• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

PEMUDA UMNO DISYAKKI BAKAR GEREJA?

PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Taman Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

“Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

“Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawanagn mana pun saya sudah perolehi,” katanya.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

“Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

“Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

“Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja,” katanya.

Advertisement

TAHNIAH RAKYAT! PPSMI AKAN DIMANSUH

Setelah habis segala macam helah untuk mempertahankan PPSMI, hari ini akhirnya kerajaan akur dengan kehendak majoriti pihak bahawa PPSMI tidak relevan. Walaupun keputusan ini masih ditentang oleh Tun Mahathir, tetapi kerajaan tegas untuk memansuhkannya mungkin juga disebabkan faktor politik.

2012 dipilih sebagai tahun untuk pemansuhan kerana untuk mengurangkan beban serangan isu oleh PR dalam PRU akan datang. Juga tidak dimansuhkan terlalu awal untuk mengelakkan dikategorikan sebagai dasar yang membazir.

Namun isu yang besar adalah kejayaan seluruh rakyat Malaysia melalui saluran ‘desakan’. Selain kajian ilmiah berkaitan PPSMI, gerakan pemansuhan ini digembeling dengan penuh tersusun melalui Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Turut menyumbang ialah penulisan melalui buku, artikel, sesi ceramah dan demonstrasi. Rakyat telah mengajar kerajaan.

Sebagaimana himpunan Bersih dua tahun lalu, di mana tuntutan yang di kemukakan tidak diendahkan oleh kerajaan. Maka PRU lepas kerajaan telah menerima ‘penangan’nya. Dan isu PPSMI ini menyaksikan kerajaan telah belajar bahawa himpunan jalanan bukan perkara remeh. Dari itu, satu lagi isu yang bakal menggugat kerajaan sekarang ialah ISA. PR telah merancang untuk himpunan besar-besaran pada 1 Ogos ini untuk menuntut ISA dihapuskan. Maka menyedari implikasi yang bakal diterima, kerajaan telah memutuskan untuk mengkaji semula ISA. Namun harus diingat, janji bukanlah penamat segala isu selagi tiada perlaksanaan.

Daripada email

HUSAM: TOK GURU HAJI HADI 100 X LEBIH BAIK DARI NAJIB

Sila perhatikan saat ke 37. Dato’ Paduka Husam sebut, “Kita rasa kalau Tok Guru Haji Hadi jadi Perdana Menteri, 100 X lebih baik dari Najib.” Ini pengiktirafan dan penghormatan kepada Tuan Guru Presiden PAS. Jadi, tidak patut sekiranya kita percayakan media proksi Umno BN baik dalam akhbar mahupun internet yang mendakwa bahawa PAS berpecah dua. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam Pas. Ia mencambahkan lagi idea dalam jamaah. Apabila keputusan diambil dalam mesyuarat, semua ahli dan pendokong akan berpegang kepada keputusan itu kecuali mereka yang ada penyakit dalam hati. Mereka ditimpa penyakit yang menimpa golongan munafik sebagaimana yang berlaku di zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat Khulafa Rasyidun yang empat.

TOK GURU AJAK NAJIB DEBAT

Petikan Malaysiakini.com

Nik Aziz ajak Najib berdebat

Jun 27, 09 2:23pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

“Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno,” beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.

Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

Nik Aziz dilaporkan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

SEDUTAN UCAPAN DASAR PRESIDEN BUAT DEWAN PEMUDA

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas ‘penyelamat’ bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

KEPUTUSAN PEMILIHAN MUKTAMAR PAS KALI KE 55

Berikut merupakan keputusan pemilihan Jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sempena Muktamar kali ke 55.

Timbalan Presiden

1.Nasharudin Mat Isa – 481(menang)

2.Husam Musa – 281

3.Muhamad Sabu – 261

3 Naib Presiden

1.Tuan Ibrahim Tuan Man – 871

2.Salahuddin Ayub – 824

3.Mahfuz Omar – 663

Ahli Jawatankuasa Kerja

1. Mohamad Nizar Jamaluddin – 854 undi.
2. Idris Ahmad – 799 undi.
3. Kamaruddin Jaafar – 769.
4. Azizan Razak – 653.
5. Hassan Ali – 642.
6. Dr Mohd Hatta Ramli – 638.
7. Abdul Ghani Shamsuddin – 637.
8. Abu Bakar Chik – 622.
9. Hanifa Maidin – 619.
10. Amiruddin Hamzah – 606.
11. Dr Lo Lo Ghazali – 598.
12. Ghani Abdul Rahman – 584.
13. Zulkefli Mohamad – 576.
14. Syed Azman Syed Mohamad – 530.
15. Hashim Jasin – 522.
16. Mazlan Aliman – 513.
17. Taib Azmuddin Mohamad Taib – 504.
18. Mujahid Yusuf Rawa – 448.

MANA BERAS MURAH?

Petikan kosmo online.

Mana hilang beras murah?

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my


SYED MOHAMAD FAZRUL menunjukkan ruangan kosong yang sepatutnya tempat beras murah ST15 di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mana hilang beras murah?

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my


SYED MOHAMAD FAZRUL menunjukkan ruangan kosong yang sepatutnya tempat beras murah ST15 di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM AKAN NAIK

Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam Tidak Wajar PDF Print E-mail
Written by SM Noor
Sunday, 24 May 2009 23:21
https://i0.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita5/tambangnaik.gifKUALA TERENGGANU Dewan Pemuda PAS Terengganu membantah apa jua kenaikan dalam tambang pengangkutan awam sebagaimana yang dicadangkan kerajaan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Abas ketika dihubungi memberitahu, apa pun alasan kerajaan, tambang pengangkutan awam tidak perlu dinaikkan dalam suasana ekonomi yang menguncup sekarang.

“Apa rasionalnya kerajaan menyokong para pengusaha untuk menaikkan tambang pengangkutan awam ?

“dalam ekonomi yang menguncup, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana slogan, ‘Rakyat didahulukan’.”katanya
Menurut Menteri yang berkaitan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz berakat kadar tambang baru pengangkutan awam dijangka akan dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan pada awal bulan depan (minggu depan).

Kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan tambang sebanyak 30 peratus, sekalipun pihak pengusaha bas ekspress, bas henti-henti, bas sekolah dan teksi meminta kenaikan antara 60 hingga 100 peratus.

Mengulas kenyataan Nazri, Wan Faizul berkata kerajaan mesti menyerap apa jua kos yang timbul dalam pengangkutan awam dengan memberikan pengecualian dan insentif yang sesuai.

“Disamping itu, kerajaan mesti membersihkan semua penguatkuasa yang berkaitan dengan jalan dan pengangkutan jalan, dari segala gejala rasuah dan sogokan kerana ia adalah salah satu sebab mengapa kos operator pengangkutan meningkat,”jelasnya.

PRK DUN PENANTI 31 MEI 2009

petikan Malaysiakini

Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei
Apr 27, 09 9:48am
kemaskini 2.22pm Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan “aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas,” selain “menyejukkan suasana” selepas berkempen.

Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.

Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi “pusat ketegangan” semasa hari pengundian.

“Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional.

‘Merayu dalam kenderaan’

“Semangatnya (penyokong) tinggi dan bilangannya ramai,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Jelasnya lagi, SPR bagaimanapun masih membenarkan parti politik bertanding merayu di dalam kenderaan sewaktu menghantar pemilih ke tempat pembuangan undi.

“(Pengangkutan) itu perkhidmatan. Dalam kereta itu, bolehlah cakap (kempen),” katanya.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak yang melanggar arahan itu, Abdul Aziz berkata, mereka boleh didenda RM5,000 dan tidak dibenarkan mengundi bagi tempoh lima tahun seperti Seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya.

Ditanya sama ada suruhanjaya itu sengaja melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut untuk membolehkan Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi, Jumaat lepas, beliau berkata:

“Pertama, tidak ada penanguhan sama sekali. Kita tunda pengumuman itu bagi menyelaraskan pegawai-pegawai kita. Kita juga perlu menemui pihak parti politik pada hari Khamis.

‘Umum ikut tempoh’

“Saya juga perlu dapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik bangunan, sekolah dan Insitut Kemahiran Belia Negara (untuk pusat pengundian).

“Dan (perkara ini) tiada kena-mengena dengan (MT) Umno. Kita pun tidak tahu mesyuarat itu, kecuali apabila ada orang bangkitkan perkara ini. Tidak sama sekali. Tidak relevan sama sekali mesyuarat MT Umno dengan keputusan SPR,” kata Abdul Aziz.

“Kita umumkan dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang. Kecuali saya mengumumkan pada hari kedua belas dan ketiga belas (selepas bermesyuarat).”

Selain itu, diminta menjelaskan tindakan SPR menetapkan hari pengundian DUN Penanti pada Ahad, berbeza dengan tiga pilihanraya kecil sebelum ini, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai.

Pilihanraya kecil Penanti menggunakan daftar yang dikemaskini sehinggi 16 April dan mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum.

Pengundian di 32 saluran akan berjalan di sembilan pusat pengundian – lapan sekolah dan satu dewan insitut belia.

Abdul Aziz berkata, 242 petugas SPR akan terlibat mengendalikan pilihanraya kecil itu dengan perbelanjaan RM500,000.

Mafrel jadi pemantau

Beliau juga berkata, jika BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, ia merupakan kali pertama dalam sejarah.

Katanya, untuk pilihanraya ini, SPR bersetuju menubuhkan dua pasukan penguatkuasa kempen pilihanraya (PP-KPR) yang bertanggungjawab memantau pemasangan bahan kempen dan segala aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen dari 23 Mei sehingga selesai hari mengundi jam 5 petang pada 31 Mei.

Abdul Aziz berkata, PP-KPR akan diketuai seorang pegawai penguatkuasa dan dianggotai seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.

SPR juga, katanya, bersetuju membenarkan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil  Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya kecil tersebut, dan meminta mereka menghubungi urusetia SPR untuk urusan pelantikan dan syarat-syarat yang akan ditetapkan.

Abdul Aziz berkata daftar pemilih bagi bahagian pilihanraya
berkenaan akan mula dijual pada 8 Mei ini.

“Pengundi dalam bahagian pilihanraya berkenaan juga boleh membuat semakan melalui lamanweb SPR iaitu http://www.spr.gov.my dan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Mei ini.

“Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang di talian 04-261 7692,” katanya.

JUMLAH ANAK TANPA BAPA 217,411

BAYAN BARU, 16 Feb – Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi.

Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.

Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.

“Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.

Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.

“Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan,” terang Muntaz lagi.

Berceramah sama dalam majlis itu ialah Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Malik Abul Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Kedah, Ustaz Izzat Mohd Sauki.

~ harakahdaily