan dan akan memanggil beberapa individu lain jika perlu.


Dalam pada itu, beliau memberitahu, BPR ‘tidak gentar’ untuk memanggil mana-mana Exco kerajaan negeri sekiranya mendapati mereka terlibat dalam kes berkenaan.


Sebelum itu, BPR telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan pada Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.


Kereta-kereta tersebut dirampas dari tiga bengkel berasingan, empat daripadanya Khamis lalu manakala bakinya dirampas pada Jumaat

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu.

Semalam, Sharuddin berkata setakat ini sembilan individu telah dipanggil oleh BPR untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Khamis lepas, pegawai BPR memulakan siasatan kes itu dengan mengambil dokumen dari pejabat Perbendaharaan Negeri diikuti tindakan sama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman

MUQABALAH, BUKAN MUZAKARAH-NIK AZIZ

Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah – Mursyidul Am

Lanjusoh & Salmah Mat Husain
Wed | Jul 23, 08 | 8:19:30 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).<!–

–>

“Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

Image“Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,”katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di’geger’kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

“Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

“Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,”katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

“Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

“Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa,” katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.

“Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu,” ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.

Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

“Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,”katanya. – mj/mks. _

SPR PAMER DAFTAR PEMILIH BARU

SPR Pamer Daftar Suku Ke-2 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Tuesday, 22 July 2008
//buletinonline.net/images/berita8/sprlogo.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 27,297 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua yang berlangsung dari April hingga Jun lepas.

Menurut kenyataan SPR pada tempoh itu, sejumlah 6,297 permohonan daripada pemilih berdaftar sedia ada diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi sebagaimana yang dilaporkan Bernama

Senarai baru itu, iaitu rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun kedua 2008, akan dipamerkan mulai Isnin hingga Ahad ini di 854 tempat pameran di seluruh negara.

Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang baru memohon sebagai pemilih, serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihatkan menyemak rang daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2008 yang dipamerkan itu.

Pemilih yang baru mendaftar, sekiranya mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan borang B, dan perlu diserahkan kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh rang daftar pemilih itu dipamerkan.

Kenyataan itu turut menyebut pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar itu bagi satu-satu bahagian pilihan raya, boleh membuat bantahan dengan mengisi borang C.

SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara daripada angkatan tentera atau polis di mana mereka hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan kediaman masing-masing.

Untuk semakan secara online, Linknya adalah spt berikut:-

P033-Besut

P034-Setiu

P035-Kuala Nerus

P036-Kuala Terengganu

P037 – Marang

P038 – Hulu Terengganu

P039- Dungun

P040-Kemaman

TOKOH PEMUDA UMNO DAPAT PROJEK 1.2 BILION

Tiga tokoh Pemuda Umno dapat projek RM1.2 bilion?

Azamin Amin
Wed | Jul 23, 08 | 11:22:30 am MYT
KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) – Tiga tokoh penting Pemuda Umno Malaysia didakwa mendapat projek sistem perisian komputer E-Tanah sejumlah RM1.2 bilion secara runding terus tanpa tender terbuka namun sehingga kini gagal dilaksanakan semenjak dimulakan pada tahun 2006. <!–

–>

Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta.

“Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya.

“Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara ‘manual’ dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan,” katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan.

“Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,”tambahnya lagi.

Beliau juga turut membangkit isu sistem E-Tanah berjumlah RM65 juta yang diperuntukkan untuk ‘pilot project’ di Pulau Pinang namun gagal juga dilaksanakan.

“Mengaibkan, memalukan! RM1.2 bilion ‘witout open tender’, bagi sahaja, belakangnya Pemuda Umno Malaysia berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi rompak di siang hari,” katanya. – mks._

MAD SAID, MERCEDES & RAKYAT

Artikel di bawah diambil dari blog nasikerabupetro.

…………………………………………………………………………….

Pagi ini, ayah saya memulakan sarapan bersama saya dengan ayat “orang tengah berjimat-cermat, dia boleh beli Mercedes”. Saya mengerutkan kening, memikirkan siapa lagi saudara-mara atau orang-orang kampung yang beli kereta Mercedes?

“Sape abah?”
“Mat Said tu la…”
“Huh? Mat Said mana?”
“Tuuu… baca suratkhabar tu….”

Hehe… dalam rasa malu atas “kelampian” saya, memang menggelegak jugak perasaan marah. Ingatkan baik sikit dari Deris, rupa-rupanya, sama je perangai pemimpin-pemimpin UMNO ni. Saya membaca akhbar Utusan Meloya yang ditunjukkan ayah saya sambil mendengar rungutannya mengenai pembaziran MB Terengganu ini.

“Kerajaan BN Trg berbelanja sebanyak RM3.43 juta untuk membeli 14 buah kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah untuk Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan sebagai kereta rasmi. Ini untuk menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004. Alasan yg diberikan adalah kereta-kereta tersebut sudah tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan”.

Belum lagi mendapat royalti minyak, dalam keadaan rakyat masih dibelenggu keperitan hidup, mereka dah mula bermewah-mewah? Berlainan sekali dengan kerajaan Pakatan Rakyat contohnya negeri Selangor yg dikatakan paling maju di Malaysia pun masih menggunakan kereta perdana V6 yg dibeli pada tahun 2004 oleh kerajaan yang terdahulu.

Setiap kali pergi-balik kerja, mata saya mesti melihat sekilas pada sehelai kain rentang yang terdapat gambar seorang lelaki dan tertera perkataan :Pemimpin Bersama Rakyat”. Memandangkan saya memandu, tak dapat saya pastikan gambar siapa (yang pastinya bukan gambar Mat Said walaupun tajuk utama kain rentang ialah 100 hari pemerintahan Mat Said). Akhirnya, setelah berlalu 100 hari itu, barulah saya terperasan gambar lelaki itu. Rupa-rupanya gambar Musly Ramlee, pelakon teater P. Ramlee The Musical. Huh? Apa kaitannya…?

Dari pembacaan saya baru-baru ini dari Utusan Meloya, artis Malaysia menerima bayaran RM 10,000 untuk satu jemputan persembahan dan itu dikira berpatutan. Sekiranya itu benar, amat mengecewakan sekali dengan cara Mat Said meraikan pemerintahannya.

Pada awal-awal kemelut perlantikan MB Terengganu, kelihatan Mat Said keseorangan dan cuba mencari sokongan dengan berbaik-baik dengan pimpinan PAS Terengganu seperti bergegas menziarahi DSTG Hj Abd Hadi yang dimasukkan ke HSNZ akibat simptom-simptom angin ahmar. Sebaik sahaja Pak Lah datang ke Terengganu dan mengumumkan pengembalian royalti minyak, keesokan harinya Mat Said telah mula lantang mengkritik pemimpin PAS seolah-olah tak pernah kenal atau tak pernah menunjukkan “muka baik” ketika kemelut perlantikan MB sebelum itu.

Nampaknya, belang-belang Idris sebelum ini mula menonjol pada Mat Said. Sebagai rakyat Terengganu, saya mengingatkan Mat Said akan status kemiskinan di negeri ini masih lagi di tangga kedua. Pedulikan kata-kata retorik Strawbery Chik ketika Debat bersama DSAI yang sentiasa mengulang-ngulang ayat “Percayalah, walaupun minyak naik, rakyat cukup makan”. Pada Strawbery Chik dan Mat Said (orang Tranung blake), turun ke bawah dan lihat sendiri keperitan rakyat.

Betapa berbezanya anda dengan Lim Guan Eng yang menjadikan Khaliah Umar Abdul Aziz sebagai contoh ikutan pemimpin. Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah hanya 2 tahun 3 bulan. Dalam masa sesingkat itu, beliau berjaya menghapus kemiskinan, sehingga tidak ada orang yang layak menerima zakat, satu kejayaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bila-bila masa pun.

Ini bukan di Indonesia, tapi di Setiu dan bukan sedang berkelah,
tapi memang tempat mandi mereka!


(6_6) : Dato’, 20 buah bas rapid untuk rakyat tu dah sampai ke?….

14 MERCEDES BARU UNTUK EXCO TERENGGANU

14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco – Terengganu Mula Bermewah-mewah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Sunday, 20 July 2008
//buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewahMB Pertahan Kerajaan Beli Kereta Mewah

Kuala Terengganu, 5ptg – Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

“Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Bernama melaporkan , Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

“Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

“Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini.

Berita Sebelumnya – 14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco, Pegawai Kanan

Kuala Terengganu – Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan.

“Kerajaan negeri membuat penilaian bahawa Mercedes lebih baik untuk digunakan bagi jangka panjang dan sudah tiba masanya untuk menggantikan Proton Perdana”katanya.

Walau bagaimana pun, menurut beliau Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said lebih suka menggunakan kereta sedia.

Namun beliau tidak menyatakan mengapa sebab-sebab Ahmad lebih menggunakan kereta lama tersebut.

Orang ramai yang ditemui oleh Buletin Online semalam umumnya menyatakan bantahan terhadap pembelian kereta baru tersebut.

Mereka berpendapat bahawa kereta Proton Perdana V6 masih sesuai dan selamat digunakan kerana baru berusia empat tahun.

“Mungkin Ahmad Said tidak setuju dengan pembelian itu, sebab itu dia lebih suka menggunakan kereta sedia ada,”kata Mustaffa yang sempat ditemui pada majlis ceramah di Batu Enam semalam.

“Ahmad sebelum ini mengatakan bahawa beliau mengutamakan kepentingan rakyat,”tambah Mustaffa yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Batu Enam.

ANWAR DIBOGEL

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan polis jam 12.55 petang semalam kini telah dibebaskan kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Beliau sebelum itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, diarahkan melucutkan pakaian untuk diperiksa kemaluan. Walaubagaimanapun, Anwar enggan gambarnya diambil ketika diperiksa.

Dalam pada itu, Raja Petra Kamaruddin ditahan polis atas tuduhan memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkait kes pembunuhan Al tantuya Shaaribuu.

SKIM WAKAF PASTI AS SOLIHIN

TAWARAN HEBAT!!!

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DERMAWAN;

BUATLAH SEDEQAH UNTUK ARWAH & JADIKAN BEKALAN HARI KEMUDIAN DENGAN MEMBELI SKIM  WAKAF BAGI LOT TANAH DAN BANGUNAN PASTI AS SOLIHIN KAMPUNG TOK NASEK.

LOT TANAH BERNILAI RM 10.00 SETENGAH KAKI, MANAKALA LOT BANGUNAN RM 40 SETENGAH KAKI.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI USTAZ MOHD SOUD SAID DI TALIAN 0199879332