PELIKNYA KES MB PERAK

Petikan tranungdaily.blospot.com

Wednesday, May 13, 2009

PELIKNYA KES MB PERAK

Kes Menteri Besar Perak disangkakan selesai apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Sangkaan meleset dan rakyat penyokong Pakatan Rakyat mula memaki hamun, menghina mahkamah rayuan kerana menerima permohonon Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Apa yang penulis ingin kongsi ialah beberapa kepelikan berlaku dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang menerima permohonan Zambry. Kes sebegini menurut pengamal undang-undang, tidak pernah berlaku dalam sejarah undang-undang negara. Ia merupakan suatu yang ‘unprecedented’, iaitu tiada contoh yang boleh dijadikan sandaran atau panduan dalam membuat keputusan penghakiman.

Bayangkan Keputusan Mahkamah Tinggi baru diumumkan Isnin lalu tiba-tiba terus ditangguhkan pada selasa. Zambry dapat keputusan mahkamah rayuan untuk tangguhkan keputusan mahkamah tinggi dalam keadaan TIADA CERTIFICATE OF URGENCY(sijil untuk menyegerakan keputusan mahkamah rayuan). Ini yang peliknya. Tak pernah dibuat oleh mana-mana hakim sebelum ini.

Keduanya, hakim mahkamah rayuan yang membuat keputusan hanya seorang sahaja. Biasanya tiga orang. Tapi disebabkan mahkamah pun dia buat macam mak bapak dia punya, maka dia boleh buat apa sahaja dia suka dengan berselindungkan atas nama undang-undang. Betullah ada orang kata dia pakai undang-undang rimba.

Sudah ramai yang mencadangkan dibubarkan dewan undangan negeri Perak tapi dia buat ‘dek’ je. Ku Li sendiri pun sudah nyatakan beberapa kali bahwa tiada penyelesaian lain melainkan pembubaran dun untuk memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu.

3 Respons

  1. Memang Malaysia didiami oleh manusia yang tak ada hati malu. Negara lain kalau boleh memang fobia dan malu kalau asyik keluar masuk mahkamah tetapi rakyak/manusia yang mendiami Malaysia merasa bangga kalau asyik keluar mahkamah.

    Pelik tapi benar…

  2. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ”

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

    Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

    Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:

    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 16 May 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 17 May 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
    Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.
    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: