SEJAUH MANA SURUHANJAYA ANTIRASUAH MAMPU PERGI?

DPPKT menyambut baik keputusan Perdana Menteri untuk menukarkan BPR kepada sebuah suruhanjaya bertujuan untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa badan itu bertindak bebas dalam menangani isu rasuah dalam negara. Kita harap dengan tertubuhnya Suruhanjaya AntiRasuah Malaysia, kes-kes rasuah akan disiasat dan diadili dengan sebaiknya tanpa ada campurtangan politik. Kita juga berharap agar kes rasuah sama ada kecil mahupun besar diselesaikan dengan adil seadil-adilnya.

Cuma menjadi persoalannya ialah sejauh mana Suruhanjaya tersebut bebas dari pelantikan anggota yang benar-benar bebas dari tekanan ahli politik atasan? Sejauh mana juga jaminan kes-kes yang disiasat akan dibawa ke muka pengadilan apabila Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa ia masih perlu merujuk kepada Peguam Negara sama ada kes yang disiasat itu wajar dihadapkan ke mahkamah atau tidak? Justeru, usaha Suruhanjaya akan jadi sia-sia jika kes yang selesai disiasat tidak didakwa di mahkamah sekiranya Jabatan Peguam Negara (yang sudah tentu bukan sebuah badan bebas seperti suruhanjaya tersebut) tidak mahu membawa kes ke mahkamah.

Presiden Pas, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media, menegaskan bahawa;

Bagi PAS sebarang usaha memerangi rasuah mestilah bermula dengan pemerintah yang bersih. Jika parti pemerintah itu sendiri dibebani dengan penyakit rasuah dan mereka pula dipilih melalui amalan rasuah, maka adalah mustahil untuk memberikan kepercayaan kepada mereka ini untuk memerangi rasuah dalam erti kata yang sebenar.

PAS telah berjaya membuktikan corak dan sistem pemerintahan yang bersih dari rasuah di Kelantan, sejak 1990 hingga kini, dan di Terengganu antara tahun 1999-2004. Insyallah kita akan memperkenalkan model yang sama ini, yang kita yakini dapat diterima oleh semua dinegeri-negeri Pakatan Rakyat dalam usaha melahirkan masyarakat dan pentadbiran yang bersih dan bebas dari rasuah.

dppkt: Tunggu dan lihat pelaksanaannya…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: