ROYALTI DIKEMBALIKAN

Utusan Online pada jam 3.21 petang tadi melaporkan bahawa Pak Lah telah mengumumkan pengembalian royalti petroleum kepada Kerajaan Terengganu. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di Hotel Primula hari ini dalam lawatan kerja beliau.

Pengumuman itu yang memang sudah dijangkakan oleh penganalisis politik tanahair, dibuat pada tarikh yang sama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu(MAMPAT) menganjurkan Konvensyen Royalti Petroleum Terengganu. Konvensyen yang masih lagi berjalan di Dewan Terengganu Equestrian Resort itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk parti-parti politik, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, ahli-ahli akademik dan pelajar universiti.

Sesi petang yang sedang berjalan ialah Forum Rakyat yang membariskan ahli akademik terkemuka seperti Dato’ Paduka Prof. Dr. Mohamad Abu Bakar daripada Universiti  Malaya dan Prof. Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Di sebelah pagi tadi pembentangan kertas kerja telah berjaya dijalankan dan dibentangkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Mohammad Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara dan juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga bekas Pengerusi Petronas.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: