KETUA AMK TERENGGANU DITAHAN POLIS

Cikgu Fariz Musa Di Tahan Polis PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Saturday, 21 June 2008
//buletinonline.net/images/berita6/fariz.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, ditahan polis jam 3.15 petang, hari ini, semasa menjawab beberapa soalan dari pihak media di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.

Sebelum itu beliau bersama rakan-rakannya telah berucap di masjid Ladang, sebelum beralih ke Dataran Shahbandar dalam himpunan aman membantah kenaikkan harga minyak.

Himpunan di kedua-dua tempat tersebut dihadiri lebih ramai pihak polis yang berpakaian ‘preman’ yang turut ‘standby’ dan bersolat Jumaat di masjid Ladang.//buletinonline.net/images/berita6/amkdemo.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

AMK yang berhimpun hari ini membuat beberapa tuntutan kepada kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri Terengganu antaranya adalah menunutut kerajaan Malaysia menurunkan harga Petrol dan Diesel kerana Malaysia adalah diantara negara pengeluar minyak.

Selain itu AMK mendesak supaya kerajaan negeri Terengganu tidak menarik balik saman tuntutan berkaitan royalti minyak, terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana bimbang pengembalian royalti minyak yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi hak rakyat Terengganu.

//buletinonline.net/images/berita6/amkdemo3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Selepas berucap kira-kira 5 minit di Dataran Shahbandar, polis telah mengarahkan himpunan tersebut bersurai.

Beberapa orang wartawan cuba mengambil kenyataan Cikgu Fariz di kawasan berhampiran namun polis telah memberi amaran keras supaya bersurai dan tidak membenarkan Cikgu Fariz membuat kenyataan akhbar disitu, dan diugut akan ditahan polis sekiranya beliau terus bercakap dan tidak beredar.

Selepas membuat sidang media di sebuah kedai berhadapan dataran Shahbandar, Cikgu Fariz sekali lagi dikelilingi wartawan yang baru tiba dan cuba mendapatkan kenyataan beliau sewaktu berjalan menuju ke empat letak kenderaan.

Ketika beliau menjawab beberapa soalan pihak media disitu, beliau telah ditahan oleh pihak polis dipercayai kerana polis menganggap beliau engkar arahan polis yang menyuruh beliau beredar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: