PEKA 2008

Pada 4,5 dan 6 Disember lalu, Penyelaras Pemuda Dun Wakaf Mempelam menganjurkan Perkhemahan Remaja Islam Wakaf Mempelam di Dahimah’s Guest House Rantau Abang.

Program Tahunan bagi Jawatankuasa Pemuda Wakaf Mempelam itu yang sepatutnya diadakan lebih awal terpaksa ditangguhkan kepada tarikh di atas kerana bertembung dengan program lain. Asalnya kami Jawatankuasa program menempah Merang Recreational Resort untuk dijadikan tapak program. Tetapi 2 hari sebelum program, wakil jawatankuasa membuat lawatan tapak, terkejut dengan keadaan tapak perkhemahan yang ditenggelami air hujan sehingga 1 kaki dalamnya .  Pada malamnya, kami bermesyuarat dan memutuskan untuk memindahkan program itu ke Rantau Abang.

Lokasi yang sempit dan hujan lebat pada hari keduanya  di Rantau Abang menyulitkan kami untuk melangsungkan aktiviti luar. Walaubagaimanapun, kami tetap meneruskan program hingga ke akhirnya.

Di bawah ini sebahagian foto-foto yang sempat diambil.

pengarah-peka08

Kelihatan Pengarah Program, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas sedang menulis sesuatu. Agaknya sedang mencatat isi ucapan yang akan disampaikan kepada peserta…

malam-persembahanpeka1

Maaf, ni bukan gambar pasangan kena tangkap khalwat, dan bukan juga pasangan artis. Dua orang ni ada bakat berlakon drama remaja. Jangan terkejut!! Yang berselendang tu bukan perempuan. Rambut Hero pulak macam KartunDragon Ball je…

mlmpersembahanpeka081

Ni salah satu kumpulan yang membuat persembahan. Mereka melakonkan satu babak berdasarkan Lagu Nasyid “Menanti Di Barzakh”. Penyanyi solonya ada bakat bernasyid. Cayalah…

Lain-lain gambar program, sila ke weblog WaJA Negeri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: