DEMO PROTES DIAWALKAN 5 JULAI

Demo Protes dipercepat 5 Julai

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan tarikh baru perhimpunan besar-besaran secara aman membantah kenaikan itu di KLCC pada 5 Julai depan iaitu seminggu lebih awal dari tarikh asal 12 Julai.

Penyelaras Protes Dr Hatta Ramli berkata Protes turut mengumumkan sasaran baru sejuta peserta perhimpunan dan ianya dinamakan ‘Perhimpunan Aman Protes Sejuta Rakyat’ di samping menggunakan warna merah sebagai simbol melambangkan kemarahan orang ramai dan bantahan mereka.

“Logo baru demonstrasi besar-besaran itu akan dilancarkan Rabu depan yang menggambarkan ‘simbol kesatuan rakyat’.

“Ianya akan digunakan pada setiap peralatan dan bahan sempena perhimpunan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, Protes juga akan memaklumkan dalam tempoh terdekat laluan-laluan dan tempat-tempat letak kenderaan khususnya rombongan peserta yang datang dari luar Kuala Lumpur yang ingin menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau juga turut menasihati para peserta yang berada di sekitar Lembah Klang untuk menggunakan pengangkutan awam dari tempat masing-masing untuk ke KLCC dan berharap agar pihak polis akan memberi kerjasama menjayakan perhimpunan aman ini.

“Protes ingin menyatakan kesediaan kami untuk berbincang dengan polis bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku,” katanyanya.

Semalam kira-kira 3,000 penyokong pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat menyertai demonstrasi membantah kenaikan minyak yang bermula daripada Masjid Jamek Kampung Baru ke Kompleks Pertama setelah dihalang oleh pihak polis berarak ke Suria KLCC.

Dalam tempoh seminggu kenaikan harga itu, beberapa demonstrasi kecil telah diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. – mks.

Dah hari ini, dijangkakan rakyat dan penduduk sekitar Negeri sembilan hadir dalam himpunan aman sekitar Terminal One, Seremban. – mks.

http://www.harakahdaily.net

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: