MESYUARAT AGONG DPPKT KE 27

cover-buku-agm1Pada 24 April yang lalu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 27 di Dewan Besar Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu di Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Majlis Perasmian tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang  perwakilan dan pemerhati di kalangan pemuda Kuala Terengganu, dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Qur’an oleh Ustaz Sharifuddin Ibrahim, kemudian diikuti ucapan alu-aluan Ketua Pemuda Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali. Majlis diteruskan dengan mempersilakan wakil Pas Kawasan iaitu Yang Berhormat Mulia Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyampaikan ucapan beliau. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapan perasmi, beliau menyentuh tentang isu-isu semasa politik tanahair termasuklah isu Sidang Dun terbaru di mana dewan negeri kosong kerana kumpulan Idris Jusoh boikot Ahmad Said. Beliau juga menekankan bahawa tugas kita merupakan kesinambungan tugas para nabi alaihimusolatu wassalam, dengan membaca ayat dari surah Yunus yang menceritakan bahawa tugas nabi ialah memberi amaran kepada manusia. Begitu jugalah tugas pas hari ini ialah memberi amaran kepada masyarakat agar jangan sokong  Umno kerana kalau sokong juga, masyarakat akan dizalimi. Manakala orang-orang yang beriman dan yang sokong Islam akan diberi berita gembira dengan keteguhan hati dengan perjuangan Islam.

Mesyuarat Agong diteruskan selepas berhenti rehat pada waktu asar, dengan pengundian Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu sesi 2009-2011. Berikut merupakan calon-calon yang menang pertandingan:

  1. Ahmad Kamal Ali
  2. Wan Mohd Faizul Wan Abas
  3. Mohd Yusof Embong
  4. Mohd Azrin Mohd Aris
  5. Mohd Ubaidillah Abdullah
  6. Mohd Nordin Ali
  7. Shamsuri Talib
  8. Mohd Al Ghazali Abu Bakar
  9. Wan Hamidi Wan Embong
  10. Nasir Abdul Razak
  11. Zakaria Embong

Manakala Pengerusi Tetap dimenangi oleh Ustaz Hamzah Ngah, Timbalan Pengerusi Tetap pula dimenangi oleh Ustaz Ariffin Deraman.

Setelah diumumkan, Pengerusi Tetap telah mengendalikan mesyuarat bagi membentuk Jawatankuasa Dewan Harian. Keputusannya adalah seperti di bawah:

  1. Ketua                                  Ahmad Kamal Ali
  2. Timbalan Ketua             Wan Mohd Faizul Wan Abas
  3. Naib Ketua                       Mohd Yusof Embong
  4. Setiausaha                       Mohd Nasir Abdul Razak

Jawatan-jawatan lain masih belum diputuskan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: