USUS UMNO Sudah Busuk

Tulisan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat

1. UMNO kini busuk sampai ke usus …. begitulah kesat dan kerasnya kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap UMNO parti yang dianggotainya sejak sekian lama malah 22 tahun beliau memimpinnya sebagai presiden .
2. Saya tidak terperanjat atas tamsil [ perumpamaan ] yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir terhadap UMNO . Sebelum ini seorang sasterawan negara Dato’ Shahnon Ahmad pernah menulis sebuah novel kontraversi yang berjudul SHIT turut mengumpamakan UMNO seperti SHIT [ najis yang busuk ] di dalam novel tersebut .
3. Jika busuknya telah sampai ke usus ertinya UMNO kini sangat kritikal . Ianya seperti cancer di tahap 4 yang sukar lagi dirawat . Ironisnya , kritikan keras lagi kesat oleh Tun Dr. Mahathir ini di saat Dato’ Seri Najib dan orang – orangnya sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan UMNO dan BN . Pelbagai alat bantu pernafasan digunakan malah UMNO telah diletakkan dalam unit rawatan rapi [ ICU ] sebelum ini .
4. Pengakuan Tun Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun tidak boleh dipandang sebelah mata melainkan ini adalah satu pandangan yang jelas mendedahkan kedudukan UMNO yang sangat serius dan kritikal . UMNO sedang bertarung dan berjuang untuk terus bernafas dan hidup biarpun peluangnya semakin tipis .
5. Pendedahan berani ini sekaligus meletakkan segala usaha Dato’ Seri Najib sebenarnya gagal dan tidak berkesan untuk menyelamatkan UMNO . Pastinya langkah – langkah drastik yang diambil oleh Dato’ Najib dan teamnya sudah terlambat . Penyakitnya telah membusuk dan busuknya telah sampai ke usus .

6. Slogan 1 Malaysia hanya mampu mempertahankan pesonanya tidak melepasi 5 bulan kepimpinan dan pentadbiran Dato Seri Najib . Sebaliknya satu persatu kerapuhan dan ketepuan slogan 1 Malaysia didedah serta terdedah kepalsuannya . UMNO membawa 1 Malaysia dalam circle minda perkauman UMNO yang masih tebal .
7. Slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan turut tercemar dengan CPI negara yang sangat teruk dan kini menjunam ke tangga 52 . Rasuah masih melata malah perasuah masih tega diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka . Penyalahgunaan dana negara sangat ketara melalui pendedahan laporan audit negara . Pengurusan kewangan yang merugikan rakyat dan negara . Akhirnya slogan itu berbunyi selayaknya iaitu : Rakyat kena dulu dan Pemimpin diutamakan .
8. Mungkin sebahagian rakyat terpukau dengan keindahan slogan baru UMNO sekaligus menguburkan Islam Hadhari yang telah menelan belanja ratusan juta ringgit untuk dipromosi dan dipaksa kepada rakyat agar menganutnya sebelum ini . Entah berapa ratus juta pula wang rakyat akan dilaburkan untuk memaksa rakyat menghayati dan memahami slogan baru yang belum ada kitab rujukan rasminya lagi .
9. Ertinya kini rakyat mula faham dan nampak dengan ainul yaqin bahawa UMNO hanya berseloka dengan slogan – slogan indah guna memujuk dan menghiburkan diri yang kini sedang berjuang menyambung sisa nyawa yang masih ada . Sambil cuba mempertahankan keegoaannya dengan meyakinkan orang ramai bahawa ia masih sihat dan kuat . Sedang slogan itu hanya mahu melindungi busuk dan buruk yang sedang menjalar sampai ke usus .
10. Tun Dr. Mahathir bukan budak jalanan UMNO juga bukan budak pejabat UMNO . Tun Dr. Mahathir juga bukan hanya tukang masak UMNO dan tidak juga budak suruhan UMNO . Tetapi Tun Dr Mahathir adalah pengasas UMNO Baru . Tun Dr. Mahathir adalah arkitek dan designer UMNO seketika dulu . Tun Dr. Mahathir adalah ahli dan pemimpin besar UMNO yang pernah bertakhta selama 22 tahun dikerusi utamanya . Maka kenyataan Tun Dr. Mahathir bukan kata – kata penjual ubat kurap dikaki lima tetapi kenyataan dari doktor pakar yang telah masak dengan pesakitnya . Begitulah mengingatkan kita kenyataan Tengku Ahmad Rithauden [ Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ] yang menegaskan bahawa tiada jalan mahu menyelamatkan UMNO melainkan mesti putera , pemuda , wanita dan puteri UMNO dibubarkan .

3 Respons

  1. Assalam mualaikum wr wbt
    Bahagian usus ada tiga. Usus kecil atau ileum, usus besar atau colon dan antaranya ada appendik. Kalau colon dah membusuk maka colon mesti dipotong. Kalau tidak seluruh abdomen akan rosak kena infeksi kuman. Kalau usus kecil yang rosak alamatlah orang ini akan mati cepat sebab zat makanan hasil pengcernaan tidak dapat diresap, jadi manusia ini tak dapat bekalan sumber tenaga dan vatiman serta kelas makanan yang membantu menyihatkan badan. Kalau appendik yang rosak dan pecah alamat juga mati cepat. Nampaknya UMNO yang sudah membusuk sampai ke usus bukan setakat kena infeksi bahagian usus tetapi semuanya sudah pecah.
    Semua indeks menunjukkan UMNO pecah kerana rasuah. Memang UMNO sudah nazak. Seperti orang nazak doktor suruh bawa balik ke rumah sahaja. Doktor dah habis usaha. Begitulah analogi UMNO masa kini. Tiada hospital yang sanggup nak bagi vaksin atau antibiotik lagi. Dah habis cara…. Selamat meninggal UMNO.

    • Benar dari dahulu perut umno sudah busuk,kentutnya pun busuk.namun apa yang kita mampu buat umno yang jadi egen barat sejak mulanya kemerdekaan tanah melayu.jiwa melayu sebenarnya tidak mampu memangkas jiwa yang rosak kerana sistem yang kita agungkan masih hak umno untuk memerintah.kita cuba membesihkan umno bukan menguburkannya akibat kanser usus yang bakal di timpa oleh umno.mampukan umno itu lenyap di muka bumi atau kita akan membincangkan siapa bughah(pemberontak) jika benar Islam akan di tapakkan di bumi ini.jika hukum syarak jadi dasar perundangan negara.
      buruk umno bersama barisan yang agen membusukannya.bukan kah mereka sisa toksik yang lagi menguatkan bau busuk umno atau tidak.umno ibarat nahoda sekiranya kapal barisan nasional tidak di runtuhkan.pedang umno sudah tumpul tapi pas tidak pandai bersilat harap pedang yang tajam.
      rasuah satu perkara bisa bagi parti yang rasis seperti umno,dan mana parti yang tumbuh atas dasar nasionalisme.fikrah yang moderat dan sekularisme mengajar dari awal tentang meraih maslahat degan apa jua keuntungan.pelbagai konsep umno dan barat jelaskan perkara ini.kenapa terkejut orang umno makan rasuah,rasuah lumrah bagi umno.cuma penyokong yang buta perut sahaja yang ikut umno melainkan orang yang ada manafaat.mereka2 dari umno sebenarnya yang menyokong israel membedil umat Islam namun penafian itu di sengajakan inilah hati perut umno dari awal menuntut kemerdekaan.
      perut perasuah pemimpin umno jugak kita hidup penuh kesempitan dan tertekan.kewajipan negara terhadap rakyat dui abaikan oleh umno.mereka kira prut anak bini mereka yang bagaikan kelaparan hak rakyat.

  2. artikel bagus 🙂

    ijin nyimak dulu …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: