RAMZI DIBEBAS ATAS JAMINAN POLIS

Ihsan Malaysiakini.com

Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang ditahan semalam berhubung siasatan kes penghantaran SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno di Terengganu, dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dibebaskan dari ibupejabat polis daerah Kuala Terengganu pada kira-kira jam 9.30 pagi ini.

dr ahmad ramzi mohamad zubirAhmad Ramzi ditangkap di satu lokasi di bandar raya ini pada kira-kira pukul 8.30 pagi semalam,  setelah gagal tampil memberi keterangan berhubung kes itu.

Sebelum itu, polis  memberi tempoh tiga hari sehingga petang kelmarin kepada Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan tetapi tidak muncul-muncul sehingga polis mendapatkan waran tangkap.

Polis juga dilaporkan merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah bekas pegawai kanan menteri besar itu di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu kira-kira jam 3 petang semalam.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi “YB tak sayang nyawa?”.

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: