• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    November 2008
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,456 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

BUNUH DIRI, TARIKAN BARU DI TERENGGANU

Terengganu Kini Tempat Orang Bunuh Diri ? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay
Wednesday, 26 November 2008

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita14/trgtempatbunuhdiri.jpg

Kuala Terengganu – Ekoran dua kes cubaan bunuh diri yang dilaporkan berlaku di negeri ini baru-baru ini, Terengganu dilihat sebagai ‘tempat bunuh diri’ di kaca mata dunia luar.


Yang dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang menafikan perkara tersebut dan menyifatkan bahawa kejadian tersebut hanya suatu kebetulan. (Gambar Atas – kiri adalah senario berlaku di Hulu Terengganu manakala kanan adalah cubaan bunuh diri yang berlaku di Kuala Terengganu)

‘‘Saya yakin ia tidak menjejaskan nama baik Terengganu, ia hanyalah satu kes kecil daripada keseluruhan rakyat negeri ini,” katanya yang dipetik media perdana semalam

Walau bagaimana pun, pada masa yang sama beliau mengakui kerajaan Terengganu bimbang dengan dua kejadian cubaan bunuh diri secara berturut-turut, seolah-olah menjadi ‘trend’ ikutan masakini.

‘‘Walaupun ia hanya kes terpencil namun kerajaan memandang berat kes itu kerana ia membabitkan perilaku yang tidak bermoral yang bertitik-tolak kurang ajaran agama dan keruntuhan keluarga.

Ahad lalu, 23 November, seorang wanita yang juga merupakan isteri kedua cuba membunuh diri mahu terjun dari sebuah bangunan setinggi empat tingkat di Jalan Batu 24, Kuala Berang.


Wanita terbabit, Puan Zaitun Mamat, 39, dari Kampung Getang Hulu Terengganu dikatakan mengalami tekanan jiwa kononnya diabaikan oleh suaminya.


Beliau nekad terjun dari bangunan tersebut sambil mengacukan sebilah pisau bagi mencederakan dirinya sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Sebelum itu pada Jumaat, 21 November, seorang gadis berusia 18 tahun cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari tingkat10 sebuah hotel di sini

Tindakan nekad gadis yang berasal dari Kuantan yang bekerja di sebuah ‘salun kecantikan’ diselamatkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat setelah pengsan akibat keletihan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah ketika mengulas kes yang berlaku di Hulu Terengganu berkata ia adalah yang pertama berlaku sejak enam bulan beliau bertugas di Kuala Berang.

“Ini kes yang pertama sejak enam bulan saya bertugas di sini (Kuala Berang) dan saya rasa ini ‘jangkitan’ dari kes di kuala Terengganu. ‘Drama’ bersiri untuk bunuh diri,” ujarnya pada sidang media di tempat kejadian.

Manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah menyifatkan fenomena ‘bunuh diri’ jarang berlaku terutama di Terengganu yang majoriti orang Melayu Islam.

Katanya, orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT tidak akan melakukan perbuatan jenayah yang tergolong dalam perbuatan dosa besar itu.


Justeru beliau menggesa supaya kerajaan mengutamakan pendidikan Islam yang sempurna kepada seluruh rakyat.

Menurutnya, pendidikan agama yang sebenar amat penting bagi melindungi rakyat dari perbuatan yang sia-sia itu.


Beliau berpendapat agenda Islam Hadhari yang dicanangkan oleh para pemimpin Umno-BN semakin merosakkan akhlak dan nilai moral rakyat di negeri ini terutama di kalangan orang Melayu Islam.

Advertisements

2 Respons

  1. aku ni tak pandai sgt bab agama ni, tp takkan la 2 kes nak bunuh diri dah menunjukkan islam hadhari ni teruk… islam hadhari tu bkn islam ke? ni yg aku kena baca dan kaji islam hadari tu apa, setau aku islam gak.. aduyai…

  2. tekanan hidup boleh menyebabkan manusia tidak dapat berfikir dengan betul tapi itu bukan alasannya,bg saya jika dia islam x kiralah hadhari ke x hadhari ke.individu y ber agama islam pasti akan mengetahui dosa bg org y bnh diri ni,setiap manusia x boleh lari dari masalah,dan bnh diri bknlah jln penyelesaiannya,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: