BUKTI KASIHKAN SULTAN, BENCIKAN IDRIS

29 Mac, Kuala Terengganu-Rakyat Terengganu seawal jam 7.30 pagi sudah mula berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Lalulintas pula sudah mulai sesak sejak jam 8 pagi. Kereta-kereta dihiasi dengan riben kuning kelihatan di mana-mana.

luarbiasa1.gifMenjelang jam 9 pagi, perkarangan Lapangan Terbang sudah dibanjiri orang ramai yang datang dari seluruh pelusuk Terengganu, dan mungkin juga dari Kelantan dan Pahang berdasarkan kepada plet kereta yang hadir.

Suasana rakyat ketika menunggu ketibaan Tuanku Sultan sedikit kecoh apabila wanita bertudung merah melalui kawasan lapangan terbang, disorak oleh orangramai. Kain-kain rentang dipegang dengan penuh sabar dan setia oleh rakyat. Antara yang sempat dibaca, “DAULAT TUANKU, PATIK MENJUNJUNG KASIH DAN BERDIRI TEGUH DI BELAKANG TUANKU”. Di hujung kain-kain rentang yang banyak itu pula tercatat nama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam perhimpunan tersebut antaranya, Yayasan Amal Malaysia, Persatuan Ulama’ Malaysia, Nisa’, Khairunnisa'(Persatuan isteri dan bekas isteri wakil rakyat), Alumni Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin Ladang, Alumni Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Alumni Sekolah Menengah Tengku Bariah, Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu, Care Circle Services, Persatuan Pengusaha Taska&Tadika Terengganu(PENGASUH), Persatuan Peniaga Pasar Borong Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga Pasar Malam, Persatuan Penternak, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, beberapa ngo lain yang tidak sempat dirakamkan.  Berdasarkan kepada tinjauan wartawan kami, kira-kira 15 ribu rakyat hadir pada perhimpunan bersejarah tersebut.mampat.jpg

Setelah hampir 2 jam menunggu, akhirnya pesawat yang membawa Sultan Terengganu mendarat kira-kira jam 9.50 pagi. Tuanku As Sultan dikhabarkan mengambil masa bertemu dengan kaum kerabat Istana, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta ahli-ahli politik di Bilik VVIP. Sebelum berlepas ke Lembah Bidong, Tuanku As Sultan dan rakyat berdoa selamat.

Tuanku keluar dari Lapangan Terbang kira-kira jam 10.48 pagi, disambut dengan laungan “DAULAT TUANKU”, “HIDUP SULTAN”, “ALLAHU AKBAR”. Tuanku Sultan memperlahankan kenderaan agar dapat melihat dan melambaikan tangan kepada rakyat di tepi-tepi sepanjang jalan. Ada rakyat yang sempat melihat Tuanku Sultan melaungkan Allahu Akbar dari kereta baginda dengan nada perlahan.

Dalam pada itu, rakan-rakan yang berada di dalam Balai Ketibaan memaklumkan ada beberapa Adun Umno Barisan Nasional juga hadir menyambut baginda Sultan. Antara yang sempat dilihat kelibatnya ialah Dato’ Rosul Wahid(Adun Kijal yang juga Setiausaha Badan perhubungan Umno Negeri), dan Ramli Nuh (Adun Tepoh). Terdengar juga suara-suara rakyat yang berbual-bual ,mencadangkan agar halau keluar penderhaka-penderhaka dari Lapangan Terbang sebelum Tuanku Sultan berangkat tiba.

Diberitakan bahawa program perhimpunan menyambut Tuanku ini asalnya dianjurkan oleh Mampat(ajlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) iaitu suatu gabungan ngo=ngo dalam negeri Terengganu, tiba-tiba diwarwarkan oleh orang-orang Umno sebagai program anjuran mereka. Pengerusi Mampat, Encik Mohd Fauzi Abu Samah menegaskan bahawa program yang dianjurkan tiada kaitan dengan mana-mana parti politik sama ada dari umno mahu pun pas. “Kami mewakili rakyat negeri Terengganu yang prihatin terhadap isu-isu semasa tanahair, yang sayangkan Tuanku Sultan sebagai Penaung agama Islam dan rakyat.”

Sebelum ini, Mampat membuat laporan polis di atas kebiadapan bahasa penyokong Dato’ Seri Idris Jusoh yang mengangkat kain rentang berbunyi, KAMI NAK IDRIS , NATANG”(BINATANG). Mampat juga melancarkan kempen kutipan tandatangan sebagai sokongan kepada Sultan, serta mengadakan Majlis Munajat dengan bersolat hajat yang diimamkan oleh Dato’ Syeikh Ismail Mohamad al Hafiz, Imam Besar Masjid Negara pada 27 Mac yang lalu di Masjid Tengku Tengah Zaharah(Masjid Terapung) yang dihadiri oleh 2000 rakyat Terengganu.

Advertisements

3 Respons

  1. Tindakan segelintir ahli UMNO membantah secara terang-terangan melalui media massa jelas tidak mencerminkan sifat seorang pemimpin rakyat serta pembela bangsa.

  2. Bagaimana pula halnya yang berlaku kat Perak tu, heboh duk perkata si Nizar tu Derhaka? Patutnya si Nizar tu ikutlah contoh Terengganu dan Perlis, Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku. Jangan pulak bila tengok plet kereta ND (Nizar Derhaka), NP (Nizar Penderhaka), PP (Pas Penderhaka), PD (Pas Derhaka), DAP (Derhaka Amalan Parti), PAS ( Penderhakaan Amal Sentiasa). Maaflah, harap buang yang keruh ambillah yang jernih.

  3. tempahlah t-shirt labuh@biasa disini..sgt murah dan berkualiti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: