UNDI MELAYU MEROSOT DI BUKIT GANTANG

Petikan dari http://tulahan.blogspot.com

Dua tiga hari ini, media massa dan media maya memperkatakan tentang kemerosotan undi PAS di kalangan pengundi Melayu di PRK Bukit Gantang. Pengarah JPN Perak Hj. Asmuni Awi memberitahu undi PAS merosot dari 47 % semasa PRU 12 kepada 43 % semasa PRK Bukit Gantang.

Hampir semua peti undi Melayu mencatatkan penurunan sokongan pengundi Melayu kecuali tiga UPU dalam DUN Kuala Sepetang iaitu Sg. Limau (Hujung Matang), Kg. Jaha dan Kg. Menteri.

Pelbagai alasan dikemukakan penganalisis politik semasa membincangkan isu ini. Penulis mengariskan tiga faktor yang menyebabkan kemerosotan undi Melayu kepada PAS. Hj. Asmuni menyatakan, daripada 2000 pengundi luar PAS hanya sekitar 700 orang sahaja yang balik mengundi.

Pengundi luar tidak pulang mengundi kerana tarikh mengundi jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa. Bagi yang tinggal jauh, mereka terpaksa mengambil cuti selama dua atau tiga hari semata-mata untuk balik mengundi.

Jelas, peranan SPR berjaya mengurangkan undi PAS melalui penetapan tarikh mengundi pada hari bekerja. Namun, pengundi luar bukan hanya pengundi PAS, umno pun ada ramai pengundi luar. Kenapa pengundi luar umno boleh balik mengundi?.

Di sinilah kegagalan jentera pilihanraya PAS dalam memastikan pengundi luar PAS balik mengundi. Sekiranya benar kenyataan Hj.Asmuni, maksudnya ada sekitar 1300 lagi pengundi PAS yang tidak balik mengundi.

Ramai yang memberi pandangan, kemerosotan undi PAS disebabkan kempen umno ” Nizar derhaka” dan ‘Nizar boneka” berjaya mempengaruhi pengundi Melayu. Penulis bersetuju dengan pandangan ini, namun apakah yang menyebabkan pengundi Melayu boleh terpengaruh dengan tuduhan umno ini?.

Sekali lagi kegagalan jentera pilihanraya PAS menjawab balik dan menafikan tuduhan umno ini. Mengapa ini berlaku?.

Dimaklumi selepasa diisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang. Jentera umno telah memulakan kempen turun ke kampung-kampung menyebarkan tuduhan ” Nizar derhaka” dan ‘Nizar boneka” walaupun belum tahu calon umno dan PAS.

Umno kumpulkan orang kampung buat ceramah, sebarkan risalah, pergi rumah ke rumah. Semua kempen mereka bertumpu kepada tuduhan ” Nizar derhaka” dan ‘Nizar boneka”. Orang kampung telah disumbatkan dengan tohmahan ini sehingga mereka mula percaya dan terus percaya.

Bagaimana dengan jentera PAS?. Jentera PAS diakui telah digerakkan sejak sebelum hari penamaan calon. Namun begitu, jentera PAS Kawasan dan PAS tempatan tidak dibekalkan dengan bahan kempen yang boleh menjawab tuduhan umno ini.

Jentera PAS Kawasan yang turun mengerakkan UPU tempatan tidak berani mengeluarkan risalah sendiri kerana sudah ada arahan yang melarang. Semua bahan kempen hanya boleh dikeluarkan oleh Jentera Operasi Penerangan Induk.

Muslimat yang turun merayu undi dari rumah ke rumah bergerak tanpa ada bahan kempen. Muslimat tidak mampu menjawab bila ada soalan ” Nizar derhaka” dan ‘Nizar boneka”.

Memang ada PAS Kawasan dan tempatan yang merungut kerana kelewatan bahan kempen tapi apa kan daya. Kuasa mengeluarkan bahan kempen bukan pada mereka. Akhirnya, sebelum hari penamaan calon pengundi Melayu sudah ramai yang terpengaruh dan percaya dengan tuduhan
” Nizar derhaka” dan ‘Nizar boneka”.

Sehari selepas penamaan calon, barulah keluar risalah ” umno derhaka” dan ” umno gadai tanah Melayu”. Risalah yang dikeluarkan selepas hari penamaan calon sebenarnya kurang berkesan kepada orang kampung kerana terlalu banyak bahan kempen dari kedua-dua parti yang masuk ke rumah mereka. Mereka tidak sempat dan tidak ada masa membacanya.

Umno tidak akan berjaya mempengaruhi orang kampung percaya kepada tuduhan mereka, jika jentera PAS cepat menjawab tuduhan mereka.

Sepatutnya, PAS mengucapkan terima kasih kepada Bloggers Network yang sentiasa memberikan jawapan kepada tuduhan umno di media internet sejak dari awal lagi. Sekurang-kurangnya, pengundi Melayu bandar, muda dan kelas pertengahan sedar tentang pembohongan umno ini.

Faktor ketiga yang menyebabkan undi PAS merosot adalah kerana sogokan RM oleh umno kepada pengundi Melayu. Pengundi Melayu di kampung telah dihujani dengan RM bermula dari tarikh kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong.

Orang kampung telah dibawa ikut rombongan ke Langkawi, Cameron Highlands dan lain2. Bukan sahaja tambang, hotel dan makan free, dapat pula sagu hati RM 200 seorang. Pemuda kampung di bawa berkursus, juga dapat RM 200 seorang.

Melalui surat Bahagian umno Bukit Gantang kepada Ketua Cawangan umno yang tersebar, setiap rumah ahli umno diberikan RM 1000. Pemuda, wanita dan puteri yang bertugas dibayar RM 100 sehari setiap orang sepanjang kempen.

Mereka yang guna kereta bertugas dibayar RM 100 , motorsikal RM 50 setiap hari sepanjang kempen. Pengundi atas pagar ditawarkan sehingga ratusan ke ribuan RM mengikut pengaruh pengundi itu.

Faktor inilah penyebab utama undi PAS merosot. Memang PAS kempen ” bagi duit ambil, pangkah tetap bulan”, tapi bagi pengundi Melayu yang terima RM ini mempunyai pandangan lain.

Bagi mereka apabila diberi RM ini, mereka rasa dihargai dan cara nak ucap terima kasih kepada umno adalah pangkah BN. Bukan senang dok di kampung boleh dapat ratusan hingga ribuan RM. Faktor inilah juga yang menyebabkan undi PAS menurun di kubu kuat PAS seperti Changkat Ibol dan Kampung Cheh.

Secara keseluruhan, umno masih mengamalkan gaya politik lama semasa berkempen di PRK Bukit Gantang. Pengundi disogok RM, pinjaman TEKUN, bantuan Jabatan Pertanian, jalan kampung ditampung.

Pengundi diugut akan dipulau dalam kawasan kubu umno. Poster dan bendera bulan dibuang, dibakar, dihumban dalam parit. Bendera umno dan BN dibakar oleh mereka sendiri, kemudian tuduh orang PAS bakar.

Pengundi dihalang dari mendengar ceramah PA, pasang karoeke kuat2 semasa ceramah PAS. Gantung bendera BN di rumah pengundi atas pagar supaya perayu undi tidak pergi ke rumah tersebut.

Umno masih guna media massa sebanyak-banyaknya mengutuk PAS dan berkempen untuk BN. Perasaan benci kepada kaum lain ditiup kepada pengundi Melayu terutama semasa ceramah umno di kampung.

Cara politik lama ini masih tidak diubah, walaupun teraju utama umno dan BN sudah berubah. Sungguhpun begitu, pengundi Melayu bandar, Cina dan India sudah tidak terpengaruh dengan kempen politik gaya lama ini. Gaya politik lama ini, bagaimanapun masih diterima pengundi Melayu luar bandar terutama di kubu-kubu umno.

Walaubagaimanapun, terdapat peti undi Melayu di kubu umno yang bukan sahaja mengekalkan undi PAS, malah meningkat lagi undi PAS dan mengurangkan majoriti BN. Antaranya, UPU Sungai Limau dan Kg. Jaha yang diletakkan dibawah PAS Kawasan Parit Buntar.

Undi PAS meningkat 41 undi dari 118 kepada 159 dan mengurangkan majoriti BN dari 98 kepada 42 undi di UPU Sungai Limau. Undi PAS meningkat 2o undi dari 78 kepada 98 dan mengurangkan majoriti BN dari 62 kepada 52 undi di UPU Kg. Jaha. Mengapa undi PAS meningkat di sini?.

Peningkatan ini berlaku kerana PAS Parit Buntar dengan bantuan UPU tempatan memastikan pengundi luar PAS balik mengundi. 90 % pengundi luar PAS di kedua-dua UPU balik mengundi.
Pengundi Melayu di sini juga cepat menerima jawapan balas tuduhan ” Nizar derhaka” dan ‘Nizar boneka” melalui usaha PAS Parit Buntar dan UPU tempatan.

Bagaimanapun, sogokkan RM kepada pengundi atas pagar di kedua-dua UPU ini terutama malam terakhir menghalang peningkatan undi PAS lebih tinggi lagi.

Kemerosotan undi Melayu kepada PAS perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan PAS Perak. Memandangkan PAS banyak bertanding di kerusi lebih 80% pengundi Melayu, pimpinan PAS Perak mesti melakukan beberapa tindakan perlu bagi meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS.

http://tulahan.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: