CALON MUDA ANAK TEMPATAN, BERKELULUSAN PhD

azman-syafawi3Kuala Terengganu –Dewan Pemuda Pas Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

“Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.

“Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,” katanya Akhbar Sinar Harian

Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan Pas Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

“Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golo-ngan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang

Beliau berkata, Pas akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN.menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,” katanya.

6 Respons

  1. Kepada Dewan Pemuda PAS Terengganu,

    Hari ini satu era dimana perjuangan PAS telah di ambil oleh satu golongan muda yang berpendidikan dan mempunyai serampang dua mata. “serve & pay @ (kalau ada untung aku kerja, kalau tak untung aku bagi kerja ini pada hampa). Kalau dulu ia didepani oleh golongan berpendidikan sekular, sekarang nampaknya telah menular kepada golongan berpendidikan agama pula terutamanya yang balik dari Asia Barat @ UIA. Perjuangan mereka menegakkan Agama Allah mcm Ikhlas tapi ???. Terus terang saya katakan, saya sekarang berusia awal 40an, telah turut bersama mengikuti polotik Islam yang diketengahkan oleh PAS. YB Muhammad Sabu merupakan salah seorang pemimpin yang yang mempunyai jati diri yang teguh kepada perjuangan yang didokongi oleh PAS, onak duri dan ranjau yang ditempuhinya cukup hebat dan mencabar. Beliau datang bersama PAS dimasa susah dan senang. Beliau bukan seperti kebanyakkan kamu yang datang, ketika Pas sedang menjamu selera. Memang ketika ini ramai orang yang akan mengintai peluang, bak kata perpatah ‘ Seperti Enau dalam Belukar. Seperti Kuching Menjaga Lauk. “Saya masih ingat ketika saya masih dibangku sekolah..ucapan Tn. Guru Hj. Hadi selalu mengucapkan dalam ceramah beliau, ayat yang berbunyi “Apakah Senang Kamu Nak Masuk Syurga Allah, Tanpa Kamu diuji dengan sehebat-hebatnya, Kaum nabi Musa a.s badan mereka digergaji dengan gergaji..dicampakkan jasad mereka kedalam api..mereka tetap menyatakan…Kami beriman dengan ALLAH…dan …lagi. Nasihat saya kepada pemuda PAS masakini, Ingatlah kamu menjadi pemimpin, kamu mesti menjaga amanah Allah melebihi jasad kamu sendiri…Kamu akan Disoal dihadapan Allah, akan niat-niat hati dan usaha kamu…apakah kerana Allah @ sekadar ucapan kita perlu mencari keuntungan dunia dan juga akhirat. Ingatkah kamu kepada Ustaz Hj. Nakhaie Ahmad. Tepuk dada tanya niat anda. Ketika PAS disaat kerdil, kami tetap mengundi PAS, kerana Tn. Guru berpesan kemenangan kita yang sebenar ialah Mencari Keredhaan Allah. Allayarham As-Sahid Ustaz Ibrahim Libya, merupakan seorang tokoh berpendidikan Asia Barat yang mendapat keberkatan dalam menuntut Ilmu. Beliau balik bukan mencari populariti PHD, Dekan atau Sarjanaan sepertimana yang kamu ingin ketengahkan dan banggakan. Ia merintis hidup mencurahkan kefahaman agama dipondok kampung Memali, kerana mendididik anak bangsa berdasarkan kepada ketaqwaan kepada Allah swt. Keikhlasan beliau, Allah memilih beliau dengan kematian yang sangat-sangat diharapkan oleh semua insan yang bernaung dibawah perjuangan menegakkan kalimah Allah Hu Akbar. Inilah sebenarnya yang ingin diharapkan oleh Saudara YB Muhammad Sabu, yang cuba anda semua perlekeh dan pertikaikan. InsyaAllah. Beliau bukan seperti setengah-setengah diantara kamu, sekadar memegang ketua pemuda PAS kawasan, tetapi menjalar dengan kereta-kereta mewah Toyota Estima, Alphard dan Mercedes. Semusim menjadi YB, sudah minta diri dihormati. Tegur hampa dulu, baru aku senyum. Ustaz syok sendiri, pamer kehebatan diri, sifat tawadhuk tidak dihiasi. Apakah itu sunnah perjuangan Nabi. YB Mat Sabu ketika menjawat Ketua Pemuda PAS Pusat sekadar Toyota Crown. YM Tn. Hj Subkhi Latif sekadar menaiki kenderaan, biasa bersama tuala..ketika menghadiri ceramah. Cuba fikirkan dan nilaikan dimana tempat kamu berada sekarang. Sekian pandangan saya yang kerdil ini untuk renungan bersama. “Allah tidak memandang akan rupa, jawatan, pangkat serta kedudukan kamu, tapi Allah melihat akan hati-hati kamu. Akhir kata saya berharap kita semua tidak menjadi seperti Bal’am bin Bura”. AllahhuAkbar 3X.

  2. CADANGLAH CALON YANG DIYAKINI BOLEH MENANG, DAN BILA MENANG BOLEH BERKHIDMAT ; TAHU BERINTERAKSI, BOLEH BERHUJJAH, PENTINGKAN JAMAAH, IKHLAS KERANA ALLAH DAN SANGGUP BERKORBAN. SETELAH DIPILIH DAN DICALONKAN OLEH PUSAT, BERSATULAH UNTUK MEMENANGKAN CALON. LUPAKAN CALON MASING-MASING YANG DICADANGKAN. TERIMALAH YANG DIPUTUSKAN OLEH PUSAT, SYURA. KITA PANDANG CANTIK YANG INI, PIMPINAN PANDANG CANTIK YANG LAIN, TERIMALAH KEPUTUSAN PIMPINAN PAS PUSAT NANTI. SEMOGA BERJAYA!

  3. Ana mohon agar saudara Azman berpegang tegas dengan keputusan Pemuda Negeri. Bukannya kita tidak wala’ tapi pemuda seharusnya ada pendirian selagi ianya berlandaskan dalil dan nas.
    Kemenangan dunia bukanlah segala-galanya. Apa gunanya kemenangan sekiranya ianya bersertakan fitnah. Jangan dalam mengejar dunia kita pejamkan mata sebelah.

  4. Assalamualaikum,
    Saya setuju dengan apa yang saudara Basir tulis tu, cuma nak tambah sikit. Nak calonkan anak muda yang berkelulusan PhD ke, professor ke, kenalah tengok macamana commitment dengan perjuangan Islam, jangan jadi macam sebahagian dari anak-anak muda yang diberi jawatan dalam kerajaan semasa PAS memerintah Terengganu dulu, kemana dia orang ni selepas kekalahan PAS 2004? Bukan saja mereka ini ‘lari’ dari negeri sendiri, malah ada yang tergelincir terus dari perjuangan Islam. Pilihlah calon yang telah terbukti jatuh bangunnya bersama PAS walaupun takde PhD pun. Satu lagi,tak payah lahbesar-besar kan sangat lah isu anak tempatan atau orang luar. Islam kan untuk seluruh dunia.
    Saya ni anak terengganu jati jugak tapi sedih tengok ramai orang2 Terengganu kite yang masih sempit mindanya. Bukan rakyat bawahan je yang tak nak calon orang luar, malah ada segelintir yang bergelar pemimpin pun sama. Kalau petugas PAS sendiri pun tak berapa suka orang luar, macamana nak kempen orang lain. Come on, wake up, open your eyes, berapa ramai isteri-isteri, suami-suami, anak menantu kita orang luar. Dah ramai yang digelar orang luar kat Terengganu ni. Isu orang luar tak patut berbangkit langsung di zaman ini. Kita orang Terengganu cuba lah belajar cara pemikiran rakyat kelantan yang dah empat penggal berwakil rakyat orang luar. Ubah lah cara berfikir tu, jangan luaran je canggih tapi minda masih di takuk lama. Sama-sama kita realisasikan ‘ISLAM FOR ALL’

  5. Assalam mu alaikum, Uz Azman, Ana setuju dgn akhi Basir, ana kena respon sikit lagi, Uz jangan mendahului pimpinan jemaah, Uz kenalah Walak kepada pemimpin ulamak dan majlis sura. takut nanti anta dan pemuda kecewa dan tidak iklas kerana Allah dalam perjuangan.
    Di harap Uz dan pejuang muda tidak meninggalkan perjuangan yang di sunahkan oleh Nabi S,A,W.
    Gerakkan terus pejuang muda yang kometed dengan perjuangan islam jangan kecewa kalau calun anta tidak dipilih
    dahulukan ISLAM dan ALLAH dari perjuangan Kelompok & kabilah. ALLAH HU AKBAR 3x

  6. Tuan Guru Presiden sedang ber’istikharah’ utk dapatkan petunjuk ALLAH dlm hal menentukan siapa calon terbaik. Kemudian bawa ke Mesyuarat Majlis Syura Ulama’. Kita sama2lah tunggu. Kalau calon itu berkenan di hati, alhamdulillah…Kalau calon bukan pilihan hati, terimalah dgn hati yg terbuka kerana pemilihannya berdasarkan kehendak syarak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: