USTAZ HADHARI LEBIH SUDU DARI KUAH

Petikan dari tranungkite.net.

Episod 1

Pelik Tapi Benar….. Itulah yang dapat disimpulkan tentang penyelaras Pejabat Agama Daerah Dungun yang sikapnya terlebih sudu dari kuah. Dari maklumat yang diterima penyelaras ini adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah dan cuma berkelulusan setakat SPM tetapi bergelar ustaz kerana sering menyampaikan kuliahnya di surau-surau dan masjid sekitar daerah Dungun. Pelik juga bagaimana seorang berkelulusan hanya setakat SPM tetapi boleh menjadi ustaz.

Menurut seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Dungun, Alan Budi Kusuma (bukan nama sebenar) ustaz yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Ustaz Zaki pada mulanya bertugas di Kuala Terengganu, tetapi disebabkan tingkah lakunya tidak menyenangkan menyebabkan beliau ditukarkan pula ke Pejabat Agama Daerah Dungun.

Walaupun sudah ditukarkan ke daerah ini, tetapi sikapnya masih tidak berubah. Perlakuannya kadangkala tidak disenangi oleh kakitangan pejabat agama di sini serta beberapa pihak jawatankuasa masjid di sekitar daerah Dungun. Apa tidaknya, walaupun ahli jawatankuasa masjid dilantik oleh Pesuruhjaya Agama Negeri tetapi lagak ustaz ini seolah-olah lebih berkuasa daripada Pesuruhjaya Agama. Beliau bertindak mengawal imam dan bilal serta bebas mengarah ahli jawatankuasa masjid membuat sebarang program mengikut telunjuknya.

Memandangkan seluruh masjid dan surau dalam negeri ini bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), sudah pasti jawatankuasa masjid memohon bantuan dari JHEAT bagi menganjurkan sebarang program seperti kuliah, ceramah dan sebagainya. Tetapi yang peliknya, ustaz ini pasti memarahi AJK Masjid atau surau jika tidak merujuk kepadanya terlebih dahulu dengan mendakwa JHEAT menganggu perjalanan aktiviti sesebuah masjid.

Seperkara lagi walaupun tidak diundang menyampaikan kuliah, tetapi ustaz yang gemar menonjolkan diri agar dikenali di seantero Dungun tetap memberi kuliah tanpa merujuk mana-mana kitab. Kuliahnya pula sering memasukkan unsur kepartian seperti prinsip-prinsip Islam Hadhari yang diasaskan Al-Imam Wak Lah dan tak kurang juga beliau sering mengambil kesempatan dengan menghentam PAS. Menurut satu sumber, dalam kuliahnya beliau pernah mengatakan kalau nak sokong PAS, pergilah Kelantan. Kalau nak sokong DAP, sila pergilah ke Penang. Akibatnya masjid atau surau yang sentiasa penuh dengan jemaah apabila terdapatnya majlis kuliah dengan sendirinya ketiadaan pendengar apabila beliau dilihat mengambil tempat . Jika ada pun pendengar cuma yang mempunyai jawatan dalam masjid atau penganut fahaman Hadhari juga yang hanya beberapa kerat sahaja.

Seperkara lagi yang menarik mengenai ustaz ini, beliau merupakan salah seorang penceramah kursus kahwin di Pejabat Agama Daerah Dungun. Bila menyampaikan kursus, berbagai perkara dan cerita disampaikan sehingga melopong mulut peserta kursus mendengar ceramahnya, tetapi rupa-rupanya ustaz ini sendiri pun masih belum berkahwin. Lawak….. Lawak…. Lebih lawak dari Lawak Senario, tapi masih belum dapat menandingi lawak P.Ramlee. Sudah terang lagi bersuluh ustaz ini jenis cakap tak serupa bikin, masih belum cukup syarat dan sifat untuk menjadi tenaga pengajar di kursus kahwin kerana beliau sendiri masih berstatus bujang.

Menurut seorang lagi sumber yang layak dipercayai kerana sering berurusan dengan beliau iaitu Rudy Hartono (rasa-rasanya bukan nama sebenar kot), elaun yang dituntut olehnya tiap-tiap bulan kebiasaannya melebihi RM3,000.00 sebulan. Kononnya beliau mempunyai banyak tugasan (8 tugas) disekitar Dungun. Tugas-tugas tersebut hanya rekaannya semata-mata. Beliau sering didapati hilang dengan kenderaan pejabat agama atas urusan sendiri. Kalau benar beliau menjalankan tugas-tugasnya, mengapa dan kenapa telefon bimbit dimatikan lantas menyebabkan beliau sukar dihubungi? Apatah lagi ketuanya sendiri tidak diberitahu ke mana beliau pergi. Beliau juga dikatakan dilantik menjadi imam Masjid UiTM, Dungun tetapi sering tidak nampak batang hidung dan diganti oleh imam lain. Khabarnya tuntutan elaun yang melampau dan tidak sepadan dengan tugasnya pernah dilaporkan ke BPR, tetapi setakat ini masih belum diketahui perkembangan siasatan berkaitan kes terbabit.

Beliau yang sebelum ini begitu rapat dengan bekas Ahli Parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan mula dilihat cuba mendekati pula Matulidi Jusoh iaitu Ahli Parlimen yang baru dilantik dalam Pilihanraya Umum lalu. Ini adalah bagi memastikan masa depan kerjayanya terjamin memandangkan beliau hanya dilantik secara kontrak. Mungkin juga untuk menyelamatkan dirinya dari didekati oleh BPR. Tetapi beliau lupa bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mula mengumpul bukti penyelewengannya untuk diserahkan sekali lagi kepada BPR.

Demikianlah sedikit sebanyak kisah ustaz yang lebih sudu dari kuah ini yang sempat dicoretkan di sini. Memandangkan kesibukan dan kesuntukan masa penulis terpaksa berhenti setakat ini dahulu untuk seketika. Sebenarnya ada lagi beberapa kisah menarik serta bukti-bukti kukuh tentang penyelewengan dan perlakuannya untuk penulis dedahkan di sini. Bukan untuk mengaibkan manusia yang bernama Ustaz Zaki yang makin naik daun ini, tetapi bagi memberi pengajaran kepadanya agar sentiasa beramanah, menjaga tingkah laku serta tidak mementingkan diri sebagaimana yang dituntut Islam.

Sah, memang menarik kisah ini kalau penulis paparkan. Pembaca semua nak tahu kisah seterusnya? Kalau nak tahu tunggulah sambungan Kisah Al-Ustaz Lulusan SPM Yang Lebih Sudu Dari Kuah, Episod ke 2.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: