JENAYAH ROGOL MENJADI-JADI DI TERENGGANU

Hulu Terengganu-Seorang warga emas berusia 76 tahun dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara setelah didapati bersalah merogol anak angkatnya  yang berusia 12 tahun ketika dirogol. Warga emas yang tidak berperikemanusiaan ini dikatakan menampar mangsa sebelum merogolnya  sekitar bulan Mei hingga Jun 2002, lebih kurang jam 1 tengahari di sebuah kebun kelapa sawit.

Sepanjang bulan lalu, enam kes rogol dicatatkan berlaku di Terengganu sahaja.

Kejadian jenayah berkaitan seks semakin menjadi-jadi di negeri Terengganu Darul Iman. Jenayah Rogol yang membabitkan remaja bawah umur adalah kejadian jenayah seks yang paling banyak dilaporkan oleh media pada bulan lalu.

Terbaru, seorang remaja berumur 14 tahun telah membuat laporan polis mendakwa dia telah dirogol diatas tangga sebuah kompleks belah belah, setelah diancam ‘akan ditampar’ oleh kawan lelakinya.

Dalam laporan tersebut, pelajar sekolah itu mendakwa, pada hari Ahad lalu 29 Jun, sekitar jam 2.15 petang, dia telah mengikuti seorang kawan pergi ke sebuah kompleks membeli belah di bandar Chukai.

Remaja tersebut mendakwa, apabila sampai di tempat yang agak sunyi dalam kompleks beli belah itu, kawan lelakinya telah mengajaknya untuk melakukan seks serta mengugut akan menampar, sekiranya dia enggan melakukannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu Penolong Pesuruhjaya Polis, Mohd Fauzi Abduri berkata remaja tersebut mendakwa dia telah menolak permintaan kawan lelakinya tetapi kerana takut dicederakan akhirnya menyerah.

Laporan polis telah dibuat oleh remaja tersebut di Balai Polis Chukai pada jam 3.25 petang hari yang sama, tambah Mohd Fauzi.
Dengan kejadian terbaru diatas menjadikan keseluruhan enam kes rogol bawah umur dilaporkan oleh media sepanjang bulan Jun 2008

Pada 24 Jun lalu, polis Besut mencari seorang lelaki penoreh getah berumur 20 tahun yang disyakki merogol teman wanitanya seorang remaj berumur 15 tahun dari Kampung Bukit Mali, Pasir Akar.

Lelaki tersebut dipercayai bersembunyi selepas ibu mangsa seorang surirumah 38 tahun membuat laporan polis dib alai polis Pasir Akar.
.
Sebelum itu pada 23 Jun, di Kemaman, seorang pelajar berumur 15 tahun telah ditahan oleh polis kerana disyakki merogol.

Suspek telah ditahan dirumahnya selepas mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Sani berkata kejadian rogol tersebut berlaku di Ladang Kelapa Sawit Jabor, manakala kejadian kedua berlaku dirumah mangsa.

Manakala pada 18 Jun, di Kuala Terengganu, seorang remaja berumur 15 tahun mengadu kepada ibunya setelah dirogol beberapa kali oleh seorang peraih ikan dirumahnya di Kampung Ladang.

Laporan polis telah dibuat dan beliau mendakwa kejadian tersebut telah berlarutan sejak tiga bulan yang lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Superintenden Khairi Ahrasa berkata suspek berumur 42 telah ditahan

Di Hulu Terengganu pada 14 Jun lalu, seorang guru dari Kampung Jak, Ajil telah membuat laporan polis berikutan anaknya yang berumur 3 tahun mengadu sakit di bahagian sulitnya.

Kanak-kanak tersebut mengadu anak lelaki penjaganya berumur 12 tahun telah mengusik secara paksa bahagian sulit kanak-kanak tersebut. ketika kanak-kanak tersebut ditinggalkan ibu bapanya untuk bekerja.

Pada 10 Jun, di Kemaman, seorang lelaki berumur 20 tahun telah ditahan kerana disyakki merogol teman perempuannya berumur 13 tahun.

Mangsa seorang pelajar perempuan tingkatan satu itu telah mengadu dirogol dirumah lelaki tersebut.

2 Respons

  1. kepada pemuda pas jgn ckp banyak je
    ka UMT banyak kes lucah dan vedio clip lucah sdgn berlaku
    apasal tu semua u all tak ambil berat
    yg lebih memalu kan pekerja umt sendiri buat ringan2 dlm kereta di tepi pantai
    memalukna UMT

  2. wanita sendiri tak malu lepas tu salah kan org lain pl
    pihak agama islam diam je
    tak pergi buat pantau pun
    segelintir pekerja waniat UMT babitkan diri dlm vedio clip lucah
    yg sekrg sdg luas di HP kula terenggnu
    sy harap pemuda pas bertindak cegah maksia in semua
    pemuda BN tak boleh harap langsung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: