• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    April 2008
    I S R K J S A
    « Mac   Mei »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,380 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

SIAPA DI BELAKANG BABI SELANGOR?

Oleh sripetaling

a
Tidak disangka lansung..harapkan padi,padi makan pagar, rupanya diantara orang yang paling lantang bersuara merupakan dalang dan pemain utama dibelakang projek babi di Selangor. Sungguh memalukan apabila Malaysiakini mendedahkan melalui lidah salah seorang pemimpin MCA yang menyatakan sebenarnya seorang wakil rakyat Umno berada dibelakang isu babi dimana yang terlibat dalam penternakan isu babi di Selangor adalah syarikat bumiputra (Di mana kah nilai agama sykt bumiputra ini yang sanggup menggadaikan prinsip agama semata-mata untuk keuntungan didunia). Jom kita ikuti petikan dari Malaysiakini :

“Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas. Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.”

AllahuAkbar..kebenaran akhirnya terserlah dan kebatilan terhapus…Allahu Akbar!!!

Advertisements

7 Respons

  1. apa yang berlaku kini lagi banyak orang itu menunding jari lagi banyak orang itu yang membuat kesilapan atau kesalahan. Jangan cepat terjebak dengan perkara itu. teruskan usaha memberi kebenaran.

  2. sya harapkan kehidupan aman,entah sampai bilakah boleh dapat.hentikanlah apa apa tuduhan.tumpukan perhatian terhadap perpaduan rakyat .

  3. Demi agama dan bangsa melayu, usah menuding jari dan menyalahkan sesiapa, kita sekarang sudah ada kuasa maka batalkan saja projek tersebut, kalau kena bayar pampasan sekali pun kerajaan baru harus bayar kerana agama tidak boleh dibandingkan atau dinilai dengan wang ringgit, kalau teruskan juga kerajaan baru sama sahaja dengan kerajaan dulu. sanggup menukarkan agama dengan wang ringgit, cakap tak sama dengan bikin.

  4. Saya amat terkilan dengan dengan kenyataan kerajaan baru bahawa isu babi terpaksa diteruskan juga kerana perancangan kerajaan lama, adakah agama islam boleh ditukarkan dengan wang ringgit, saya berkata demikian kerana kalaulah kerajaan baru terpaksa membayar pampasan sekali pun kita kena bayar demi agama dan bangsa dan perjuangan kita selama ini, dimana kita tak akan berkompromi dengan dengan sesiapapun yang mencabar agama islam, begitu juga dengan kilang-kilang arak di selangor. Bila lagi kita nak menegakkan perjuangan kita, Saya tidak rela pemimpin saya bersifat hipokrik dalam berkata-kata, kerana bagi saya, istilah hipokrik adalah munafik dalam agama islam, cuba fikir dan renung kembali kata-kata penceramah kita dalam memperjuangan islam di Malaysia,

  5. INGAT!!!RANZI dan RAMLI dtg dari IP yg sama=202.60.56.245
    ranzi_pkg@yahoo.com | 202.60.56.245
    ramli@yahoo.com | 202.60.56.245

  6. A’kum sdr ibnuabbas. ramli dan ranzi org yg sama bukan isunya. kalau IP sama pun mungkin abang adik. Kalau xnak IP sama, g kat siber kopi pun boleh. Itu bukan isunya. Saya nak sentuh isu babi ni. Nak btulkan kenyataan ramli dan ramzi ni. Betulkan kalau saya C lap. Kita org Islam perlu ingat bhw jika kita merintah org bukan Islam, kita kena jaga kebajikan mreka. Makanannya, tempat ibadatnya, keselamatannya etc. Maknanya kita kena sediakan tempat ke, bajet ke apa ke utk tujuan tersebut. Misalnya diorg kita tahu mmg makan ba alif ba ya, justeru kita kena sediakan tempat, bajet etc utk mereka WP kita org Islam sbb kita pemerintah! .Begitu juga misalnya kalau jumlah mreka dah ramai, tokong yg ada xmuat, kita kena sediakan tokong baru yg lebih selesa utk mereka. Begitu juga mengenai arak. Yg penting apa yg kita sediakan ni dalam kadaan TERKAWAL dan tidak melebih2 hingga menjejaskan org Islam sendiri. Bukanlah mentang2 kita org Islam, kita sekat keperluan org bukan Islam! Saya rasa tak betul tu! Inilah antara kenyataan yg kurang tepat yg boleh menakutkan org bukan Islam. Cuba rujuk TG Nik Aziz dan YB Husham Musa, btul x kenyataan saya ni.

  7. Terima kasih Tuan Sadiq atas pendapat saudara.

    Istilah ‘kena sediakan tokong sekiranya tokong yang ada tak muat’ itu saya tidak bersetuju secara peribadi kerana dalam Islam, kita dilarang bertolong2 dlm perkara dosa dan permusuhan. Allah berfirman yang maksudnya, “Dan bertolong2lah kamu dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan; dan janganlah kamu bertologn2 dalam perkara dosa dan permusuhan.”

    Betul kita kena jaga kebajikan oang2 bukan Islam dlm negeri. Tapi kebajikan macam mana? Ini yg kita kena perhalusi. Membina tokong utk mereka tidak termasuk dlm memberi kebajikan yg dibenarkan dlm Islam, bahkan ia seolah2 satu pengiktirafan kepada aqidah mereka. Ini jelas haram. ‘membenarkan’ dan membina utk mereka merupakan dua perkara yg berbeza. Kerajaan Selangor memberi kelulusan pembinaan ladang babi yg sistematik kerana nak mengatasi masalah alam sekitar dan masyarakat. Sebagaimana di Kelantan, Tok Guru membenarkan Sami Siam membina Patung besar kerana itu hak beragama. Kita menghormati hak itu tetapi kita tidak iktiraf aqidahnya. KIta hormati hak mereka utk makan babi kerana ia makanan mereka tetapi kita tidak menghalalkannya. Sekiranya kita membina utk mereka kandang babi, kilang arak, rumah2 ibadah, ini semua termasuk dlm perkara yg kita sebut sebagai ‘bertolong2 dlm perkara dosa dan permusuhan.”

    Kebajikan yg Islam benarkan seperti orang iSLAM dan bukan islam miskin, semuanya kena tolong tanpa dibeza2kan. rumah kebajikan org2 tua, semua kaum dan agama boleh trima masuk. Bantuan pendidikan, semua kaum dan agama boleh terima kalau layak.

    WALLAHU A’LAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: