• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    April 2008
    I S R K J S A
    « Mac   Mei »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,078 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

BOIKOT PRODUK BELANDA

DPPKT mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menayangkan filem pendek Fitna yang menggambarkan Islam dan umatnya sebagai pengganas. Filem 15 minit tersebut memetik sebahagian ayat-ayat al Qur’an yang berkait dengan perintah Jihad dan memerangi golongan kuffar, diikuti dengan tayangan visual pengeboman-pengeboman dan keganasan yang dilakukan puak radikal atau militan Islam. Klip video itu juga menayangkan peristiwa 11 September World Trade Centre yang dilanggar oleh kapal terbang. Sehingga kini tiada bukti sahih yang menunjukkan bahawa peristiwa itu dirancang dan dilakukan oleh orang Islam. Jelas menunjukkan bahawa Geert Wilders berniat jahat untuk memburuk-burukkan Islam dan penganutnya di mata dunia.

DPPKT mendesak agar kerajaan Belanda mengharamkan penayangan filem tersebut kerana ia mengundang kemarahan dan ketidakselesaan kepada masyarakat Islam, serta boleh menyebabkan penindasan terhadap umat Islam minoriti yang menetap di negara-negara barat.

DPPKT juga menyeru agar rakyat Terengganu memboikot produk-produk yang datang dari Belanda.

BOIKOT BARANGAN DI BAWAH!!!

belanda.jpg

Advertisements

7 Respons

  1. memang patut kita boikot produk Belanda!! Isu persengketaan agama adalah hal dahulu, sekarang dan hingga akhir zaman yang nombor satu paling sensitif yang dapat menggoncang seluruh umat dunia yang berbilang bangsa dan agama. Laknatlah manusia yang suka memulakan memporak-porandakan keadaan dunia. Islam adalah agama keamanan maka harus hukum orang yang sedemikian dengan cara halus dan terbaik sekali ialah memboikot produk keluaran Belanda sehingga mereka menuntut maaf seikhlas-ikhlasnya cara terbuka kepada seluruh umat di dunia yang pentingkan keamanan dan benci pada keganasan. Allahuakbar!!!!!

  2. Nak boikot biarlah sungguh2. Jgn lepas ada yg isi minyak d Shell lagi, minum dutch lady, pakai sabun dove, dll…..

  3. setuju 100000000000000000000000000000000%%%%%%%%%%%%%!!!!!!!!!!!!!!

  4. Jgn lupa boikot produk yahudi & sekutunya seperti us. Aku dah lama x isi minyak d Shell. Hanya Petronas pilihanku. Barangan keluaran nestle semuanya aku x pakai. nescafe, nestum, milo, dll….semua produk Procter &Gamble, Colgate&Palmolive, Johnson&Johnson, dan byk lagi….

  5. iya, boikot juga sekalian Intel, Google, WordPress dll. Jangan tanggung-tanggung dan setengah hati. Ada andil orang2 Yahudi di semua merk diatas. segera matikan komputer dan kembali ke mesin ketik. Juga segera resign dari tempat kerja yang berkolaborasi dengan negeri barat, amerika dan sebagainya. jangan mau kerja untuk orang kafir. Ayo pakcik.

    STUPID MALAYSIAN.

  6. Setuju dengan ibnuabbas kalau nak boikot biar sungguh-sungguh. Semua produk dari negara yang cerca Islam patut juga diboikot . Tolong keluarkan senarai produk lain yang patut diboikot.

  7. Buat loeboe, biasanya dppkt tidak siarkan mana2 komen yg menggunakan kata2 kesat @ biadab. Tapi kali ini dppkt terpanggil utk menjawab loeboe, dan menjadi panduan kpd org lain. Jangan emosi dlm bertindak. Jaga bahasa, fikir dulu sblm berkata2, sebelum menulis…

    Apabila dppkt kata tgn emosi apabila bertindak, ia terpakai dlm isu boikot produk musuh Islam. Kita harus faham hukum & kaedah fiqh dlm menentukan halal haram sesuatu perkara. Hukum asal bagi jual beli dengan org kafir adalah HARUS. Tapi ia bboleh bertukar menjadi HARAM apabila terbukti syarikat barang yg kita beli tu memang menymubang kepada pembunuhan dan penindasan umat Islam. Fatwa sebegini pernah dikeluarkan oleh Syeikh Yusof Al Qaradhawi dlm usaha melemahkan ekonomi Yahudi Israel. Coca Cola umpamanya memang jelas memperuntukkan bantuan kewangan daripada keuntungan Syarikatnya kepada rejim yahudi Israel.

    Haram berlaku dlm 2 bentuk. satu “lizaatihi”,, dan satu lagi “lighairihi”. Hram lizaatihi contohnya babi. Hramnya kerana dirinya sendiri. Haram lighairihi pula kerana sebab lainnya. Inilah yg kita bincangkan iaitu barang musuh Islam haram dibeli apabila jelas mereka memusuhi kita secara Harbi(perang). Ada juga yg haram kedua2nya seperti Coca Cola itu milik Yahudi Harbi, bahkan ada dakwaan bahawa ia mengandungi sedikit alcohol!!!
    Adapun haram lighairihi itu seperti komputer yg memang sudah kita gunakan, yg ada di pejabat2 dan lain2nya, tak payah lah kita buang, atauy bungkuskan kerana marahkan Yahudi atau musuuh Islam kerana ia merugikan kita. Barang itu tidak haram pada zatnya. LEBIH2 LAGI KALAU SESUATU BARANG ITU TIADA SUBSTITUTE @ ALTERNATIVE LAIN. Itu dah masuk bab DARURAT. Kalau dah darurat, Babi pun jadi harus sebab nak jaga nyyawa….Kapal terbang hak org pergi ke mekkah tu pun milik syarikat yahudi. Tapi kita boleh guna juga sebab mana ada syarikat Islam yg keluarkan Kapalterbang? Jadi, itu juga dah masuk darurat.
    DPPKT hanya pamerkan imej barang2 belanda di atas yg memang ada alternatif utk kita guna brg lain. Bukannya boleh mati kalau tak guna philps, sabun dove, minyak shell…..

    KEDUANYA, sekarang kita bercakap soal BOIKOT BARANG BELANDA. Apa tujuannya? nak mengajar mereka agar sensitif perasaan umat Islam. Nak ajar mereka umat Islam bukan sebagaimana yg digambarkan dlm klip video itu. Bila kita bercakap soal BOIKOT, Maknanya ia bergantung kepada keadaan semasa. Kedutaan Belanda pun dah keluarkan kenyataan bahawa tindakan Geert Marshall itu tidak menggambarkan pendirian Kerajaan Belanda sendiri. Maknanya ia tidak sama macam Israel kita dlm soal DASAR. Jadi Boikot ini akan ditarikbalik apabila si Geert yg jahat itu meminta maaf secara terbuka kepada media antarabangsa, dan menghentikan tayangan vieo klip itu. Soal Boikot ini lebih kepada Tindakan Politik Antarabangsa. Tindakan kita bermakna menandakan kita ada maruah dan pendirian.
    WALLAHU A’LAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: