MAD SAID, MERCEDES & RAKYAT

Artikel di bawah diambil dari blog nasikerabupetro.

…………………………………………………………………………….

Pagi ini, ayah saya memulakan sarapan bersama saya dengan ayat “orang tengah berjimat-cermat, dia boleh beli Mercedes”. Saya mengerutkan kening, memikirkan siapa lagi saudara-mara atau orang-orang kampung yang beli kereta Mercedes?

“Sape abah?”
“Mat Said tu la…”
“Huh? Mat Said mana?”
“Tuuu… baca suratkhabar tu….”

Hehe… dalam rasa malu atas “kelampian” saya, memang menggelegak jugak perasaan marah. Ingatkan baik sikit dari Deris, rupa-rupanya, sama je perangai pemimpin-pemimpin UMNO ni. Saya membaca akhbar Utusan Meloya yang ditunjukkan ayah saya sambil mendengar rungutannya mengenai pembaziran MB Terengganu ini.

“Kerajaan BN Trg berbelanja sebanyak RM3.43 juta untuk membeli 14 buah kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah untuk Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan sebagai kereta rasmi. Ini untuk menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004. Alasan yg diberikan adalah kereta-kereta tersebut sudah tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan”.

Belum lagi mendapat royalti minyak, dalam keadaan rakyat masih dibelenggu keperitan hidup, mereka dah mula bermewah-mewah? Berlainan sekali dengan kerajaan Pakatan Rakyat contohnya negeri Selangor yg dikatakan paling maju di Malaysia pun masih menggunakan kereta perdana V6 yg dibeli pada tahun 2004 oleh kerajaan yang terdahulu.

Setiap kali pergi-balik kerja, mata saya mesti melihat sekilas pada sehelai kain rentang yang terdapat gambar seorang lelaki dan tertera perkataan :Pemimpin Bersama Rakyat”. Memandangkan saya memandu, tak dapat saya pastikan gambar siapa (yang pastinya bukan gambar Mat Said walaupun tajuk utama kain rentang ialah 100 hari pemerintahan Mat Said). Akhirnya, setelah berlalu 100 hari itu, barulah saya terperasan gambar lelaki itu. Rupa-rupanya gambar Musly Ramlee, pelakon teater P. Ramlee The Musical. Huh? Apa kaitannya…?

Dari pembacaan saya baru-baru ini dari Utusan Meloya, artis Malaysia menerima bayaran RM 10,000 untuk satu jemputan persembahan dan itu dikira berpatutan. Sekiranya itu benar, amat mengecewakan sekali dengan cara Mat Said meraikan pemerintahannya.

Pada awal-awal kemelut perlantikan MB Terengganu, kelihatan Mat Said keseorangan dan cuba mencari sokongan dengan berbaik-baik dengan pimpinan PAS Terengganu seperti bergegas menziarahi DSTG Hj Abd Hadi yang dimasukkan ke HSNZ akibat simptom-simptom angin ahmar. Sebaik sahaja Pak Lah datang ke Terengganu dan mengumumkan pengembalian royalti minyak, keesokan harinya Mat Said telah mula lantang mengkritik pemimpin PAS seolah-olah tak pernah kenal atau tak pernah menunjukkan “muka baik” ketika kemelut perlantikan MB sebelum itu.

Nampaknya, belang-belang Idris sebelum ini mula menonjol pada Mat Said. Sebagai rakyat Terengganu, saya mengingatkan Mat Said akan status kemiskinan di negeri ini masih lagi di tangga kedua. Pedulikan kata-kata retorik Strawbery Chik ketika Debat bersama DSAI yang sentiasa mengulang-ngulang ayat “Percayalah, walaupun minyak naik, rakyat cukup makan”. Pada Strawbery Chik dan Mat Said (orang Tranung blake), turun ke bawah dan lihat sendiri keperitan rakyat.

Betapa berbezanya anda dengan Lim Guan Eng yang menjadikan Khaliah Umar Abdul Aziz sebagai contoh ikutan pemimpin. Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah hanya 2 tahun 3 bulan. Dalam masa sesingkat itu, beliau berjaya menghapus kemiskinan, sehingga tidak ada orang yang layak menerima zakat, satu kejayaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bila-bila masa pun.

Ini bukan di Indonesia, tapi di Setiu dan bukan sedang berkelah,
tapi memang tempat mandi mereka!


(6_6) : Dato’, 20 buah bas rapid untuk rakyat tu dah sampai ke?….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: