MOHAMAD SABU DITANGKAP

Sumber berita diambil dari Malaysiakini.

Mohamad Sabu, 9 PAS ditangkap

Apr 16, 08 8:45pm
Naib presiden PAS Mohamad Sabu dan sembilan penyokong parti itu ditahan polis selama dua jam di mahkamah selepas dilepaskan daripada tuduhan menghalang tugas polis.

bersih memo to suhakam 130907 mat sabuSemua mereka yang ditangkap mula jam 1 tengah hari dituduh semula atas dakwaan yang sama, lapor laman web Star Online hari ini.

Mohamad dituduh menghalang Supt Mohd Nasir Salleh menangkapnya di plaza tol Bukit Tambun pada 7.45 malam 9 Disember lalu, manakala sembilan lagi menyekat anggota-anggota polis daripada membawa tokoh pembangkang itu ke balai.

Mereka didakwa bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara maksiumum tiga bulan, atau denda atau kedua-duanya.

Menurut laporan itu lagi, penyokong-penyokong PAS didakwa: Zamarul Aini Abdul Malek, Zairul Azrun Zainal Abidin, Abd Rahim Mat Ariff, Md Lazim Osman, Mohd Biyamin Ishak, (semuanya dari Perak),  Faudzi Saharat (Pulau Pinang) dan Abdul Razak Ramli, Mohd Subri Mohd Said, dan Mohamad Salleh (Kedah).

Mohamad dibebaskan selepas ikat jamin RM3,000 di mahkamah majistret Jawi, Seberang Prai selatan petang tadi. Manakala para penyokongnya dibenarkan ikat jamin RM2,500 setiap seorang.

Menurut Harakahdaily.net pula, kesemua tertuduh diikat jamin oleh bendahari PAS negeri Khalid Man kecuali Mohamad yang dijamin  oleh Hasbullah Shafiee.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan semula kerana terdapat kekurangan bukti di pihak pendakwa dalam kes pertama.

Menurut Faudzi, menurut laporan itu lagi, mereka terpaksa berehat seketika dalam lokap polis sementara menanti penjamin tiba.

Majistret Mohd Izham Ali menetapkan tarikh perbicaraan pada 8 Jun.

Peguam-peguam beka tertuduh: Mohamed Hanipa Maidin, Asmawi Alwi, Aminuddin Zulkifli, Yusnita Mohd Yusuf dan Damina Khaira Darsyan Singh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: