KEJADIAN TEMBAKAN POLIS @ BAKAR BENDERA?
Pihak Berkuasa Polis mendakwa bahawa anggota Polis berpakaian preman yang menembak dua orang yang dikatakan cuba membunuhnya dalam kejadian ‘Rusuhan’ di Batu Burok 8 September lalu sebenarnya cuba mempertahankan diri. Betulkah begitu?
Manakala di pihak keluarga salah seorang mangsa tembakan pula mengatakan bahawa tak mungkin anaknya cuba membunuh seorang anggota polis. Lalu ada website yang memaparkan gambar beliau ketika terlibat dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir di Johor tahun lalu.
Penulis juga ‘terserempak’ dengan satu klip video temuramah salah seorang orang awam yang hadir di tempat kejadian yang memperkenalkan dirinya sebagai Othman. Beliau mengatakan bahawa beliau melihat dengan mata kepala beliau sendiri di mana polis terbabit menembak mangsa dalam keadaan berdiri. Sila tonton sendiri klip ini:
Nilai lah sendiri sama ada polis benar atau rakyat yang betul.. Bayangkan dalam keadaan isu peluru hidup dibincangkan, tiba2 polis, media, Parlimen, BN dan Umno sibuk dengan SIAPA BAKAR BENDERA? Inilah cara orang politik yang tidak bertanggungjawab mengalihkan pandangan masyarakat terhadap apa isu utama dalam kejadian 8 September lalu.
Bayangkan betapa tergamak Polis Diraja Malaysia mendakwa bahawa Mangsa cuba membunuh polis berpakaian preman tersebut!! Dengan senjata apakah beliau mahu membunuh polis yang bernama AZMI tersebut?
Kami, Pemuda Kuala Terengganu merasakan perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menjalanka siasatan secara adil agar cerita sebenar terdedah dan masayrakat berpuashati dengan apa jua keputusan siasatan.
“PEMUDA BERSAMAMU . MERAKYAT PERJUANGAN”
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Keganasan Polis, Politik | Leave a comment »