MAKSIAT BERLELUASA DI TERENGGANU


Ini antara berita yang memaparkan gejala maksiat di Terengganu Darul Iman yang dibangga-banggakan oleh rakyat Terengganu. Banyak lagi kes seumpama ini berlaku tanpa ada sekatan dan usaha bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa untuk membasminya. Pasangan di atas merupakan antara beberapa pasangan yang ditangkap oleh pencegah maksiat di Pantai Teluk Gadong, Dungun. Mereka dipercayai siswa-siswi yang sedang menuntut di UiTM Dungun.

Setelah soaljawab, ada di antara mereka yang mengaku merakamkan adegan ‘panas’ mereka menggunakan kamera telefon bimbit. Salah seorang pelajar lelaki yang ditangkap merayu agar dilepaskan kerana takut diketahui oleh pihak universiti yang sudah pasti akan bertindak buang pelajar tersebut dari pengajian.

Gejala maksiat khalwat ini semakin menjadi-jadi sejak pemerintahan Barisan Nasional Terengganu yang sangat meraikan budaya hedonism. Banyak konsert-konsert dianjurkan, menjadi pemangkin kepada gejala maksiat. Yang terbaru, Konsert Kuda Sokmo yang akan diadakan di Kuala Ibai akan menampilkan penyanyi Faizal dan Heliza. Ini contoh bahawa Kerajaan tidak serius dalam menangani masalah maksiat yang berleluasa di Terengganu.
Gejala ini bukan setakat di Kuala Ibai dan pantai Teluk Gadong sebagaimana yang dipaparkan dalam artikel ini, bahkan ia melibatkan seluruh kawasan rekreasi di Terengganu seperti Sekayu, Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal dan lain-lain.
Di bawah ini contoh inisiatif orang kampung yang tidak tahan dengan aksi remaja bermaksiat di sekitar pantai Kuala Ibai.

2 Respons

  1. TERUKNYE……

  2. saya dalam usaha menyenaraikan senarai kereta-kereta yang digunakan untuk membuat maksiat…

    salah satu darinya adalah

    JKL 6170…owner..melayu…modus operandi..menjahanamkan remaja wanita….berumur dari 15 tahun ke 30 tahun…13 tahun telah beroperasi…tidak dapat ditangkap kerana melakukannya didalam kenderaan sambil bergerak….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: