JENAYAH SEKS TERENGGANU MEMBIMBANGKAN

Kejadian Jenayah Seks Terengganu Membimbangkan PDF Print E-mail
Written by Editor
Thursday, 30 April 2009 12:41

KUALA TERENGGANU – Kejadian jenayah seks di Terengganu membimbangkan. Akhbar tempatan memaparkan kejadia-kejadian jenayah seks yang berlaku bukan sahaja melibatkan golongan dewasa, malah melibatkan kanak-kanak dibawah umur.

Akhbar Sinar Harian memaparkan antara mangsa kanak-kanak adalah berumur 13 dan 14 tahun.

Manakala kejadian maksiat begitu berleluasa didaerah Dungun. Dibawah dipaparkan petikan akhbar tersebut;

Remaja 13 tahun dirogol teman lelaki

BESUT – Seorang remaja berumur 13 tahun membuat laporan polis mendakwa dia dirogol teman lelakinya di rumah kekasihnya itu di Kampung Jebak Puyuh, dekat Jertih.

Dalam laporan itu, pelajar sekolah terbabit mendakwa, pada Khamis, 23 April lalu sekitar 3.15 petang, dia mengikut teman lelakinya yang berumur 20-an bersiar-siar di Pantai Air Tawar.

Remaja itu mendakwa, pada jam 7.30 malam, dia dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu.

Suspek memberitahu ibu dan ayahnya untuk menumpangkan kekasihnya itu dengan alasan hari sudah malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pada jam 12.45 tengah malam, lelaki terbabit didakwa telah masuk ke bilik tempat mangsa tidur, kemudian melakukan hubungan seks dengannya.

“Pada sebelah paginya, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kampung Chegar Batang, Pasir Akar, dekat Hulu Besut oleh teman lelakinya itu.

“Setelah pulang ke rumah, mangsa memberitahu apa yang berlaku kepada keluarganya lalu dia ditemaninya bapanya telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja,” katanya.

Hasil laporan diterima, pihak polis kini giat mengesan lelaki berkenaan yang sudah dikenal pasti identitinya.

Gadis 14 tahun mangsa rogol bapa kandung

KEMAMAN – Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah bapa kandungnya sendiri, apabila dia dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Kampung Meraga Beris, Kijal sejak awal tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika kejadian itu berlaku, kedua ibu bapa mangsa telah bercerai dan dia diletakkan di dalam jagaan bapanya.

“Akibat tidak tahan dengan perlakuan bapanya, remaja berkenaan bertindak melarikan diri dari rumah dan mendapatkan perlindungan ibunya. Kedua beranak itu telah membuat laporan di Balai Polis Chukai bagi mendapat perbelaan sewajarnya,” katanya.

Menurut Abdullah, bapa mangsa yang berumur 40 tahun dan membuka perniagaan sebuah warung itu mempunyai tiga isteri.

“Berdasarkan laporan itu, suspek telah ditangkap dan kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Chukai untuk tahanan reman.

“Mangsa juga telah dirujuk di Hospital Kemaman dan kami masih menunggu laporan perubatan,” katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman sebat.

Duda, anak dara dicekup berkhalwat siang hari

TAMAN MELUR – Keseronokan sepasang kekasih yang asyik memadu asmara di dalam bilik tidur berhawa dingin di sebuah rumah milik pasangan lelaki pada siang hari, membawa padah apabila mereka dicekup anggota penguat kuasa syariah dekat Paka, di sini.

Dalam tangkapan khalwat pada jam 1.20 tengah hari itu, pasangan terbabit yang mengakui kononnya telah mengikat tali pertunangan tanpa pengetahuan keluarga, dipercayai menjalinkan hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu dan ketika ditahan mereka dikatakan tidur di dalam bilik dalam keadaan berdua-duaan.

Lelaki yang ditahan adalah duda anak dua yang bekerja sebagai juruteknik makmal sebuah syarikat swasta di kawasan industri petroleum di Paka.

Sebelum ini, lelaki terbabit juga pernah ditahan kerana melakukan penyubahatan berkaitan kes khalwat yang dilakukan di rumahnya oleh rakannya pada awal April lalu.

Sementara, pasangannya yang bekerja sebagai eksekutif jualan berumur 27 tahun itu pula dipercayai datang ke rumah teman lelakinya pada awal pagi, sebaik turun daripada bas selepas pulang dari Kuantan.

Turut ditahan dalam serbuan terbabit, seorang lelaki berumur 30-an dan berasal dari Felda Kerteh yang tidur di bilik bersebelahan, dipercayai rakan kepada duda berkenaan.

Sementara wanita terbabit yang juga eksekutif bujang dan bekerja di bidang perhotelan bersama teman lelakinya yang berumur 35 tahun, berasal dari Johor akan menghadapi pertuduhan mengikut Sek-syen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Rakan kepada duda anak dua itu pula yang bekerja di tapak pembinaan, akan didakwa mengikut Seksyen 55 kerana melakukan penyubahatan dan jika didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman sama dengan peruntukan bagi kesalalahan berkenaan.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke Pejabat Unit Penguat kuasa Syariah Jabatan Agama Dungun untuk diambil keterangan, sebelum dibebaskan selepas diikat jamin oleh penjamin masing-masing.

Ketua Unit Penguat kuasa Syariah, Jabatan Agama Dungun, Yusof Musa mengesahkan kes terbabit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: