ADUN BUKIT LANJAN LETAK JAWATAN

11.30 PAGI – TERBARU: Satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan.SAH Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Bukit Lanjan,Elizabeth Wong umum letak jawatan ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya jam 11 pagi ini.Suasana kecoh timbul sejurus beliau umum nak letak jawatan bila kira-kira 30 penyokongnya jerit pekik di situ persoalkan kenapa.Beliau memberi alasan keputusan ini dibuat demi kepentingan parti PKR.Diketika yang sama berbagai spekulasi berlegar tentang siapakah teman lelaki misteri yang didakwa curi ambil gambar Wong di rumahnya di Bukit Gasing,Petaling Jaya.Sumber-sumber PKR beritahu ada yang kata ia mungkin Pemuda Melayu.Jika betul cerita ini kata mereka ini kes berat kerana ia sudah masuk bab kes bersekedudukan.Ini sekaligus cetus isu moral.Jika tidak mereka sendiri hairan kenapa tiba-tiba Wong umum nak letak jawatan.” Kalau tak salah kenapa takut sampai nak letak jawatan…mesti ada kes berat ni,”kata mereka membuat andaian mengenainya.Sementara itu seperti diduga walaupun kes ini tak jelas jalan ceritanya lagi kalangan pemimpin pembangkang terus hentam Barisan Nasional terlibat.Antaranya Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok.Mereka dakwa ini taktik kotor BN nak jatuhkan wakil rakyat pembangkang.Dalam sidang akhbar itu Wong dakwa beliau tidak merasa bersalah dan tidak malu dengan seksualitinya sebagai wanita bujang.”Saya berdiri teguh dengan prinsip demokrasi bahawa setiap orang mempunyai hak privasi – 17/2/2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: