• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    I S R K J S A
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,380 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KEDAULATAN SULTAN:MUTLAK ATAU TERHAD

daulat-tuanku.gifArtikel di bawah dihantar oleh Prof.Madya Dr. Abdul Rani  bin Shamsudin melalui komen terhadap berita video “10,000 sambut Sultan”, agar dapat dibaca oleh semua pengunjung.

DPPKT menyiarkannya secara tulin tanpa meminda sedikitpun isi artikel ini.

**************************************************

Kedaulatan Tuanku (My Boss): Mutlak atau Terhad?

Budibicara
Alhamdulillah, kemelut perlantikan MB Trengganu `dikira selesai’. Walaupun Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa kuasa perlantikan MB adalah prerogatif (semata-mata hak) Baginda Sultan di negeri-negeri masing-masing, namun ada pihak-pihak yang berpendapat bahawa budibicara (discretion) Baginda Sultan adalah terhad ataupun bersyarat. Perlembagaan Persekutuan menggunakan istilah seperti `pada budibicaranya’ (in his discretion) dan `pada pendapat/ fikiran/ timbangan’ (in his opinion) dan atau pada keputusannya (in his judgment). Istilah serupa juga digunakan dalam perlembagaan negeri Trengganu sebagai contoh. Pun begitu, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Baginda Sultan dalam melantik MB boleh mengenepikan peruntukkan-peruntukkan negeri jika difikirkan perlu. Maka adalah tidak tepat sama sekali, pada pendapat saya, pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa budibicara Baginda Sultan melantik MB adalah budibicara yang bersyarat/ terhad (fettered discretion). Keputusan Baginda hendaklah dikira muktamad dan bukan sesuatu yang mana-mana pihak terkilan mempunyai hak untuk merayu.

Budibicara mutlak (unfettered discretion) bukan sesuatu yang asing dan juga bukan sesuatu yang ditolak oleh sistem undang-undang negara ini. Bahkan, Peguam Negara sendiri memiliki budibicara mutlak sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Federal antara lainnya seperti dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim berkait dengan tafsiran Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan perihal budibicara Peguam Negara dalam hal-hal pendakwaan orang yang kena tuduh. Walaupun Peguam Negara perlu membuat keputusan dengan berhemah, keputusannya samada berhemah atau sebaliknya adalah isu yang berlainan. Mungkin apa yang berhemah pada seorang bukan semestinya pada fikirannya. Apakah beliau mesti membelakangkan apa yang beliau sendiri fikirkan `berhemah’ hanya kerana orang lain berpendapat sebaliknya? Dalam hal ini keputusan Baginda Sultan adalah prerogatif (semata-mata hak) Baginda Sultan sendiri, dan terpulanglah pada fikiran/ timbangan Baginda Sultan untuk memutuskan dengan berhemah. Samada keputusan yang dibuat itu berhemah atau sebaliknya adalah isu berlainan dan adalah pendapat masing-masing.

Begitu juga, walaupun orang yang dilantik Baginda Sultan sebagai MB boleh `digugurkan’ melalui undi tidak percaya oleh Majlis Undangan Negeri, ianya adalah isu berbeza dan tidak berkait dengan kuasa lantikan Baginda Sultan. Walaupun isu undi tidak percaya boleh digunakan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, adalah tidak tepat bahawa MB Trengganu boleh dengan mudah dikenakan dengan undi tidak percaya sepertimana setengah-setengah pengulas-pengulas mengatakan `jatuh seperti nangka masak’ yang membawa maksud bahawa MB yang dilantik harus meletakkan jawatan ekoran undi tak percaya tersebut. Dalam hal ini, undi tak percaya tidak boleh digunakan secara mala fide atau sewenang-wenangnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerana MB di lantik oleh Baginda Sultan sendiri. Dalam melantik MB, Baginda Sultan bukan sahaja perlu menimbangkan bahawa orang yang dilantik itu memperoleh sokongan majoriti, tetapi perlu juga mengambil kira perkara-perkara (sulit dan umum) lain agar MB yang dilantik dapat membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran kepada negeri yang dibawah naungan Baginda Sultan. Jadual 4 – Bahagian 1 Perlembagaan Persekutuan – ikrar/sumpah YDPA (…Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa dan berdiri tetap diatas pemerintahan yang adil dan aman didalam negeri)

Baginda Sultan mempunyai kedudukan yang baik untuk menilai siapa yang paling berwibawa untuk Baginda menyerahkan amanat pentadbiran agar negeri yang dibawah naungannya makmur, aman dan sejahtera. Dengan demikian, budibicara Baginda Sultan adalah sesuatu yang mutlak dan bukan bersifat bersyarat. Seterusnya, adalah sesuatu yang `kelakar’ untuk mengusulkan undi tidak percaya pada sidang pertama mahupun kedua atau ketiga Dewan Undang Negeri sedangkan belum ada lagi bukti bahawa MB yang dilantik itu gagal melaksanakan tugas yang sepatut dipikulnya. Seorang MB perlu diberikan masa yang munasabah baginya menjalankan tugasnya dahulu sebelum apa-apa tindakan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya boleh diambil. Kerana tidak, Baginda Sultan masih berkuasa menolak perletakkan jawatannya atau melantiknya semula kejawatan MB. Maka undi tidak percaya hendaklah disertai dahulu dengan keterangan bahawa MB ternyata tidak cekap dalam hal pentadbiran negeri itu. Usul tidak percaya bukan sesuatu yang boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana Baginda Sultan sendiri yang melantiknya. Secara implikasi, perkenan Baginda Sultan untuk perletakkan jawatannya adalah relevan.

Kedaulatan Raja
Raja berpelembagaan bermaksud tidak lain melainkan bahawa Raja menduduki tempat teratas dalam pemerintahan, dan mana-mana tindakan untuk menghadkan kedudukan ini atau budibicara Baginda Sultan sebenarnya bercanggah dengan tujuan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Perlembagaan tidak boleh dilihat secara literal tanpa melihat secara menyeluruh kuasa-kuasa dan kedudukan Sultan-Sultan di Malaysia. Seseorang Sultan dianggap berdaulat. Dalam institusi kesultanan Melayu, Sultan menduduki tempat tertinggi dalam pemerintahan dan pentadbiran di negeri masing-masing dan ini jelas sebagaimana perkataan seperti `Polis Di Raja Malaysia’, Tentera Di Raja Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia dan banyak lagi. Sultan juga adalah tunggak menyatupadukan rakyat, mengamankan dan memakmurkan negeri, berkuasa dalam segala hal ehwal dalam negeri, agama Islam, peperangan dan hubungan luar negeri. Rakyat mengikut dan menjalankan titah raja dan taat setia sejajar dengan rukun negara Malaysia. Sultan mempunyai cop mohor yang menandakan lambang kuasa dan pengesahan (Public Seal). Perkataan `perkenan’ (assent) Agung atau Sultan dengan sendirinya membawa maksud bahawa terpulanglah kepada Agung dan Sultan-Sultan Negeri-Negeri samada mahu atau tidak perkenankan nasihat atau cadangan-cadangan yang dikemukakan. Dalam hal ini, perkataan-perkataan `Daulat Tuanku’ `istana’, `patik’ dan `Tuanku’ (my boss) itu sendiri perlu difahami dan dihayati maksud sebenarnya.

Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan (PP) menyatakan YDPA adalah Ketua Tertinggi Persekutuan dan mengatasi semua orang didalam Persekutuan; Artikel 36 PP mesti menyimpan dan menggunakan Mohor Awam Persekutuan (Public Seal); Artikel 38 (4) PP menyatakan tiada Undang-undang yang menjejaskan keistimewaan, kedudukan, martabat atau maruah Sultan dan atau Yang DiPertua Negeri boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja – lihat juga Artikel 181 berkenaan dengan kedaulatan kedudukan dan keistemewaan Sultan-Sultan; Artikel 39 (1) Perlembagaan Persekutuan (PP) menyebut kuasa eksekutif terletak pada YDPA. Artikel 40(2) PP menyebut YDPA boleh bertindak mengikut budibicaranya dalam perlantikan Perdana Menteri. Artikel 41 PP – YDPA adalah (shall) Pemerintah Tertinggi Tentera DiRaja Malaysia (armed forces of the Federation); Artikel 137 (1) & (3) Ketua Angkatan Tentera mestilah lantikan YDPA; Artikel 43 (2) PP menyebut bahawa perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa lantikan YDPA seseorang yang pada keputusan YDPA akan memperolehi keyakinan majority ahli-ahli Dewan Rakyat; Artikel 43 (6) – Minister shall take oath of allegiance. Artikel 44 PP, YDPA adalah sebahagian dari komponen Perundangan Persekutuan dan Artikel 66, mana-mana undang-undang yang hendak diluluskan perlu mendapat perkenan YDPA – pindaan pada Artikel 66 (4) & (4A) yang memperuntukkan bahawa perkenan YDPA tidak lagi penting adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP kerana menjejaskan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja; Artikel 45 PP – dalam perlantikan ahli-ahli Senate, mereka hendaklah pada pandangan/pendapat/ timbangan YDPA orang yang berwibawa; Artikel 122(1A) PP perlantikan Ketua-ketua Hakim adalah atas kehendak YDPA (may appoint .. for such period of time as he may specify any person who has held high judicial office in Malaysia…). Artikel 125 PP, pemecatan seorang hakim adalah atas kehendak YDPA (may on the recommendation of the tribunal remove the judge from office); Artikel 140(4) PP, jawatan Ketua Turus Polis hendaklah dibuat oleh YDPA atas saranan/cadangan Suruhanjaya Angkatan Polis; Artikel 141A, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dilantik oleh YDPA setelah mengambil kira nasihat PM dan setelah mendapat nasihat Majlis Raja-Raja; Artikel 145 PP, YDPA yang melantik Peguam Turus Persekutuan. Artikel 145(2) & (5), YDPA adalah Tuan kepada Peguam Turus Persekutuan dan boleh mengarahkannya dimana jawatan Peguam Turus Persekutuan itu sendiri adalah mengikut kehendak hati YDPA (during the pleasure of the YDPA); Artikel 150, kuasa mengistiharkan darurat adalah kuasa YDPA jika dia berpuashati untuk berbuat demikian dan tidak boleh dicabar langsung; Artikel 153 PP, tanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu, pribumi (Sabah & Sarawak) dan kepentingan-kepentingan yang berasas (legitimate) mana-mana kaum adalah tugas YDPA;

Dalam Jadual 8 PP, Sultan dan atau Yang Dipertua melantik Menter Besar mengikut budibicaranya (act in his discretion), pada keputusannya (in his judgment), dan atau pada pendapat/ timbangan/fikirannya (in his opinion) – ahli-ahli Majlis Executive memegang jawatan atas kehendak hati (at the Ruler’s pleasure). Sultan juga boleh prorogue atau bubarkan Majlis Perundangan. Undang-Undang Negeri hendaklah mendapat perkenan Sultan. Seksyen 11 (2B) Jadual ini adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP Perlembagaan kerana pindaan ini menjejaskan kedudukan Sultan – iaitu kuasa perkenanya antara lain.

Hendaklah bertindak atas nasihat (to act on the advise) hanya sekadar mengambil tindakan setelah mendapat nasihat bukannya terikat dengan nasihat (To act on the advice does not mean to be bound by the advice). Namun setelah mendapat nasihat, YDPA, hendaklah mengambil tindakan (follow up) berikutan nasihat tersebut. Maksudnya, selagi belum mendapat nasihat, YDPA tidak berkewajipan untuk membuat apa-apa tindakan, namum ianya tidak bermaksud bahawa selepas nasihat diberi atau rujukan dibuat, YDPA semestinya terikat dengan nasihat tersebut, hanya perlu mengambil tindakan (to take action) atas nasihat tersebut. Apa tindakan YDPA atas nasihat tersebut adalah ketetapannya atau urusannya. Dalam hal ini, pindaan pada Artikel 40(1A) dan Jadual 8 Seksyen 11 (2B) Jadual adalah ultra vires Perlembagaan Artikel 36 & 38(4) PP.

Malahan Sultan-Sultan Malaysia tidak boleh disamakan dengan mana-mana Rajapun di dunia ini termasuk United Kingdom. DiMalaysia, bukan satu tetapi terdapat sembilan Sultan, dan seorang yang DiPertuan Agung secara bergilir-gilir dikalangan mereka. Kedudukan Raja-Raja diMalaysia amatlah unik. Raja-Raja di Malaysia selepas merdeka dari pemerintahan inggeris bukan lagi sekadar `pengecop’ sepertimana semasa penjajahan Inggeris dimana Sultan-Sultan perlu bertindak atas nasihat (shall act on the advice) Residen British yang merupakan wakil kepada Raja DiEngland. Berbanding Residen British, MB adalah orang lantikan Sultan dan berkhidmat untuk dan dibawah Sultan. Tentunya orang yang Baginda Sultan akan lantik sebagai MB wajarlah pada fikiran/timbangan Baginda Sultan dikalangan orang yang mendapat kepercayaan Baginda Sultan bagi tujuan pentadbiran negeri yang dibawah naungannya. Untuk mengatakan bahawa Baginda Sultan terikat dengan nasihat mana-mana orang atau MB yang Baginda Sultan mempunyai prerogative melantik, pada pendapat saya memang tidak sejajar dengan perkara-perkara seperti `Daulat Tuanku’, `Istana’ dan `perkenannya’. Dengan demikian, keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong sepenuhnya pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru adalah sesuatu yang amat di alu- alukan dan teladan yang baik kepada Melayu dan bukan Melayu di Malaysia .

KESALAHAN TERHADAP KEDAULATAN YDPA DIBAWAH KANUN KESEKSAAN (BAB V1)
PENAL CODE CHAPTER VI
OF OFFENCES AGAINST THE STATE

121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.
121A. Offences against the Yang di-Pertuan Agong’s person.
Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.
121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
121D. Intentional omission to give information of offences against sections 121, 121A, 121B or 121C by a person bound to inform.
Whoever knowing or having reason to believe that any offence punishable under sections 121, 121A, 121B or 121C has been committed intentionally omits to give any information respecting that offence, which he is legally bound to give, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years or with fine or with both.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 UIAM

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: