• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    April 2008
    I S R K J S A
    « Mac   Mei »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,413 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

BAKAL EXCO DIPANGGIL AHMAD SAID HARI INI

Kuala Terengganu, 6 April – Ahmad Said, dijangka membariskan muka-muka baru dalam senarai exco kerajaan Terengganu sekaligus mengenepikan ‘tiga penderhaka besar’ yang menentang pelantikan beliau. Sumber DPPKT hari ini memberitahu sepuluh orang di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka bertemu Menteri Besar  Terengganu bermula awal pagi sehingga lewat petang.

Tiga orang kuat yang digelar ‘tiga penderhaka’ oleh kebanyakan laman web dan blogger iaitu Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam dikatakan tidak tersenarai dalam barisan exco Ahmad Said.

Sepuluh orang ADUN dipanggil hari ini merupakan proses terakhir pemilihan dan barisan Exco Terengganu setelah nama-nama berkenaan dipersetujui oleh Perdana Menteri dan diperkenan oleh Istana Terengganu.

Pada 2 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau berpuas hati dengan senarai barisan exco kerajaan Terengganu yang dikemukakan oleh Ahmad Said dan menyifatkannya sebagai senarai yang bagus.

Dari sepuluh orang yang menghadirkan diri pada hari ini, tiga merupakan bekas Exco yang telah dilantik semasa zaman Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.

Dengan penyenaraian sepuluh ADUN tersebut, Ahmad Said dilihat akan menamatkan ‘dinasti Idris Jusoh’ dari menduduki barisan Exco kerajaan Terengganu.

Selain tidak menyenaraikan Idris Jusoh, Ahmad Said juga menolak bekas Exco dan penyokong kuat Idris, Rosol (Ajil) dan Din Adam (Bukit Besi)

Ahmad Said juga tidak mengambil ADUN yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Idris, Muhamad Pehemi Yusof (Kota Putera) dan Abd Halim Jusoh (Permaisuri) untuk disenaraikan sebagai Exco Terengganu.

Muhamad Pehemi dan Abd Halim pernah disebut-sebut oleh para penyokong Idris akan dilantik sebagai Exco sekiranya Idris menjadi Menteri Besar.

Senarai Lengkap ADUN-ADUN yang dijangka memenuhi kerusi exco adalah seperti dibawah:

1. Dr. Abd Rahman Mokhtar (Kuala Besut)
2. Khazan Che Mat (Batu Rakit)
3. Asha’ari Idris (Langkap)
4. Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu)
5. Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir)
6. Toh Chin Yaw (Bandar)
7. Za’abar Mohamed Adib (Rantau Abang)
8. Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan)
9. Rozi Mamat (Telemong)
10. Mohamad Awang Tera (Chukai)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: