GELARAN DATO’ SERI DILUCUT?

DPPKT menerima sms semalam(26 Mac) dari seorang rakan yang menyatakan bahawa Idris Jusoh, Rosul Wahid dan Din Adam dilucutkan gelaran Dato’ oleh pihak istana. Kami tidak dapat mempastikan kesahihan berita tersebut. Tetapi nampaknya khabar angin itu telah disebarkan meluas termasuklah laman web http://www.malaysia-today.net Harap-harap ada ‘orang-orang istana’ yang persahkan khabar tersebut agar rakyat tahu cerita yang tepat.

Yang pasti, Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin akan berangkat pulang ke Terengganu pada 29 Mac, Sabtu ini dan insyaAllah akan disambut oleh ribuan rakyat Terengganu yang datang untuk menyatakan sokongan terhadap DYMM Tuanku.

DPPKT terima berita sebentar tadi menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pun baru sahaja mengarahkan semua pegawai dan kakitangan menyambut Tuanku Sultan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 9 pagi Sabtu ini. Mungkin banyak persoalan akan terjawab apabila sekembalinya Tuanku Sultan. Tuanku dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur semula pada 30 Mac jam 11 pagi keesokan harinya.

DPPKT menyeru semua rakyat Terengganu yang berkelapangan hadir sama di lapangan terbang Sultan Mahmud Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan dokongan terhadap Tuanku As Sultan dan institusi raja-raja Melayu.

DPPKT: BERSATULAH RAKYAT TERENGGANU DI BAWAH NAUNGAN PAYUNG TUANKU SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH. DAULAT TUANKU.

ALLAHU AKBAR!!!

Advertisements

2 Respons

  1. nothing to be proud of being conferred a datukship.dunia siber tidak pandang pada datuk,tan sri dll.cuma rakyat mal;aysia yg mempunyai sultan yg paling banyak berbangga dgn darjah kebesaran itu.

  2. mmg tul 2.ape yang ada pd glran kan?ble dh mngl nti saat dibacakan talkin bkn disebut pun pangkat2 kita kat dunia ni. yang penting amalan2 yang akan kita bawa ‘ke sana’..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: