PETUA MENANG PILIHANRAYA DARI NAJIB

najibSemalam Najib datang bawa 408juta untuk Mat Said. Punyalah lebar senyuman Mat Said, hingga mencecah telinga. Dijulangnya tinggi-tinggi replika cek. Maklumlah orang tak pernah terima royalti sebanyak tu. Tapi tidakkah dia sedar bahawa yang sepatutnya layak diterima berganda-ganda lebih dari itu? Sepatut dapat 5 bilion lebih, tapi dgula-gulakan dengan tambahan 408juta. Dekat pilihanraya pulak tu! Rakyat Terengganu macam tak faham pulak…Biasalah tu setiap kali pilihanraya dekat, macam-macam la bawa itu dan ini. Kekadang sekadar janji kosong sahaja.

Berbalik kepada tajuk, antara isi kandungan ucapan Najib semalam, beliau memberi petua untuk menang pilihanraya. Katanya, “Kalau nak menang pilihanraya, kena MESRA RAKYAT dan MERENDAH DIRI selalu. Tak payah teori dari Cambridge, tak payah teori dari Oxford. “

Penulis rasa kena setuju dengan Najib kali ini. Yang menariknya, sangat dalam maknanya apabila Najib sebut ‘tak payah teori dari Cambridge dan Oxford’. Waktu Najib sebut, penulis terus teringatkan Idris yang memang kuat ‘mengaji’ kata orang Terengganu. Pernah pergi Oxford dan Cambridge. Belajar teori itu dan teori ini.Lalu apabila memerintah Terengganu, beliau memperkenalkan istilah itu dan ini. Terakhir sebelum beliau di’guling’kan, teori ‘Blue Ocean Strategy’ sempat dibawa masuk ke Wisma Darul Iman. Itulah strategi yang digunapakai oleh Umno waktu pilihanraya umum ke 12. Kalau terjemah, ia jadi’Strategi Lautan Biru’. Tentu pembaca ingat tentang lautan biru, kan? Ternyata Najib memang tidak sukakan Idris sebagaimana dalam diam beliau tak sukakan Pak Lah. Memang patut pun, sebab Idris kamcing dengan Pak Lah. Segala permintaan Idris, Pak Lah turuti. Sehinggalah permintaan terakhir dari Idris ialah memberi perhatian yang penuh terhadap Terengganu dalam PRU12, menyebabkan Pak Lah hilang 4 negeri lain. Ini kesilapan terbesar Pak Lah yang menyebabkan pimpinan lain menyalahkannya.

Mat Said pula memang patut menarik nafas lega kerana 2 perkara. Pertama kerana dapat 408 juta walaupun jauh nilainya berbanding 5 bilion lebih. Kedua kerana pemerintahan beliau sudah diberi pengiktirafan oleh Bakal Perdana Menteri (entah jadi ke tidak) untuk menguruskan sendiri wang royalti petroleum.

dipetik dari http://tranungdaily.blogspot.com

2 Respons

  1. Pada pendapat saya,umno di kuala terengganu hanya 50-50 sahaja untuk menang .Umno tidak akan dapat perhatian daripada pengundi muda.Ini adalah kerana sekarang merupakan masa yang sukar dari segi ekonomi malaysia,boleh dikatakan ada rakyat malaysia tidak mendapat pekerjaan,tetapi orang asing mudah mendapat pekerjaan tanpa bersusah payah menghantar pelbagai dokumen,Alasan yang diberikan adalah rakyat malaysia malas.Oleh itu pegundi muda merasa malas untuk mengundi umno sebaliknya beralih ke pakatan rakyat.Ingatlah semalas rakyat malaysia boleh membentuk kerajaan dan serajin orang asing kerajaan tidak mendapat apa apa keuntungan sebaliknya sokongan rakyat akan berkurangan.Orang kampung tak peduli pasal kdnk tapi mereka ambil peduli ketika kesusahan.Selagi isu pekerjaan dan kesusahan rakyat tidak diselesaikan selagi itu sokongan semakin pudar.Ulasan saya sesiapa memerintah adalah sama selagi sifat tamak dan gila kuasa menjadi agenda utama tidak kira ia pembangkang atau kerajaan.Ingatlah menjadi pemimpin tidak seperti menjadi posmen.

  2. Sekarang ni sudah terbukti bhw umno BN gila kuasa dan tamak. Pihak pembangkang yg terdiri drp PKR,PAS dan DAP sudah menyatakan azam utk memerangi rasuah dan penyelewengan, serta mahu membela rakyat.

    Apa salahnya kalau rakyat memberi peluang kpd PR memerintah Malaysia? Tak rugi rasanya kalau kita cuba ubah sekali kerajaan yg ada

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: