• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    April 2008
    I S R K J S A
    « Mac   Mei »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,380 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI MASUK WAD

Kesihatan Presiden PAS tidak membimbangkan

Harakahdaily
Thu | Apr 10, 08 | 4:31:35 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 10 April (Hrkh) – Ahli dan penyokong PAS diminta bertenang serta tidak bimbang dengan tahap kesihatan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 7.20 pagi tadi setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit stroke dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya.

Harakah dimaklumkan, Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur jam 5.00 pagi tadi dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 31, menafikan laporan media mengatakan Presiden PAS itu dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.

“Kami (keluarga) hendak nafikan ada laporan media hari ini kata Dato� Seri Abdul Hadi masuk hospital kerana serangan jantung.

“Dia (ayah) bukan sakit jantung tetapi ‘stroke ringan’ dan tanda-tanda awal ke arah terkena penyakit stoke (angin ahmar),” ujarnya pada sidang akhbar di HSNZ, hari ini.

Katanya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pihak doktor menunjukkan tekanan darah dan jantung berkeadaan baik dan stabil.

Menurut Khalil, doktor menasihatkan Tuan Guru agar banyak berehat kerana masih berada dalam pengawasannya.

Sehubungan itu, kata beliau ayahnya (Presiden PAS) meminta agar ahli serta para penyokong PAS di seluruh negara bertenang kerana tidak membimbangkan.

“Ayah (Abdul Hadi) pesan kepada semua ahli dan penyokong PAS supaya tidak bimbang dengan tahap kesihatannya dan mendoakan supaya cepat sembuh.

“Dia (ayah) mahu cepat sembuh dan untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Antara pimpinan PAS negeri yang melawat Dato’ Seri Abdul Hadi adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.

Manakala, pimpinan PAS Pusat iaitu Naib Presiden PAS Pusat, Dato’ Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob.

Sebelum itu, Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said turut melawat Presiden PAS itu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Ustaz Hadi perlu berehat dengan cukup dan pihak hospital perlu mengawasi agar dapat menghadkan kunjungan pelawat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: