PAS PERNAH BANGKIT ISU KESELAMATAN STADIUM

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan tragedi runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2hb Jun lalu adalah disebabkan sikap angkuh dan tidak peduli pemimpin kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang enggan mengambil perhatian pandangan dan idea pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Tunggal, Dr Alias Razak merasa kesal dengan tragedi itu kerana katanya beliau sendiri pernah membangkitkan isu tahap keselamatan stadium berkenaan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Mei tahun lalu.

Beliau berkata PAS mempersoalkan perkara itu apabila melihat masih ada pekerja yang melaksanakan kerja-kerja di atas bumbung stadium itu pada saat-saat akhir, sehari sebelum majlis perasmian dilakukan.

Bagaimanapun katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad menjawab pertanyaan yang beliau kemukakan secara sambil lewa dan memberikan jaminan bahawa ia selamat digunakan.

“Selain melihat pekerja masih lagi bekerja pada saat-saat akhir, keadaan bumbung juga nampak ‘lendut’ (kurang kukuh) menyebabkan saya bertanyakan keadaan stadium ini kepada kerajaan pada sidang DUN tahun lalu,

“Stadium ini terletak di dalam kawasan (DUN) saya, jadi saya memang tahu keadaannya, namun kerajaan langsung tidak (ambil) peduli teguran saya,” katanya ketika diminta memberi respon atas kejadian yang dianggap memalukan Negara oleh Menteri Kerjaraya Dato’ Shaziman Abu Mansor.

(Gambar – Dr Alias, berbaju hitam, dalam Sidang DUN April lepas)

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata kerajaan selalu mengambil mudah apa yang disuarakan pihak pembangkang di dalam sidang DUN, padahal ia adalah demi kepentingan bersama terutama untuk rakyat Terengganu.

“Bagaimana sekiranya ketika kejadian berlaku, ada aktiviti (sukan) dijalankan di dalam stadium itu,” soalnya.

Beliau turut memberi peringatan, tragedi malang itu juga akan menjadi pengajaran terbaik kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, agar pada masa akan datang tidak sekali-kali membuat kerja sambil lewa dalam mengejar nama dan kemasyhuran hingga  memperjudikan nasib dan nyawa rakyat sendiri.

“Jika tidak sempat siap, kita kena terima hakikat, jangan paksa siapkan dengan ala kadar, tanpa sijil siap kerja dan tidak ada Sijil Layak Menduduki (CF), sebab risikonya tinggi, banyak nyawa akan terkorban nanti dan sekarang ia (satu contoh) sudah berlaku,” tegasnya

Selasa lalu, 2hb Jun, kira-kira jam 9.30 pagi, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak telah runtuh menyebabkan 60 peratus strukturnya musnah.

Stadium yang menjadi lokasi utama acara Sukan Malaysia (Sukma) telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin  pada 10 Mei, 2008, dalam keadaan yang masih tidak sempurna.

Lebih mengejutkan, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mendedahkan bahawa beliau sedar masalah bumbung itu sebelum majlis perasmian tersebut.

Tindakan Ahmad seolah-olah sengaja meletakkan Sultan Mizan terdedah dalam bahaya dengan meneruskan majlis perasmiannya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin mempunyai kapisiti 50,000 orang dan dianggap sebagai stadium yang terbesar dan tercanggih di Pantai Timur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: