• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    April 2008
    I S R K J S A
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 238,721 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

SIAPA DI BELAKANG BABI SELANGOR?

Oleh sripetaling

a
Tidak disangka lansung..harapkan padi,padi makan pagar, rupanya diantara orang yang paling lantang bersuara merupakan dalang dan pemain utama dibelakang projek babi di Selangor. Sungguh memalukan apabila Malaysiakini mendedahkan melalui lidah salah seorang pemimpin MCA yang menyatakan sebenarnya seorang wakil rakyat Umno berada dibelakang isu babi dimana yang terlibat dalam penternakan isu babi di Selangor adalah syarikat bumiputra (Di mana kah nilai agama sykt bumiputra ini yang sanggup menggadaikan prinsip agama semata-mata untuk keuntungan didunia). Jom kita ikuti petikan dari Malaysiakini :

“Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas. Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.”

AllahuAkbar..kebenaran akhirnya terserlah dan kebatilan terhapus…Allahu Akbar!!!

BUMBUNG SEKOLAH MANA LAGI SELEPAS INI?

DPPKT menyambut baik usaha kerajaan negeri Terengganu untuk menyiasat semua sekolah-sekolah yang baru dibina di Terengganu ekoran daripada kejadian bumbung runtuh di Sekolah Menengah Wakaf Tapai. Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu menyatakan demikian ketika dihubungi wartawan kami semalam. ” Kami berharap kejadian tersebut tidak berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Kami juga merasakan pihak kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaan projek-projek pembinaan sekolah di bawah PMC(Peruncing Pengurusan Projek).” Tegas beliau lagi. Beliau juga hairan kenapa sekolah yang belum mendapat CF itu dibenarkan beroperasi oleh pihak berkuasa tempatan. “Kita minta kerajaan negeri membuat siasatan yang terperinci dan telus terhadap semua sekolah yang terlibat dan tidak melindungi mana-mana individu atau kontraktor atau pemaju.” Kata beliau lagi.

Isu PMC merupakan isu lama yang pernah dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam Sidang Dewan Rakyat tahun 2004. PMC ditubuhkan pada 1990 bertujuan untuk meng’efisien’kan pengurusan projek-projek pembangunan di bawah kerajaan, khususnya Jabatan Kerja Raya. Dato’ Seri S.Samy Vellu, menteri kementerian tersebut ketika itu, pernah menyalahkan PMC atas kegagalan menyiapkan projek tepat pada masanya. Dengan adanya PMC, projek-projek yang melibatkan pembinaan sekolah boleh diberi runding terus tanpa melalui sistem tender terbuka.

DPPKT: Harap2 tiada bumbung sekolah runtuh lagi lepas ni.

MB TERENGGANU HOYONG HAYANG, PM BAGAIMANA?

 Utusan Malaysia dipetik: ‘Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman memberitahu, pada masa ini beliau hanya mahu menumpukan perhatian terhadap kerajaan negeri pimpinannya yang baru dibentuk dan pada anggapannya masih belum stabil. “Kerajaan negeri pun tak stabil lagi, baru nak terhoyong-hayang, hendak bertanding macam mana?… setakat ini tak ada keputusan lagi (bertanding),” katanya.’

Kita patut puji Ahmad Said atas sikapnya yang sangat jujur dan berterus terang. Beliau mengakui kedudukannya dan kerajaan negeri Terengganu masih tidak stabil. Ini patut dicontohi oleh Pak Lah dan kerajaan pusat. Pak Lah sekarang ini dalam siri lawatan ke sana ke sini untuk mendapatkan sokongan dari perwakilan Umno negeri-negeri. Terbaru, beliau telah ke Johor dan media arus perdana menggambarkan bahawa Pak Lah mendapat sokongan penuh Umno Johor untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Tun Mahathir terus mengasak beliau agar meletakkan jawatan secepat mungkin sebelum Umno menjadi semakin parah. Apabila ditanya wartawan adakah perlu beliau bertemu dengan Pak Lah. Mahathir dengan sinisnya menjawab tak perlu sebab sudah beberapa kali bertemu sebelum ini, sambil terus mendesak supaya Pak Lah letak jawatan.