TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM AKAN NAIK

Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam Tidak Wajar PDF Print E-mail
Written by SM Noor
Sunday, 24 May 2009 23:21
https://i2.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita5/tambangnaik.gifKUALA TERENGGANU Dewan Pemuda PAS Terengganu membantah apa jua kenaikan dalam tambang pengangkutan awam sebagaimana yang dicadangkan kerajaan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Abas ketika dihubungi memberitahu, apa pun alasan kerajaan, tambang pengangkutan awam tidak perlu dinaikkan dalam suasana ekonomi yang menguncup sekarang.

“Apa rasionalnya kerajaan menyokong para pengusaha untuk menaikkan tambang pengangkutan awam ?

“dalam ekonomi yang menguncup, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana slogan, ‘Rakyat didahulukan’.”katanya
Menurut Menteri yang berkaitan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz berakat kadar tambang baru pengangkutan awam dijangka akan dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan pada awal bulan depan (minggu depan).

Kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan tambang sebanyak 30 peratus, sekalipun pihak pengusaha bas ekspress, bas henti-henti, bas sekolah dan teksi meminta kenaikan antara 60 hingga 100 peratus.

Mengulas kenyataan Nazri, Wan Faizul berkata kerajaan mesti menyerap apa jua kos yang timbul dalam pengangkutan awam dengan memberikan pengecualian dan insentif yang sesuai.

“Disamping itu, kerajaan mesti membersihkan semua penguatkuasa yang berkaitan dengan jalan dan pengangkutan jalan, dari segala gejala rasuah dan sogokan kerana ia adalah salah satu sebab mengapa kos operator pengangkutan meningkat,”jelasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: