• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Oktober 2008
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,855 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

HIMPIT 2008-Lebih 1500 Pemuda Hadir

HIMPIT 2008 – Lebih 1500 Pemuda Berkampung di Pantai Pandak PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Saturday, 25 October 2008
https://i1.wp.com/buletinonline.net/images/berita13/himpit2008.jpgKuala Terengganu – Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2008 yang bermula semalam, mencatat sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 1500 orang pemuda dari seluruh negeri, dan berkampung selama dua hari di Pantai Pandak, Chendering dekat sini.

”Sehingga petang semalam, peserta yang mendaftarkan diri seramai 1500, jumlah tersebut meningkat dari pada HIMPIT 2007 tahun lalu,


https://i1.wp.com/buletinonline.net/images/berita13/aka.jpg”kawasan yang paling ramai adalah Marang dan Kuala Terengganu,”kata Pengarah HIMPIT 2008, Ustaz Ahmad Kamal Ali (gambar kiri) yang ditemui selepas beliau melepaskan para peserta Larian HIMPIT 2008, pagi ini.

Beliau berkata kehadiran para peserta yang begitu ramai adalah diluar jangkaan kerana pihak Jawatankuasa Induk HIMPIT 2008 mensasarkan hanya 1000 orang yang akan hadir.

Selain itu, menurut beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, para pemuda yang datang pada tahun ini juga agak berlainan dari segi kelas umur mereka.

”Sebelum ini, HIMPIT pada tahun-tahun yang lalu, ramai disertai oleh pemuda-pemuda yang masih dalam persekolahan atau pengajian, kali ini agak berbeza, mereka yang datang terkeluar dari kategori itu,”ujarnya.

Mengulas perkara yang sama, Penasihat HIMPIT 2008 Ariffin Deraman (Gambar kanan) berkata komitmen, kesedaran serta keprihatinan pemuda di kawasan-kawasan adalah faktor utama menyebabkan penyertaan HIMPIT 2008 adalah paling ramai dalam sejarah.


https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita13/arifindraman.jpg”Mereka hadir atas kesedaran dan komitmen yang tinggi untuk melatih diri dan tarbiyah serta menyertai acara-acara yang diadakan sepanjang dua hari ini,”kata beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu.

”Beberapa tindakan susulan akan diambil terutamanya menumpukan program-program berbentuk ‘desentralisasi’ yang akan memusatkan program-program di peringkat DUN dan cawangan,”katanya apabila ditanya apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh Pemuda PAS Negeri selepas ini.

HIMPIT adalah acara kemuncak tahunan bagi pemuda-pemuda yang menjadi ahli dan penyokong PAS di negeri Terengganu.

Program perkhemahan selama dua hari itu menumpukan aspek latihan jasmani dan rohani bagi memantapkan tenaga pemuda di cawangan-cawangan.

Disamping acara sukan dan rekreasi seperti Explorace, Larian HIMPIT, Sepak Takraw, Bolasepak Pantai dan Sukan Rakyat, para peserta akan diisi dengan keperluan rohani seperti sesi motivasi, kuliah, tazkirah dan ceramah.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: