• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    April 2008
    I S R K J S A
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 238,721 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

BENARKAN MUALAF MURTAD?

Dato’ Seri Ong Ka Ting dalam satu ucapan beliau menyambut baik Kenyataan Pak Lah untuk mengenakan peraturan baru terhadap orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam. Pak Lah membayangkan peraturan untuk mewajibkan bukan Islam yang berhasrat untuk memeluk Islam supaya memaklumkan dan meminta izin keluarga terlebih dahulu untuk menjadi seorang muslim bagi mengelakkan kekeliruan sekiranya berlaku kematian ,antara Jabatan Agama Islam dan keluarga si mati yang baru memeluk Islam.

Ong Ka Ting pula mencadangkan agar mu’alaf yang ingin kembali ke agama asal mereka dibenarkan tanpa sekatan undang-undang.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali, ketika dihubungi menyatakan kebimbangannya terhadap kebarangkalian berlakunya ketegangan antara umat Islam dan bukan Islam di Malaysia. “Kita sudah sedia maklum bahawa isu ini pernah berlaku dan ianya mengundang perdebatan dan perbahasan yang hangat di kalangan masyarakat Malaysia apabila isu murtad ditimbulkan. Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu meminta agar Dato’ Seri Ong Ka Ting menarik balik kenyataan beliau tersebut dan menyeru agar pemimpin-pemimpin politik tanahair terutamanya Perdana Menteri sendiri lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan media. Pak Lah seorang muslim dan sememangnya beliau lah yang patut lebih sensitif dalam masalah ini dan bertindak membela umat Islam termasuk mu’alaf supaya tidak tergadai aqidah.” Kata Ustaz Kamal ketika diminta mengulas lanjut berkenaan isu tersebut.

“Sepatutnya pemimpin parti pemerintah lebih arif dan lebih bertanggungjawab terhadap keharmonian rakyat Malaysia khususnya apabila ia bersangkut paut dengan Islam sebagai agama persekutuan(rasmi) yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka seharusnya memahami bahawa Islam tidak membenarkan umatnya keluar daripada Islam sewenang-wenangnya dan ia merupakan urusan umat Islam, bukannya urusan orang bukan Islam. Mereka tidak berhak memberi pendapat tentang amalan dan kefahaman umat Islam terhadap isu murtad.” Tambah beliau lagi.

Apabila ditanya berkenaan cadangan untuk mewujudkan peraturan kepada bukan Islam yang ingin memeluk Islam, beliau bersetuju seorang bukan Islam perlu memaklumkan kepada ahli keluarganya bagi mengelakkan masalah timbul sekiranya berlaku kematian. Tetapi beliau tidak bersetuju sekiranya kerajaan mewajibkan untuk meminta keizinan dari ahli keluarga kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama. Akhirnya beliau mengharapkan pihak kerajaan mengkaji semasak-masaknya sebelum apa-apa peraturan dikuatkuasakan.

PRESIDEN PAS BERANSUR SIHAT

Bapa tenang, boleh bercakap

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 61, dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, setelah dipercayai diserang ‘Minor Stroke’ (angin ahmar) ketika berada di rumahnya di Kampung Rusila, Marang, awal pagi semalam.

Ahli Parlimen Marang dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu mengadu mengalami kebas di bahagian dagu kepada anggota keluarganya ketika ingin bersahur untuk menunaikan puasa sunat kira-kira jam 5 pagi sebelum dikejarkan ke hospital pada jam 7.30 pagi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pihak hospital meminta supaya beliau berehat di HSNZ buat sementara waktu sehinggalah pemimpin utama Pas itu didapati benar-benar pulih.

Anak sulung Abdul Hadi, iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi, 31, ketika ditemui di HSNZ memberitahu, bapanya meminta supaya semua anggota dan penyokong Pas tidak ter­lalu bimbang dengan apa yang dihadapi itu kerana keadaan bapanya kini dilaporkan semakin stabil.

“Bapa (Abdul Hadi) berpesan agar semua penyokong tidak perlu risau dengan keadaan dirinya dan berharap semua pihak dapat berdoa kepada Allah agar kesihatannya sembuh secepat mungkin untuk membolehkan beliau terus memberi khidmat kepada parti dan rakyat,” ujarnya.

Menurut Muhammad Khalil, bapanya yang turut mempunyai masalah darah tinggi, baru pertama kali diserang angin ahmar dan sebelum ini beliau pernah menjalani pemeriksaan biasa di Institut Jantung Negara (IJN) dan HSNZ.

“Sehingga kini pihak hospital menyuruh bapa berehat secukupnya dan beliau dijangka dapat keluar dalam tempoh terdekat ini. Bapa juga berada dalam keadaan biasa, normal, tenang dan boleh bercakap,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan sama ada kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang pada setiap hari Jumaat diadakan seperti biasa, Muhammad Khalil berkata perkara itu bergantung kepada keadaan Abdul Hadi sendiri.

“Kalau bapa boleh keluar pada hari ini (semalam), mungkin kuliah tersebut boleh diteruskan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pihak lain yang akan mengambil alih tugas Abdul Hadi buat sementara waktu untuk membolehkah beliau berehat, Muhammad Khalil menjelaskan ia perlu ditanya kepada parti sendiri.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar harian online yang mengatakan bahawa bapanya diserang penyakit jantung, tetapi sebaliknya hanya ‘Minor Stroke.’

Sinar Harian difahamkan, beberapa pemimpin di negeri ini termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said turut melawat Abdul Hadi pada jam 8.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira lima minit sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.