APA ITU UNITY GOVERNMENT?

Mari Kenali Unity Government

Posted on 14 Jun 2009 by dupahang

Artikel Oleh: allahummahdina

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat dan juga yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah pun melontarkan idea unity goverment yang menggemparkan. Ramai terpingga2. Ada yang berkata Hadi perlu perjelaskan padahal kenapa sibuk marahkan kalau belum jelas.

Banyak orang menolaknya tanpa diberikan hujjah2 yang baik. Nyatakan di mana baik dan buruknya. Ambil keputusan bersama. Tapi ini tidak berlaku. Masing2 dengan tuduhan yang tidak berasas. Penuh dengan pransangka buruk. Oleh itu, di sini suka saya berkongsi dengan para pembaca budiman luahan saya.

Sebelum saya pergi lebih jauh suka saya nyatakan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran Antaranya ialah ;

1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak ahli parliment daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran ialah biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya.

2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila2 masa saja mengikut suara terbanyak ahli parliment.

3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parliment bukannya parti2 tertentu kerana bila masuk ke dalam parliment ia seolah2 bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.

4. Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri

5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang.

6. Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu2 isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu2 besar.

Pastinya kerajaan perpaduan ini mestilah mengikut acuan malaysia setelah melalui pelbagai perbincangan. Maka tak hairanlah kenapa DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikannya. Ini kerana ia perlu kepada pendetailan bersama-sama antara parti yang terlibat.

Kalaulah secara terperinci ianya datang daripada DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pasti namanya kerajaan DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau kerajaan PAS dan pastinya semua parti akan menolaknya. Bagi saya DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengambil langkah tepat dengan tidak memperincikannya tetapi hanya memberi konsep antaranya kerajaan tiada pembangkang dan bagi menghadapi kemelot politik dan ekonomi yang teruk.

DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang nampak teragak2 pada mulanya kerana saya rasa ianya seolah2 menjadi kejutan kepada sesetengah pemimpin lalu mengeluarkan kenyataan yang kurang berhemah (saya rasa pada lahirnya) tetapi setelah selang beberapa ketika, ketenangan dan keberanian datang kembali.

Biasalah mana2 idea yang besar pasti juga mendatangkan kritikan yang banyak (adalah malang pemimpin PAS tidak bersatu hati dalam perkara ini. Kalau orang yang kebanyakan saya tak sedih kerana mereka pasti kekurangan ilmu agama yang dapat mendidik mereka tapi tidak wajar kalau ianya adalah pemimpin gerakan Islam!! Mereka mesti alim asas2 agama kerana ilmu fardhu kifayah sudah menjadi ilmu fardhu ain buat mereka..kalau tolak mesti semuanya menolak..kalau terima semuanya mesti menerima walaupun di sana ada beberapa perkara yang tidak puas hati).

Mereka berkata BN penuh dengan kejahatan dan kekejian. Apakah hanya ini alasan sehingga kita tak boleh berurusan dengan mereka. Strategi kita mestilah kadang-kadang menyerang, kadang-kadang memujuk, kadang menawarkan sesuatu dan sebagainya mengikut kesesuaian. “janganlah kecenderungan kamu kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka” janganlah kita terburu-buru menolak atau menerima sesuatu perkara kerana terburu-buru itu daripada syaitan.

Antara hikmah DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak memperincikan walaupun sudah menerangkan konsep ialah ;

1. Strategi, ia tidaklah boleh didedahkan. Inilah pentingnya thiqah dan wala’. Percaya dan yakin kepada pemimpin kerana bukan semua perkara boleh didedahkan kepada umum. Tapi ini tak berlaku kerana mereka tak percaya dan tidak berserah kepada pemimpin bahkan di kalangan pemimpin besar sekalipun tidak menunjukkan teladan yang baik. Sehingga ia menjadi senjata musuh pula. (Bagi saya Datuk Tuan Guru Menteri Besar perlulah taat kepada Presiden dan Presiden mesti taat kepada Majlis Syura, kalau Datuk Tuan Guru Menteri Besar ingin menegakkan pendapatnya maka sayugialah Datuk Tuan Guru Menteri Besar memanggil ahli majlis Syura dan membuat keputusan dan bercakap atas kapasiti Majlis Syura bukannya atas kapasiti peribadi atau Mursyidul Am-maaf insan yang kerdil ini mahu mengajar Datuk Tuan Guru Menteri Besar). Mereka mengambil contoh peperangan siffin sedangkan pepecahan berlaku kerana mereka tidak wala’ dan thiqah kepada Ali ra. Mereka tidak patuh kepada pemimpin mereka. Hati2 mereka bersama kamu tapi pedang2 mereka bersama musuh.

2. Memberi peluang kepada semua parti politik agar hendaklah bersama2 merangka kerajaan. Bersama2 menentukan peluang dan keperluan yang perlu dicapai. Banyak sejarah perang Rasulullah saw membuktikan setelah tiada jalan melainkan perang barulah berlakunya peperangan. Pada peperangan Uhud Nabi saw tidak mengejar tentera musuh walaupun tentera Quraisy berundur. Hanya kejar olok2 agar musuh merasai kekuatan Islam.

3. Bagi rakyat bersuara juga memberi pandangan. Biasalah mereka yang bersuara ini punyai pelbagai latar belakang, ada yang beremosi, ada yang fasik, ada yang kafir harbi dan sebagainya. Cuma masalahnya terdapat pemimpin PAS yang tidak seiya dan sekata dalam melontarkan pandangan. Sepatutnya mereka menyokong dengan hujjah ilmu yang jelas. mana2 yang tidak puas hati rujuk kepada Presiden. Jangan menampakkan mereka tidak ada thiqah dan wala’. Kalau mereka begini apalah yang ingin diharapkan sangat daripada ahli.

Inyaallah akan bersambung di lain kali..Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu saya memohon keampunan Allah.

9 Respons

  1. Part 1:
    Sebelah pihak memihak ke TGNA. dan satu pihak lagi memihak kepada TGHH . Golongan yg memihak TGHH juga nampak mcm gagal memahami pandangan TGNA..
    dua2 belah pihak gagal memahami pandangan pihak yg sebelah lagi.
    sepatutnya dua2 belah pihak tgk baik tentang pandangan kedua2 belah pihak.. dan tengok yg mana yg lagi baik.. mungkin kedua2nya adalah baik belaka tetapi mesti ada yg lagi baik.

    ini pandangan peribadi saya;
    kita tgk satu persatu pandangan tersebut.

    1.) pandangan TGHH – kerajuan perpaduan.
    — dari idea nampak sgt2 baik.. dan ini yg sepatutnya.. tp adakah sesuai segn keadaan dkt malaysia-dgn umno?.. ini kita kena kaji sedalamnya… kita tgk syarat2 kerajaan perpaduan spt yg dikupas oleh Ustaz Tn Ibrahim Tuan man dan ramai lagi.. amat bagus sekali idea tersebut.. kalau terjadi idea tersebut memang sah mcm UMNO dan terima islam sepenuhnya dan PAS pon dah boleh bubar.. sebab UMNO dah terima islam sepenuhnya mcm pas… Tp adakah UMNO akan terima syarat2 tersebut???…. sejarah 50 thn mungkin boleh membantu kita menjawab soalan ini… Dan pada pandangan saya; tak mungkin umno akan dibawah najib akan terima.. zaman paklah adalah % akan terima tuh…jadi idea tersebut adalah bagus tp nampaknya realiti amat jauh sekali.. Saya rasa bendalah ini akan jadi setakat bertemu dan berbicang saja, dan tak akan diterimanya syarat2 yg Ustaz Tuan Ibrahim bagi tadi.

  2. Part 2:
    2.) pandangan TGNA menolak Kerajuan Perpaduan dan BERKERJASAMA POLITIK dengan umno.. dan kita kena phm ape maksud TGNA itu.. ramai gak pihak yg menyokong TGHH gagal memahami pandangan jauh TGNA..dan mengatakan TGNA menyekat dakwah dengan UMNO yg mana adalah lari terlalu jauh dr maksud sebenra TGNA.. dia melarang kerjasam politik saje, tetapi berdakwah kepada ahli umno dan berbicang pasal isu selain dr bergabung adalah dibenarkan dan tak perlu diagendakan pon-sebab islam amat mengalakkan kerja dakwah2 ini tak kira kepada org umno atau sesiapa saje….. dan telah diterangkan berkali2 tp ramai yg masih memekakkan telinga pasal hal dakwah ini.tak timbul isu ingkar larangan tuhan utk berdamai.. sebab kita tak bermusuh dgn org umno-kita hanya menentang parti UMNO yg menyimpang dr ISLAM… TGNA melihat tak akan tercapainye hasrat kerajaan perpaduan dgn UMNO ini malah dlm masa perbincangan pon akan berlakunya perpecahan dlm PAS . jadi awal2 lagi dia cuba mengelakkan hal perpecahan dalam PAS berlaku.. TGNA BERPANDANGAN JAUH DAN MELIHAT REALITI SEMASA DAN TIDAK MAHU lihat PAS berpecah belah hanya kerana isu berbicang politik dgn UMNO tp hasilnya adalah amat tipis utk dicapai.. sejarah dulu haruslah diajdikan iktibar mcm mana kerajuan campuran bertukar jadi lain dan akhirnya PAS berpecah belah.. sekrg pon belum ape2 pon lagi dah berpecah belah,,itulah yg cuba dihindarkan oleh TGNA.. iitu semua adalah demi PAS dan demi dakwah Islam juga especiallly kepada bukan islam.. oleh yg demikian jalan sebaiknya adalah terus lupakan kerajaan perpaduan sebaliknya terus kuatkan PAS dalam PR dalm masa yg sama teruskan kerja dakwah dgn lebih gigih kepada ORG2 UMNO dan bukan islam.. kita tak pernah lupakan kerja dakwah ini.. tp bukan dgn mengambil jalan pintas, yg boleh merosakkan jemaah yg akhirnya boleh membuatkan hampir semua gagal; pas pecah belah; dakwah umno tak berjaya; dakwah kepada bukan islam juga gagal…itu yg lagi teruk dan patut dielakkan…

  3. Part 3
    OK..kat sini ramai gak kata.. kerajaan perpaduan bukan bergabung dgn umno dan berbincang bukan bergabung dgn UMNO… dan sudah dijelaskan oleh TGHH dan ustaz Nasha,,.. kata juga takde niatpon utk gabung dgn umno… tp adakah ini benar takder niat pon?.. saya rasa Ustaz Ahmad Awang sudah memberikan jawapan memang ada golongan yg fikir Bergabung dgn UMNO adalah lebih baik dr Gabung dengan PKR dan DAP.. memang ada.. jgan kata tak ada…dan memang ada kertas kerja pon; yg mudharat yg mana yg lebih ringan… dan perbincangan pasca Macrh 2008 pon adalah berkaitan kerjasama poltik-gabung juga.. memang wujud benda tuh.. dan sebenarnya OK utk tengok yg mana yg lebih baik utk ISLAM.. antara bersama PR atau UMNO… OK KITA KAJI detail2.. tp saya rasa, selepas kes perak (nasib baik Ustaz ahmad awang menolak dr tubuh kerajaan dgn UMNO) dan dgn tgk sokongan org bukan islam kepada pas selepas isu perak.. sudah jelas menunjukkan dengn PR is much2 better dr dgn UMNO ( sekali lagi dakwah dgn UMNO jgn ditinggalkan sekali2).. ..

    atas sebab itulah utk kebaikan jemaah pas dan islam, nampaknya kita mesti bersatu dan jgn cuba utk memecah belahkan jemaah demi utk menegakka pandangan kita semata-mata..kalau pandangan dan idea kita itu (halal) tp boleh memecahkan jemaah lebih baik kita cepat2 undurkan diri dan bersatu balik utk jemaah..itu adalah terbaik…jgn jadi degil tak tentu pasal dan cuba menegakkan idea sampai semua org jadi keliru..cubalah kaji dari semua segi dulu dan cari jalan terbaik demi PAS.. dan amat JELAS jalan terbaik sekrg adalah lupakan dulu Kerajaan Perpaduan sehingga tiba masa yg sesaui nanti (sebab idea itu adalah amat bagus tetapi suasana semasa amat tidak mengizinkan.)…. itu saja sekian..

    p/s: kerajaan perpaduan yg terbaik sekrg adalah bukan berkerjasama politik dgn UMNO najib (sebab umno akan jadi terajunya-kalau lihat masa skerg lah), tp kerajuan perpaduan antara PR dan MP2 UMNO (geng paklah dan Kuli) ni OK.. atau MP2 Umno ni terus masuk PR dan jadi kerajaan PR.. Kalau UMNO yg jadi teraju percayalah tak akan kemananye ; itu adalah helah UMNO utk terus berkuasa saja)…

    • SETUJU JUGA, TAPI DENGAR & TAAT MASIH TETAP TERPAKAI SELAGIMANA TIDAK BERCANGGAH DGN SYARAK. WALA’ TETAP KEPADA TG PRESIDEN.

      LAGIPUN CUMA PERINGKAT LONTARAN IDEA BARU. INSYA ALLAH AKAN ADA PENJELASAN YG BAIK NANTI DI PERINGKAT PAS PUSAT.

      INI UJIAN YG SGT GETIR DLM SEJARAH PAS. MUNGKIN SEHEBAT ATAU LEBIH HEBAT DRP UJIAN DI ZAMAN DATO’ ASRI. BERPEGANGLAH KPD SUNNAH NABI DAN SUNNAH KHULAFA’ AR RASYIDIN AL MAHDIYYIN SEBAGAIMANA HADIS AL IRBADH:

      Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : ” Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ‘ Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ‘ Sabda Rasulullah SAW : ‘ Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ).
      Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida’ah itu menyesatkan. ‘

      Fa iza ‘azamta fatawakkal ‘alallah…

  4. Kita ni mcm orang gila nak khawin janda sebelah yang dah keripot, sedangkan kita sudah ber khawn dua sampai kedua dua istri kita tinggalkan kita, betulah boleh kahwin 4 atau bolih berdakwah dengan sesiapa pun, tapi jaga politik ada risikonya, mafsadah kpd perjuangan bukan maslahah..sabar lah. Bergaul dengan isteri yang dah ada pun tak cukup masa, nak tambah dengan janda yang berkurap pulak..renung renung lah

  5. bila sama pimpinan kata nak beristeri dgn si janda umno ? Tok Guru baru lontar idea ‘nak kawin’ sorang lagi dah melenting. tak sebut pun janda kerepot ke, anak dara ke, janda berhias ke….Kalau x setuju pun, jgnlah sampai bergaduh laki bini.Taatlah kpd laki selagi tak suruh buat maksiat..Kan wajib tu.

  6. nak betulkan ayat. Bukan ‘bila sama’ tapi ‘bila masa’.. harap maaf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: