KEMELUT MB DAN ISTANA PERAK

Dipetik dari http://tranungdaily.blogspot.com


‘Mainstream media ‘ tengah galak main isu pertentangan kehendak antara Istana dan pentadbiran negeri Perak. Utusan Malaysia hari ini memaparkan Arahan Istana Perak agar pertukaran Datuk Jamry ditarikbalik. Nampaknya Umno Barisan Nasional sangat bijak main peranan untuk laga2kan istana dengan Pakatan Rakyat agar jadi satu polemik dan seterusnya melemahkan kerajaan negeri Perak yang dipimpin pembangkang sejak Mac lalu.

Aku tak hairan ini berlaku kerana mereka belajar dari peristiwa kemelut jawatan MB di Terengganu. Mereka merasakan bahawa pembangkang amat berjaya dalam melagakan istana dengan Idris Jusoh and the gang walaupun hakikatnya ia terjadi berpunca dari Idris dan Pak Lah sendiri yang tidak mahu kalah terhadap kemahuan Istana Terengganu.

Justeru, aku rasa Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Terengganu kerana Sultan Perak pun antara raja2 melayu yang bijak dan mengambil tahu perjalanan politik negara. Bahkan pemangku raja pun (Raja Nazrin) nampaknya sangat-sangat berhati-hati dalam membuat keputusan bagi pihak istana.
Pakatan Rakyat tidak boleh ambil enteng masalah ini dan seharusnya mencari jalan penyelesaian dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan raja-raja melayu khususnya di Perak untuk menangani masalah sebegini.

Nampaknya akhir2 ini istana sangat berminat untuk terlibat dalam politik tanahair walaupun secara tidak langsung sahaja (tidak terang-terangan) kerana mereka tahu bahawa raja2 melayu hanya sebagai simbol agama Islam dan adat istiadat melayu sahaja. Apa yang berlaku di Terengganu dan Perak merupakan contoh yang baik untuk menggambarkan bahawa institusi diraja masih mempunyai kuasa2 tertentu yang mempengaruhi pentadbiran kerajaan negeri. Di Kelantan umpamanya, orang2 politik dan pegawai tadbir negeri sudah maklum bahawa penyerapan dan pertukaran pegawai tadbir negeri yang menjadi asas pentadbiran negeri sangat berkait rapat dengan istana Kelantan.

Berbalik kepada isu Perak, sebenarnya ia berpunca dari masalah Jawatankuasa masjid yang belum selesai. Aku pun faham dalam keadaan sekarang, MB mungkin ditekan oleh individu2 dalam parti yang inginkan perubahan jawatankuasa masjid disegerakan. Dalam waktu yang sama juga, sudah tentu jawatankuasa lama(rata2nya umno) nak pertahankan jawatan. Ini yang menjadi kemelut sebenar! MB Perak sewajarnya merujuk kepada apa yang pernah berlaku di Terengganu di mana Jawatankuasa Masjid dikekalkan sehinggalah berlakunya pemilihan baru Jawatankuasa Masjid, maka ketika itulah rakyat setempat bertindak memilih ahli qaryah yang benar2 berhak memimpin jawatankuasa masjid masing2. Kalau ahli umno terpilih, redha saja lah. Kalau ahli pas atau Keadilan terpilih , alhamdulillah.

Tak gitu? Apa apa aja lah…

********************************

dppkt: artikel tidak melambangkan pendirian sebenar dppkt. Ia sekadar memaparkan pendapat dari tulisan peribadi blogger terbabit.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: