PENGUNDI KUALA TERENGGANU PILIH CALON

Petikan SinarHarian

……………………………………………

Pengundi Kuala T’ganu pilih calon, bukan parti

KUALA TERENGGANU – Pemilihan calon tidak sesuai termasuk bukan kehendak rakyat merupakan antara faktor utama Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Kuala Terengganu mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-12, pada 8 Mac Lalu.

Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri, Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, perkara itu berlaku kerana rakyat sekarang bukan hanya memilih parti semata-mata, namun mereka juga turut meneliti calon yang sesuai dan popular bagi kawasan masing-masing.

“Keadaan ini menyebabkan kita hanya menang satu kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) sahaja daripada empat DUN…. Parlimen (Kuala Terengganu) kekal menang…ini menunjukkan calon yang diletakkan itu tidak betul,” ujarnya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Said kelmarin mengenai pelantikan tiga jawatan penting dalam organisasi UMNO negeri lebih menjurus kepada Kuala Terengganu.

Keputusan itu sebagai usaha memulihkan kawasan tersebut yang menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12 lalu apabila BN hanya menang kerusi DUN Bandar sahaja manakala Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam jatuh ke tangan Pas.

Mengulas lanjut, Roslan berkata kekalahan tersebut turut menunjukkan bahawa trend masyarakat bandar begitu berbeza kerana terlalu mementingkan individu bertanding hingga mereka sanggup menolak calon yang tidak digemari.

“Kita perlu beri tumpuan terhadap perkara ini, (DUN) Wakaf Mempelam kita kalah sejak tahun 1986, Batu Burok sejak tahun 1990, Ladang pula sekejap menang, sekejap kalah,” katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang.

Menurut beliau, dalam memastikan usaha pemulihan tersebut mencapai matlamatnya, para pemimpin UMNO khususnya di Kuala Terengganu perlu bekerjasama tanpa perlu bergaduh sesama sendiri dan berebut jawatan.

Ditanya adakah benar wujudnya pergaduhan dan ketidakseragaman dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Kuala Terengganu, Roslan berkata: “Mereka bukan bergaduh… hanya tidak bersependapat sahaja.”

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih atas keprihatinan Menteri Besar terhadap perkembangan politik di Kuala Terengganu dan berharap agar BN dapat kembali menguasai empat kerusi DUN dan kekal di Parlimen Kuala Terengganu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: