KETUA PEMUDA UMNO TERENGGANU DAPAT PROJEK RM300JUTA

KUALA TERENGGANU – Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong bernilai RM300 juta dianugerahkan kepada M.Hakujaya Sdn Bhd.
M.Hakujaya adalah dipercayai sebuah syarikat pembinaan milik Saiful Bahri Baharudin yang juga Ketua Pemuda Umno negeri Terengganu.

Maklumat yang dipaparkan dalam Direktori CIDB menyatakan M.Hakujaya Sdn Bhd beralamat di Wisma MZ Lot 1241, Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.

Rekod perolehan projek-projek kerajaan menunjukkan betapa ‘kayanya’ Ketua Pemuda Umno Terengganu itu.

M.Hakujaya, syarikat pembinaan Gred G7 itu  telah mendapat kontrak pembinaan sebanyak hampir RM200 juta sejak tahun 1997.

Yang terbaru, sebelum dianugerahkan Projek Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong, syarikat tersebut baru saja mendapat  projek  Pembangunan Projek Pendidikan Bg Sek. Keb. Kompleks Tembesu (24 Bilik Darjah), Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, yang bernilai RM23 juta pada 30 September, 2009

Dalam melaksanakan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong MZ Hakujaya didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan penduduk dan pemilik yang terlibat

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya5.gif
https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya4.gif
https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya3.gif
https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya6.gif

3 Respons

  1. wow kayanya ketua pemuda umno ni. aku pun ingin masuk bn untuk dapat projek.

  2. […] Dalam melaksanakan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong MZ Hakujaya didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan penduduk dan pemilik yang terlibat. ~ Sumber ~ […]

  3. Ini lah sebenarnya perjuangan BN. Mereka sebenarnya sedar akan kejahatan dan kerakusan kepimpinan BN tapi kerana melihat kemewahan dan kekayaan maka segalanya dilupakan.
    Semoga kita Pemuda PR tidak termakan dgn sumber2 kekayaan yg boleh merosak jiwa dan keimanan kita..
    Salam perjuangan utk pemuda PAS Kemasik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: