MAT SAID BIJAK PILIH WAN FARID

aetikel daripada e-mail .

Pemilihan Dato’ Wan Farid sebagai calon BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dilihat sebagai penentu kesinambungan atau berakhirnya karier politik beliau.  Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai lebih 80 ribu pengundi, akan menentukan nasib beliau.

Wan Farid dikatakan bukanlah calon terbaik untuk kerusi ini dan pemilihan beliau membuktikan suatu ‘pelan politik bahagian’ ke arah kenyataan.  Setelah beliau menang tanpa cabaran jawatan Ketua UMNO bahagian, cukup sukar untuk menidakkan ‘kumpulan’ Wan Farid dalam jawatankuasa UMNO bahagian.  Gandingan Wan Farid-Sabri Alwi-Wan Hisham yang merupakan kroni Pak Lah sebagai teraju UMNO bahagian tidak disukai sesetengah pemimpin UMNO negeri.

Menteri Besar Terengganu yang sering melawan arus dengan keputusan UMNO pusat sekali lagi bijak dalam percaturan beliau untuk UMNO bahagian Kuala Terengganu.  Kali ini serampang dua mata beliau meletakkan strategi politik ke tahap terbaik.

Dengan memilih Wan Farid sebagai calon, menang atau kalah tidak menjadi perkiraan.  Kerana kedua-dua keputusan memberi untung.

Kemenangan Wan Farid akan menaikkan kredibiliti Menteri Besar sebagai Pengerusi UMNO negeri yang sering diperlekehkan sebelum ini.  Malah memberikan suatu impak yang hebat dalam UMNO di saat parti itu dalam keadaan ‘goyah’.  Malah suatu hadiah manis kepada presiden yang bakal berundur.

Kekalahan pula dilihat sebagai menamatkan riwayat Wan Farid yang merupakan anak emas kepimpinan Pak Lah.  Juga sebagai tamparan kepada UMNO bahagian yang dikatakan bukanlah dari kumpulan MB.  Tambahan pula, kabinet Najib Mac depan cukup sukar melihat Wan Farid terus kekal hatta menggunakan tiket sebagai senator.  Ini akan memberi peluang kepada kumpulan MB kembali semula dalam jawatankuasa UMNO bahagian.

Lantas kempen kali ini meletakkan tanggungjawab kepada UMNO bahagian lebih berat berbanding negeri.

-ahli fikir-

11 Respons

  1. mat said nampak saja mcm budak kampong tapi akal bijak dari pak lah lagi. wan farid akan ikut jejak abangnya wan hisyam.akan tersungkur kerana ego sendiri

  2. Bijak….bijak….

  3. Salam, untuk semua pemuda pas kuala terengganu,

    Ini adalah cabaran besar untuk anda semua,berjuangan sehingga ketitisan darah terakhir kita bukan saja berperang dengan musuh islam malah kita berperang dengan manusia yang mengaku islam namun dalam masa yang sama menolak hukum ALLAH dan mempersendakanya.
    kuatkan semangat pergilah berjuang menegak agama ALLAH .

    InsyALLAH kita akan beroleh kemenangan.

  4. Salam,

    Bentayan…UMNO musuh Islam?Mana saudara dapat dalil UMNO merupakan musuh ISLAM. Jangan taksubla..PKR tu pun saudara sokong yang terang-terangan itu juga ada menidakkan hukum Allah.X pulak saudara kata mereka ini musuh ISLAM. Wakil rakyat mereka ada dituduh dimahkamah menerima rasuah….org Islam pula tu tak pula saudara kata golongan yang menolak hukum Allah.

    Jangan pandai berlakonla….Cuba fikir secara waras…Dan saya sendiri dapat menerangkan situasi ini kepada ramai rakan PAS saya di KT dan Marang yang sebelum ini amat keras dakwaan mereka spt saudara.Alhamdullilah,mereka akhirnya menerima apa pandangan saya.Saya masih berpegang kita ini semuanya orang ISlam dan masih mengerjakan sembahyang dan masih berpegang kepada kalimah syahadah.Pergi haji sama2,belajar sekolah agama persekutuan untuk pergi ke Al azhar, memperkemaskan ekonomi Islam….itukan kebaikan…kita perlu menidakka ker….

  5. stedy wan Farid…anda kena lawan dulu…jalan tidak sepertinya mudah…sekian

  6. SAlam,
    Satu lagi yang saya pelik..PAS ni suka sgt cakap pasal org lain kata kroni PAK LAH la,Najib la,orang Mad said la,org Deris la…Tapi mereka tu?

    Puak Erdogan mana,orang Pak Mus ngan Ustaz Hadi mana?Orang Nik aziz mana?

    Jangan bising2 la.Pegi kempen cara baik ikut lunas2 Islam.Jangan mengadu domba,ikut adab,jangan buat fitnah,tawadduk dalam menyampaikan kebenaran,tunjukkan idea nak memajukan ummah.Ini asyik cakap kita lawan org kafir la,apala..muak ambo…Ini Islam ker?

    Hai…masih tak faham lagi ker….

  7. PAS akan akan kalah kerana letak calon Abdul Wahid..ingat tak dalam TIGA abdul….abdul wahid telah jual semua harta Ismiet Ulam Raja apabial diberi kuasa

  8. salam… aku sokong pendapat bentayan… pada aku yang mengaku islam tapi terang2 menolak hukum islam adalah musuh islam dlm erti kata lain munafiq…

    apiz… rugi la awak pergi belajar agama tinggi2 tapi tak dapat bezakan mana yang haq dan batil.. kalo masih nak sokong orang yang tentang hukum islam itu namanya jahil… ilmu x berkat.. x membawa faedah.. ilmu tu nanti akan melaknat si penuntut tu… sedarlah sebelum terlambat..

  9. tok setiu merapu

  10. SAlam,

    Kembara_sufi,
    Ya Allah. Saya taknak komen apa-apa.Kerana hak pahala dan dosa itu ada pada Allah SWT.Biarlah kita semua berjawab pada hari pembalasan kelak…

    Saya tak berkata ilmu saya tinggi.Malah saya tak berkata PAS itu 100% salah dan UMNO 100% betul.Saya cuma menegur sikap segelintir muslim yang cuba menghalalkan cara seolah2 memerangi orang Islam yang lain yang tidak menyokong mereka itu halal darahnya.Mudah2 mengatakan orang lain tidak mahu kepada Islam dan menentang hukum Allah.

    Sekiranya kita takut melakukan fitnah dgn mempertikaikan niat org lain lebih baik kita menjauhinya.Bukan menjatuhkan hukum terhadapnya.

    Kita ada buktike orang UMNO ini menolak Islam?Ada tak mereka menghalang org Islam yang lain dari mengerjakan Rukun ISlam?

    Dan,Pemimpin Pas selalu berkata UMNO tidak mau pada Islam.Saya cuba melontarkan pertanyaan,kenapa ada ahli PAS sendiri yang tidak mengerjakan sembahyang,berjudi,melakukan maksiat,malas,berniaga dgn mengambil untung berlebihan dan sebagainya.Seharusnya mereka berpesan2 pada orang yang dekat padanya dahulu.

    Seperti tugas kita sebagai ketua keluarga.Lengkapkan keluarga kita dgn ilmu agama,perebetulkan akhlak anak2 dan isteri supaya mereka satu hari nanti boleh berdakwah,menerangkan kepada orang lain yang jahil ilmu ini tentang Islam.Bukan dgn kekerasan,tuduhan fitnah dan sebagainya.

    PAS juga dapat meningkatkan pengaruh juga akibat dari dasar pembangunan ISlam yang dijalankan BN lebih2 pada zaman Anwar ibrahim pada masa itu.Dahulu,agama disideline secara total tetapi sedikit demi sedikit kesedaran agama telah memuncak skrg.Sekolah agama untuk meramaikan lagi org yang mempunyai ilmu agama.Perluasan kurikulum agama Islam dalam sekolah rendah dan menengah,kursus agama di universiti tempatan,bantuan kepada sekolah pondok dsb.Dan graduan2 inilah yang kebanykkan menjadi ahli Pas dan penyokong PAS.

    Tetapi ada tak pemimpin UMNO menyekat mereka ini.Mereka menganggap tanggungjawab mengembangkan ISlam juga ada tanggungjawab mereka.

    Sekarang saya cuba melihat sudut positif UMNO dari PAS.Tetapi,ramai penyokong PAS tidak melihatnya dan memandang enteng.Birapun ada pimpinan PAS yang realistik seperti Mustafa Ali dan juga ustaz Nasha, ramai yang masih lagi keras dan berpolitik tanpa menggunakan akal.Asyik menuduh bukan2.

  11. Salam,

    Tahniah Kepada YB Wahid dan kerana memenangi PRK Kuala Terengganu 2009. Nampaknya strategi berhemah serta lembut yang dijadikan asas kempen menjadi kekuatan yang membawa kepada kemenangan.Seperti saya gemburkan sebelum ini,sekiranya cara dan pendekatan kita yang bersifat dakwah,tidak menghukum dan mengikut nafsu dgn menaburkan fitnah yang tidak tentu pasal boleh membawa kepada musibah yang besar kepada PAS itu sendiri.Cuma dikesalkan ada segelintir penyokong2 PAS dari luar yang membawa budaya PKR kedalam PRK kali ini tetapi dapat dikawal oleh polis.

    Yang amat saya gembira,PAS telah belajar dari PAS kedah tentang mulianya memelihara silaturrahim antara Islam biarpun dari parti UMNO dan BN.Ini perkembangan yang sihat. Teruskan sekiranya ingin menegakkan KEDAULATAN ISLAM.

    Kini masanya untuk bekerja dan melaksanakan janji..Peliharalah kesucian Islam,bantulah golongan bumiputera..dan tumpukan membasmi kemiskinan tanpa memilih kaum dan bulu.Tidak perlu mencontohi kerajaan negeri Perak dan Selangor yang sedikit demi sedikit mula mengadaikan maruah bumiputera. Saya bukan menyalahkan PAS tetapi banyak kepada DAP dan PKR.

    Dan kepada penyokong BN dan UMNO,kekalahan ini menjadi iktibar yang besar. Bak kata Ustaz Hadi, pasal Hudud,kenapa tidak menyatakan pendirian yang jelas tentang hudud.Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO amat takut untuk menerangkan perkara kebenaran.Mengapa diberikan tanggungjawab penerangan kepada ahli2 yang jahil tentang agama untuk bercakap pasal hudud?

    Faktor calon juga amat memain peranan besar dalam PRK ini.Saya pernah berseloroh dgn mentua saya yang merupakan org kuat PAS bahawa PAS telah memilih tepat YB wahid sebagai calon.Ini kerana rakyat biasa melihat beliau sebagai mesra rakyat dibandingkan Wan Farid.Dgn karektor sederhana dan tidak mempunyai kereta besar ini telah berjaya menarik pengundi lebih2 lagi pengundi yang banyak bergantung kepada persepsi.

    Apa-apa pun,saya bersyukur orang islam yang memenangi PRK ini.Dan msg persaudaraan ini perlu dibawa ke pantai barat. Kurangkan perbalahan antara UMNO dan PAS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: