• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Oktober 2009
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

SEKITAR HIMPIT 10K 2009

HIMPIT09 KONTINJEN KTSebahagian Kontinjen Kuala Terengganu yang hadir

HIMPIT09 PERASMIAN01Kehadiran pada hari perasmian  mencecah 10 ribu…

KULIAH DHUHA UST AZHARUstaz Azhar Idrus menyampaikan Kuliah Dhuha Perdana sebelum berlangsungnya Perasmian HIMPIT 10K 2009.

UST AZHAR DI HIMPIT 09Ustaz Azhar baru nak mulakan Kuliah. Di sebelah kiri gambar merupakan Exco Pemuda Pusat, saudara Adram.

PERASMIAN HIMPIT09Inilah pemuda-pemuda yang bakal menumbangkan Umno Barisan Nasional pada PRU 13 nanti.

PESERTAHIMPIT09Sebahagian peserta Kuala Terengganu

RENGGO HIMPIT 09Renggo (bekas vokalis Arrow) baru sampai. Malamnya beliau buat ‘show’.

 

Advertisement

DR ASRI BAKAL SERTAI PARTI POLITIK?

Petikan dari MStar online.
………………………………………….
Dr Asri akan sertai parti politik?

Oleh ZIEMAN

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini.Foto ihsan laman blog drmaza, Minda Tajdid.

PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

“Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

“Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil,” kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen,” jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.

Isteri Tangkap Suami Berdua-duan Dengan Puteri Umno?

Bingkisan Parlimen

Isteri Tangkap Suami Berdua-duan Dengan Puteri Umno?

HARI ini hari kedua sidang parlimen. Seorang teman datang menjemput di rumah tepat jam 1:00 petang untuk ke parlimen. Terima kasihlah. Saya tahu kenapa dia rajin nak jemput kerna nak tahu cerita sansasi yang dipostkan dalam blog saya kelmarin.

Memang cerita itu sansasi. Apa tidaknya saya menerima lebih 130 call dari malam membawa ke siang dan berjujut pertanyaan masuk dalam email dan FB. Orang penting dari Kelantan juga turut sama menelefon saya bertanya khabar? Memang hangat!

Dicelah itu timbulkan kononnya saya buat cerita. Kisah Exco tumbuk tetamu raya itu sebagai rekaan dan fitnah, konon untuk memburukkan Exco berkenaan. Adalah dua tiga penggongong politik menafikannya secara sambrono. Seorang rakan penulis yang berada di parlimen semalam memberi tahu dia berdepan dengan seorang jurucatat sebuah parti oposisi. Jurucatat ini menjelaskan kepadanya bahawa apa yang saya catatkan dalam blog adalah tidak benar. Bagaimana pun dia yang berada di majlis rumah terbuka mengakui tidak menyedari kalau ia berlaku.

“Tak apalah kalau tidak benar. Cuma kalau boleh tolong tanya orang berkenaan (tetamu) yang jadi mangsa itu. Telefon sendiri…dan tanya apa yang telah berlaku. Apakah gurauan tumbuk perut atau tumbuk muka!” saran saya kepada kawan itu yang begang dengan jurucatat parti berkenaan.

Bebalik kepada kawan yang menjemput tadi, saya ingat dia rajin mengambil saya kerana ingin mengetahui kisah itu selanjutnya. Tetapi meleset. Dia tidak mahu tahu cerita yang tidak bermoral dan menggambarkan kecetakan akhlak si pelaku itu. Sebaliknya ada cerita lain yang beliau ingin kongsikan dengan saya.

“MSO tahu timbalan menteri yang baru dilantik, yang isterinya seorang laywer?” begitulah kawan itu memulakan cerita yang kabur dan tidak diketahui apa maksudnya.

“Kenapa?” saya merasa pelik.

“Masa perhimpunan agung Umno baru ini, seorang isteri timbalan menteri telah tangkap suaminya yang sedang berdua-duanya dengan seorang puteri Umno. Kejadian ini katanya berlaku di hotel Panfasific..?” ceritanya.

Saya menjebeh mulut. Kepala melayan ke muka-muka menteri kabinet, kemudian ke muka muka timbalan menteri kabinet.

“Sapa hah?” aju saya pula kepadanya. Cerita ini menarik dan lebih menarik daripada usaha Umno untuk membaiki pulih parti berkenaan. Cerita ini kalau terdedah boleh menenggelamkan ajakan Najib Razak untuk membangkitkan semula Umno.

“Itulah kita pun duk cari, siapa timbalan menteri berkenaan, dan siapa isterinya,” katanya. Cerita ini belum tersebar luas lagi, MSO…” katanya. “Tapi sudah ada beberapa yang tahu dan berbau mengenai cerita ini,” tambahnya. Saya faham dengan kata-katanya itu. Dia mahu saya nukil dalam blog dan hebahkan.

“Boleh diblogkan?” saya minta izin sebab ini skop. Biasanya maklumat seperti ini menjadi rebutan penulis dan wartawan serta para broker politik. Walaupun cerita ini tidak ada moral tetapi ada manfaatnya kalau ia didedahkan. Sekruang-kurang umum akan tahu dalam riuh rendang persidangan untuk membangun bangsa dan agama itu, ada perwakilan yang melakukan kemungkaran.

“Boleh…” kawan itu memberi izinkan bila mana saya kata saya tulis dalam blog.

Mulanya saya tidak bercadang untuk memblogkan kisah ini. Tetapi apabila sampai di parlimen beberapa orang lain turut bertanyakan hal ini menjadikan berminat pula untuk memblogkannya. Manalah tahu selepas ini kalau ada sesiapa yang mengetahuinya lebih detail akan memberi informasi.

Seperti mana kisah Exco tumbuk tetamu itu, saya sudah menerima dua kepingan gambar yang berkaitan dikirimkan kepada saya.

Gambar itu jelas dan terang sekali. Bagaimana tetamu itu bersalam penuh mesra dengan Exco berkenaan yang berbaju Melayu, tidak berkupiah dan bersongkok dengan wajah berkedut. Mungkin selepas persalaman itulah maka pwok…. penumbuk dilepaskan ke muka tetamu berkenaan.

Marilah kita tunggu kisah isteri timbalan menteri tangkap suaminya ini pula. Saya yakin selepas ini maklumat penuh akan diperolehi. Adapun tujuan ia dicatat di sini untuk memberi peringatkan kepada semua kita jangan sesekali terjebak dengan kejahatan. Walaupun kemungkaran itu dilakukan dalam bilik, dalam gelap tetapi ia akan dapat dihidu juga.

Benarlah kata bidalan keburukan tidak dapat dilindungi dengan apa juga kebijaksanaan. Begitu juga walaupun kita tumbuk orang di luar gelanggang referi tetap tahu juga.

ISU EGM CIPTAAN MUSUH PAS

Oleh Tok Pepijat

 Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.
TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS.
Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.
Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004.
Dari segi umur, TG Nik Aziz lebih tua dari TG Haji Hadi lebih kurang 15 tahun.
Melihat cara berfikir keduanya, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini barangkali berdasarkan cara mereka berdua mendapat tarbiyyah dan pendidikan di luar negeri.
Walaupun keduanya tempat terakhir destinasi pendidikan di Al Azhar Mesir tetapi tempat menimba ilmu sebelum Al Azhar adalah berbeza.
TG Nik Aziz habiskan masa belajarnya di India selama 11 tahun. Belajar melalui sistem Deobandi. Satu sistem ala pondok di negara kita tetapi ilmunya lebih terjurus kepada ilmu Hadis, tasawuf dan mantiq. Beliau tentu dapat pengalaman dan pengajaran yang banyak dari Syekhul Hadis. Juga dapat belajar ilmu kehidupan melalui penggamatan kehidupan masyarakat India.
Manakala TG Haji Hadi pula sebelum ke Mesir, beliau mendapat didikan dari Bumi Rasulullah, Madinah selama 4 tahun. Tentulah penekanan lebih kepada soal aqidah dan haraki. Boleh dikatakan beliau adalah antara kader-kader yang mendapat tarbiyyah langsung dari Ikhwanul Muslimin samada semasa di Saudi maupun di Mesir. Hingga kini beliau masih berhubung dengan rakan-rakan perjuangan Ikhwanul Muslimin di luar negara.
Kini PAS di bawah “pemerintahan” mereka berdua. TG Nik Aziz terkenal dengan ilmu mantiqnya yang berbisa dan tinggi. TG Haji Hadi pula terkenal kepakaran dengan ilmu harakinya. Dengan gabungan ilmu mereka berdua dan sokongan dan dokongan saf pimpinan inilah yang menjana PAS ke peringkat kemuncak kini.
Soal terdapat percanggahan pendapat antara mereka berdua, itu soal biasa. Dengan ilmu mereka berdua, berkelayakkan membuat ijtihad. Betul dapat 2 pahala, salah pula 1 pahala.
Mengenang kembali kisah Abu Bakar dan Umar, dua orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Mereka juga ada khilaf dalam satu-satu isu. Seperti :
a) Hukuman keatas tawanan perang Badar. Pendapat Abu Bakar dilihat berperikemanusiaan manakala Umar agak keras. Tetapi pendapat Umar mendapat dibenarkan oleh Allah Taala.
Rasulullah umpamakan Abu Bakar selembut Nabi Ibrahim manakala Umar setegas Nabi Nuh ketika hadapi karenah umatnya.
b) Hukuman keatas orang murtad selepas kewafatan Rasulullah. Umar lebih bersikap lembut dan diplomasi. Abu Bakar pula memutuskan hukuman keras keatas riddah dengan menghantar bala tentera. Umar setuju dan hormati dengan keputusan Abu Bakar kerana beliau adalah Khalifah dan senioriti dalam Islam.
Begitulah hebatnya Abu Bakar dan Umar. Gabungan keduanya menyebabkan Kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jatuh ketangan pihak Islam pimpinan mereka berdua. Kini mereka berdua telah tiada.
Gabungan ilmu, pemikiran dan tarbiyyah TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sewajarnya menggerunkan pihak sekular di Malaysia khususnya UMNO. Begitu juga Kuasa Kuffar di luar negeri.
Mereka melihat iklim politik Malaysia dengan penuh cemas setelah PRU 12 dan jatuhnnya beberapa negeri ke tangan PR, dengan PAS menjadi MB di 3 buah negeri Kelantan,Kedah dan Perak serta sokongan rakyat terutamanya Cina dan India terhadap PAS.
Pihak Kuffar juga melihat regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi adalah satu regu yang memberi ancaman kepada politik sekular mereka.
Melihat senario hari ini yang melanda PAS selepas PRU 12, tidak mustahil ianya satu perancangan dan muslihat golongan sekular samada UMNO maupun Amerika untuk melihat PAS berpecah.
Strategi mereka nampak berhasil. Bermula dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum dan selepas Muktamar. Tidak mustahil pihak “ejen-ejen” mereka telah menyusup masuk ke dalam PAS untuk mencetuskan pepecahan dalaman PAS tanpa TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi menyedarinya.
Lihatlah kisah bagaimana pihak Munafik pimpinan Abdullah bin Ubai memanupulasikan 2 peristiwa semasa perjalanan pulang Rasulullah dan tenteranya dari Ghazwah Bani Mustaliq. Peristiwa perebutan air dan fitnah terhadap Ummu Mukminin Aisyah.
Isu Kerajaan Perpaduan, kem Erdagon, Hasan Ali, perebutan Timbalan Presiden dan terkini EGM adalah rantaian hasil kerja “ejen-ejen” munafikin. Semuanya mempunyai satu target sahaja. Iaitu agar regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi berpecah. Itu sahaja !
Malangnya kita tidak punyai Huzaifah Al Yaman untuk mengenali “ejen-ejen” ini !

JAWAPAN KEPADA TULISAN DR AZIZ BARI

Berikut adalah petikan kenyataan Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT) berkenaan tulisan Prof. Dr Aziz Bari yang disiarkan di dalam Sinar Harian semalam.

KENYATAAN IKPNT TERHADAP TULISAN PROFESOR DR AZIZ BARI

Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT ) tertarik untuk memberi respon terhadap satu penulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Gombak di dalam ruangan Perspektif Sinar Harian Isnin 19 Oktober 2009 di bawah tajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang: Pas kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan”

IKPNT mendapati bahawa penulisan tersebut tidak seimbang dan hujah-hujah yang digunakan tidak bertepatan, memandangkan beliau pada asalnya menyebut “sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting dari sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya”. Sepatutnya beliau banyak membicarakan kepincangan dalam PRK tersebut dari sudut undang-undang yang penuh dengan keganasan dan penipuan yang dilindungi oleh undang-undang. Pandangan terhadap keraguan proses undi pos, salahguna jentera kerajaan, ketelusan SPR dan rasuah patut diberikan pandangan dan penjelasan oleh beliau sebagai seorang ahli undang-undang.

Tetapi, sebaliknya, beliau telah membicarakan perubahan kepimpinan yang mesti dilakukan oleh PAS secara drastik. Apakah kepimpinan PAS patut bertukar secara drastik selepas kekalahan di Bagan Pinang? Sedangkan Pas berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK Bukit Gantang, Manik Urai, Pengkalan Pasir dan merampas kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu. Dalam semua PRK tersebut, kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang sama dengan PRK N.31 Bagan Pinang. Umum juga mengetahui penyertaan Pas di Bagan Pinang disedari sukar untuk dimenangi atau sebagai “underdog” sebagaimana dikatakan oleh Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang, YB Salahudin Ayub.

Prof. Dr Aziz Bari telah berhujah secara tidak professional. Perlu difahami bahawa kepimpinan PAS adalah sebuah kepimpinan berjemaah, dan bukan hanya kepimpinan individu seperti yang disebut oleh beliau. Kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulamak yang memikul tanggungjawab daripada amanah Allah S.W.T dan RasulNya, Muhammad S.A.W.

Pemimpin-pemimpin PAS bertindak berdasarkan keputusan-keputusan yang diambil di pelbagai peringkat selaras dengan prinsip Syura yang dipakainya. Prof. Dr Aziz Bari hanya melihat PAS sebuah parti politik. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua polisi dan kegiatannya di bawah dasar kepimpinannya secara berjemaah.

IKPNT mengharapkan Prof. Dr Aziz Bari meneliti dengan tepat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kritikan beliau. Janganlah hanya menjeling kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan mengatakan bahawa ini betul dan ini tidak betul sedangkan beliau sendiri tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak yang berautoriti dalam PAS. Inilah yang sepatutnya beliau lakukan sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang.

Kenapa beliau telah membuat satu persepsi yang tidak adil terhadap kepimpinan PAS dengan membahagikan kepada dua blok: pro-UMNO dan tidak pro-UMNO? Isu ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana telah diberikan penjelasan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin PAS. Adalah lebih bijaksana sekiranya komentar yang dibuat berlandaskan etika profesionalisme serta kefahaman yang benar terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Pemimpin-pemimpin PAS daripada dulu sehingga sekarang telah berjaya membuat perubahan politik dalam Negara, bahkan telah terbukti di kalangan pemimpin-pemimpin utamanya memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan Islam dan membela umat sejagat. Kenapa Prof. Dr Aziz Bari membuat penghakiman yang begitu mudah terhadap kepimpinan PAS?

IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh melemahkan Islam.

Selasa, 20 Oktober 2009.
Kuala Terengganu.

ANAK HARAM BERTAMBAH

Petikan dari Harian Metro

……………………………………………….

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kenapa aku dibuang ?SEKS BEBAS. Entri sebelum ini, kalam ini telah pun berbicara tentang fenomena pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Hari ini pula, Harian Metro telah melaporkan kisah yang sama iaitu amalan seks bebas menyebabkan anak haram bertambah.

Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

CERAMAH HIMPIT 2009

POSTERHIMPIT09

SAMBUTAN JUBLI PERAK PASTI TERENGGANU

JUBLIPERAKPASTI