• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2009
    I S R K J S A
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KENAPA HARUN AJAK HARUSSANI MUZAKARAH?

dipetik dari tranungdaily.blogspot.com

KENAPA HARUN AJAK HARUSSANI MUZAKARAH?
Memang Pemimpin Gerakan Islam sangat sinonim dengan kerja dakwah. Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Ustaz Harun Taib, Pesuruhjaya Pas Terengganu ajak Harussani bermuzakarah isu kenegaraan. Elok sangat lah tu. Mursyidul Am ajak Perdana Menteri debat, Ketua Dewan Ulama’ pula ajak Mufti muzakarah. Yang jadi peliknya, kenapa diajak mufti? Kan kalau ajak Perdana Menteri juga kan bagus. Bagus pada hasratnya sahaja. Apabila penyokong Pakatan Rakyat, sudah tentu jadi ‘havoc’ 1Malaysia semula. Baru aja nak lupa isu Kerajaan Perpaduan, timbul pula muzakarah baru, sudah barang tentulah jadi kecoh kembali dunia politik kepartian tanahair.

Yang sebenarnya, bacaan penulis terhadap ajakan itu nak memberitahu kepada kita bahawa Harusssani Zakaria tak usah campur lah politik kalau sekadar nak beri untung Umno BN. Esok kita akan disoal olejh Allah s.w.t. Dalam temubual wartawan akhbar utama tanahair baru2 ni, Harussani mengaku beliau tak pandai politik. Kalau pandai, dah lama dia masuk. Jadi beliau mempertahankan tindakannya menyentuh isu perpaduan dan beberapa isu lain bertujuan membetulkan apa yang salah. Penulis mahu bertanya , dari kacamata manakah Harussani lihat betul dan salah itu? bukankah Qur’an dan Sunnah nabi s.a.w. yang menentukan apa yang betul dan apa yang salah? Beliau menekankan betapa ruginya Melayu dan Islam apabila bangsa Melayu berbalah sesama sendiri dalam hal politik. Inilah jadinya kalau seorang mufti tidak pandai menterjemahkan kisah sirah nabi dalam konteks hari ini. Bukankah Nabi s.a.w. ditentang hebat oleh kaumnya sendiri? Bukan setakat bangsa sahaja, bahkan suku Quraiysh yang mulia di tanah Mekah, dan menjadi darah dagingnya sendiri.

Penulis teringat waktu belajar dulu, ada satu subjek yang mengkaji idea pembaharuan dan gerakan Islam di seluruh dunia. Di Turki, seorang tokoh pembaharuan yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat iaitu Badiuzzaman Said Nursi. Beliau dikenali dengan seorang yang dididik dengan jalan sufi. Tetapi kelemahannya ialah tidak pandai sepak terajang politik Turki. Jadi, tak kurang cendekiawan Islam yang memanggilnya “Badiuzzaman yang naif.” Naif di sini nak merujuk kepada orang yang tidak pandai selok belok politik semasa. Jadi, penulis rasa Harussani pun lebih kurang Badiuzzaman juga dari sudut pandangan politiknya. Mereka berdua ada niat untuk menyelamatkan anak bangsa dari lembah kehancuran tetapi dari sudut pandangan yang salah. Harussani terlalu husnuzzon (bersangka baik) terhadap Umno BN yang sudah berapa kali menipu, memperdaya, membohongi, memungkiri, mengasari pembangkang dan rakyat!!! Inilah kelemahannya.

Sepatutnya Harussani mendampingi ulama’-ulama’ Pas untuk memahami sepak terajang politik. Mendengar sirah Nabi dan pengajarannya dari ulama’ haraki. Juga dengar cerita pembohongan-pembohongan, pengkhianatan-pengkhianatan Umno BN terhadap agama bagi membuka mata dan minda mufti tersebut. Penulis nak cadang agar Ustaz Harun Taib jemput Harussani ‘join’ usrah Ustaz untuk beri kefahaman yang betul tentang perjuangan Islam. Atau kalau ada yang salah dengan perjuangan Pas, maka dipersilakan Harussani menegurnya dari dalam kerana itu lebih memberi impak maksima!!!

Sekian.

Advertisement

HUSAM: TOK GURU HAJI HADI 100 X LEBIH BAIK DARI NAJIB

Sila perhatikan saat ke 37. Dato’ Paduka Husam sebut, “Kita rasa kalau Tok Guru Haji Hadi jadi Perdana Menteri, 100 X lebih baik dari Najib.” Ini pengiktirafan dan penghormatan kepada Tuan Guru Presiden PAS. Jadi, tidak patut sekiranya kita percayakan media proksi Umno BN baik dalam akhbar mahupun internet yang mendakwa bahawa PAS berpecah dua. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam Pas. Ia mencambahkan lagi idea dalam jamaah. Apabila keputusan diambil dalam mesyuarat, semua ahli dan pendokong akan berpegang kepada keputusan itu kecuali mereka yang ada penyakit dalam hati. Mereka ditimpa penyakit yang menimpa golongan munafik sebagaimana yang berlaku di zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat Khulafa Rasyidun yang empat.

TOK GURU AJAK NAJIB DEBAT

Petikan Malaysiakini.com

Nik Aziz ajak Najib berdebat

Jun 27, 09 2:23pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

“Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno,” beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.

Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

Nik Aziz dilaporkan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

PEMUDA TERENGGANU BERSAMA2 TOK GURU

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS berharap ruang perbincangan berkaitan kepentingan umat Islam, amar ma’aruf dan nahi mungkar, terus diadakan dengan UMNO walaupun perbincangan tentang kerajaan perpaduan telah dihentikan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata penolakan kerajaan perpaduan bukan bererti PAS menutup pintu gerakkerja dakwah.

Beliau berkata kerja dakwah mesti dibuka seluas-luasnya untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya bersatu dan berpadu di bawah Pakatan Rakyat khususnya PAS.

”Kami (pemuda PAS) meminta supaya perbincangan dengan UMNO tidak boleh dihentikan bagi membincangi (kan) tentang isu-isu Islam, umat Islam,

”bagi menyampaikan kerja-kerja amar ma’aruf dan nahi mungkar,”katanya ketika ditemui selepas majlis serah tugas Jabatan Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Katanya pemimpin UMNO tidak memahami apa sebenarnya kerajaan perpaduan kerana mereka menganggap ia adalah gabungan antara PAS dan UMNO.

Sedangkan menurutnya, ia tidak pernah timbul sama sekali dan tidak menjadi agenda serta hasrat pimpinan PAS untuk membawa PAS kearah itu.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO memang mengharapkan kerjaan campuran atau gabungan dengan PAS kerana keadaan mereka begitu mendesak.

(Gambar – Ustaz Mohd Noor menyampaikan cenderahati kepada Wan Mohd Hadib yang menyerahkan tugasnya sebagai Pengerusi DACS)

”UMNO memang mengharapkan kerajaan campuran, gabungan (dengan PAS) kerana UMNO berada dalam keadaan hampir runtuh, musnah, (dan) bahtera mereka hampir tenggelam,”jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat berkata demikian mengulas keputusan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam kenyataan bersama di Parlimen kelmarin ditegaskan, walaupun menolak penubuhan kerajaan perpaduan, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyokong sikap terbuka tersebut dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Terengganu dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

”Kita (PAS) akan bekerjasama dan meyokong ketrajaan negeri Terenggan dalam persoalan-persoalan kepentingan rakyat khususnya isu royalti (minyak), ini adalah isu keadilan dan kepentingan rakyat Terengganu,”tegasnya.

Justeru, beliau mendesak, sekiranya UMNO ingin membentuk satu perpaduan, mestilah mengubah dan membersihkan diri mereka, kerajaan dan memohon maaf keatas kesilapan mereka yang lalu.

”Mereka mesti mengubah dan mesti membersihkan Institusi kehakiman, SPR, dan mesti bertindak adil,

”dan memohon maaf terhadap kesilapan-kesilapan mereka membunuh pejuang-pejuang PAS di Memali, menangkap pemimpin-pemimpin PAS, meruntuhkan masjid Bujal, merampas tanah-tanah dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat, yang diberikan (kepada rakyat) oleh kerajaan (PAS),”katanya.

Dicatat oleh Media Informasi Terkini di 03:21

KENALI KETUA PEMUDA PAS PUSAT -2

KENALI KETUA PEMUDA PAS PUSAT-1

APA ITU UNITY GOVERNMENT?

Mari Kenali Unity Government

Posted on 14 Jun 2009 by dupahang

Artikel Oleh: allahummahdina

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat dan juga yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah pun melontarkan idea unity goverment yang menggemparkan. Ramai terpingga2. Ada yang berkata Hadi perlu perjelaskan padahal kenapa sibuk marahkan kalau belum jelas.

Banyak orang menolaknya tanpa diberikan hujjah2 yang baik. Nyatakan di mana baik dan buruknya. Ambil keputusan bersama. Tapi ini tidak berlaku. Masing2 dengan tuduhan yang tidak berasas. Penuh dengan pransangka buruk. Oleh itu, di sini suka saya berkongsi dengan para pembaca budiman luahan saya.

Sebelum saya pergi lebih jauh suka saya nyatakan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran Antaranya ialah ;

1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak ahli parliment daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran ialah biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya.

2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila2 masa saja mengikut suara terbanyak ahli parliment.

3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parliment bukannya parti2 tertentu kerana bila masuk ke dalam parliment ia seolah2 bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.

4. Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri

5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang.

6. Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu2 isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu2 besar.

Pastinya kerajaan perpaduan ini mestilah mengikut acuan malaysia setelah melalui pelbagai perbincangan. Maka tak hairanlah kenapa DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikannya. Ini kerana ia perlu kepada pendetailan bersama-sama antara parti yang terlibat.

Kalaulah secara terperinci ianya datang daripada DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pasti namanya kerajaan DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau kerajaan PAS dan pastinya semua parti akan menolaknya. Bagi saya DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengambil langkah tepat dengan tidak memperincikannya tetapi hanya memberi konsep antaranya kerajaan tiada pembangkang dan bagi menghadapi kemelot politik dan ekonomi yang teruk.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang nampak teragak2 pada mulanya kerana saya rasa ianya seolah2 menjadi kejutan kepada sesetengah pemimpin lalu mengeluarkan kenyataan yang kurang berhemah (saya rasa pada lahirnya) tetapi setelah selang beberapa ketika, ketenangan dan keberanian datang kembali.

Biasalah mana2 idea yang besar pasti juga mendatangkan kritikan yang banyak (adalah malang pemimpin PAS tidak bersatu hati dalam perkara ini. Kalau orang yang kebanyakan saya tak sedih kerana mereka pasti kekurangan ilmu agama yang dapat mendidik mereka tapi tidak wajar kalau ianya adalah pemimpin gerakan Islam!! Mereka mesti alim asas2 agama kerana ilmu fardhu kifayah sudah menjadi ilmu fardhu ain buat mereka..kalau tolak mesti semuanya menolak..kalau terima semuanya mesti menerima walaupun di sana ada beberapa perkara yang tidak puas hati).

Mereka berkata BN penuh dengan kejahatan dan kekejian. Apakah hanya ini alasan sehingga kita tak boleh berurusan dengan mereka. Strategi kita mestilah kadang-kadang menyerang, kadang-kadang memujuk, kadang menawarkan sesuatu dan sebagainya mengikut kesesuaian. “janganlah kecenderungan kamu kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka” janganlah kita terburu-buru menolak atau menerima sesuatu perkara kerana terburu-buru itu daripada syaitan.

Antara hikmah DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikan walaupun sudah menerangkan konsep ialah ;

1. Strategi, ia tidaklah boleh didedahkan. Inilah pentingnya thiqah dan wala’. Percaya dan yakin kepada pemimpin kerana bukan semua perkara boleh didedahkan kepada umum. Tapi ini tak berlaku kerana mereka tak percaya dan tidak berserah kepada pemimpin bahkan di kalangan pemimpin besar sekalipun tidak menunjukkan teladan yang baik. Sehingga ia menjadi senjata musuh pula. (Bagi saya Datuk Tuan Guru Menteri Besar perlulah taat kepada Presiden dan Presiden mesti taat kepada Majlis Syura, kalau Datuk Tuan Guru Menteri Besar ingin menegakkan pendapatnya maka sayugialah Datuk Tuan Guru Menteri Besar memanggil ahli majlis Syura dan membuat keputusan dan bercakap atas kapasiti Majlis Syura bukannya atas kapasiti peribadi atau Mursyidul Am-maaf insan yang kerdil ini mahu mengajar Datuk Tuan Guru Menteri Besar). Mereka mengambil contoh peperangan siffin sedangkan pepecahan berlaku kerana mereka tidak wala’ dan thiqah kepada Ali ra. Mereka tidak patuh kepada pemimpin mereka. Hati2 mereka bersama kamu tapi pedang2 mereka bersama musuh.

2. Memberi peluang kepada semua parti politik agar hendaklah bersama2 merangka kerajaan. Bersama2 menentukan peluang dan keperluan yang perlu dicapai. Banyak sejarah perang Rasulullah saw membuktikan setelah tiada jalan melainkan perang barulah berlakunya peperangan. Pada peperangan Uhud Nabi saw tidak mengejar tentera musuh walaupun tentera Quraisy berundur. Hanya kejar olok2 agar musuh merasai kekuatan Islam.

3. Bagi rakyat bersuara juga memberi pandangan. Biasalah mereka yang bersuara ini punyai pelbagai latar belakang, ada yang beremosi, ada yang fasik, ada yang kafir harbi dan sebagainya. Cuma masalahnya terdapat pemimpin PAS yang tidak seiya dan sekata dalam melontarkan pandangan. Sepatutnya mereka menyokong dengan hujjah ilmu yang jelas. mana2 yang tidak puas hati rujuk kepada Presiden. Jangan menampakkan mereka tidak ada thiqah dan wala’. Kalau mereka begini apalah yang ingin diharapkan sangat daripada ahli.

Inyaallah akan bersambung di lain kali..Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu saya memohon keampunan Allah.

SYEIKH FATHI YAKAN KEMBALI KE RAHMATILLAH

fathi yakan 1AL FATIHAH BUAT SYEIKH DR. FATHI YAKAN YANG KEMBALI KE RAHMATILLAH PETANG SEMALAM. BELIAU MERUPAKAN ANTARA TOKOH GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA YANG SANGAT DIHORMATI. BUKU BELIAU YANG BERTAJUK MAZA YA’NI INTIMA’I BIL ISLAM (APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM) SANGAT TERSOHOR DALAM DUNIA GERAKAN ISLAM. IA DIGUNAKAN SEBAGAI TEKS USRAH DI MANA2.

MUDAH2AN ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN TEMPATKAN BELIAU DI KALANGAN PARA NABI, SOLEHIN, SIDDIQIN DAN SYUHADA’ AKHIRAT. AMIN.

SEMPENA MEMPERINGATI BELIAU, DPPKT TURUNKAN DI SINI TULISAN BELIAU YANG MENYENTUH 7 FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN KEMUSNAHAN GERAKAN ISLAM:

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan.

Ini menjadi titik kekuatan bahkan juga titik kelemahan yang fatal buat IMAN.Gah dari segi kuantiti.Sudah pasti jika meninggalkan aspek kualiti,IMAN tiada nilai.Melangkah longlai. Bahkan boleh menjadi senjata sulit untuk menikam balik gerakan Islam itu sendiri.

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun di tahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan dakwah setempat berdasarkan situasi.

CIKGU PA SETIAUSAHA AGONG PAS

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan perlantikan Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Mustafa Ali (Cikgu Pa) sebagai setiausaha agung PAS manakala Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Pengumuman dibuat dalam satu sidang media di pejabat Agung PAS, selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang pertama bagi sesi ini.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Dato’ Husam Musa dan Hj Mohamad Sabu menganggotai jawatankuasa PAS pusat yang diamanahkan melaksanakan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.
Dalam sidang yang sama beliau mengumumkan Ustaz Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Dato’ Mahfudz Omarr yang menang dalam pemilihan Naib Presiden baru-baru ini.

Antara keputusan lain adalah seperti dibawah;

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa,
Mohamad Sabu,
Mohd Anuar Tahir,
Mohd Taufik Abdul Ghani,
Dr Mariah Mahamud,
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah

Senarai pesuruhjaya PAS negeri

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Penang)
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu ) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

SEDUTAN UCAPAN DASAR PRESIDEN BUAT DEWAN PEMUDA

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas ‘penyelamat’ bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.