• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,663 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

AHMAD TERLUCUT KEAHLIAN UMNO

Daripada Malaysiakini.com

kemaskini 11:30pm Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, di Istana Tamu, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

Arahan larangan tersebut dikeluarkan oleh Umno dan BN melalui setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor malam tadi, beberapa jam selepas pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, Ahmad tidak berhak berbuat demikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

Tengku Adnan mengingatkan Ahmad bahawa Adun itu akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan “menanggung akibat” jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

Surat rasmi

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.

Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.

Menurut Rosol lagi, pagi tadi, beliau mewakili 23 Adun BN telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.

Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu  Presiden Umno.

Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.

Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: “Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri”.

 

Advertisements

6 Respons

  1. teruskan mat said…mgkin terbaik bgabung dgn pmbakang…

  2. Gila kuasa apa si idris jusoh ni?

  3. bkn idris yang gila kuasa tapi mat said tue yg gila kuasa…kerana dia,terengganu jadi huru-hara…cuba kalau dia tak buat mcm tue,tak jadi macam hari nie….biar ar idris jusoh tak jadi mb pun tapi jangan mat said yang jadi MB…sedap sangat kate keburukan wakil2 rakyat lain,tapi mat said tu pun same jgak…

  4. tak tahulah i , apa nak jadi dengan politik skrag. dulu memang minat gile nak join puteri, nak perjuangkan hak kita kuasa melayu, tolong orang susah, orang melayu. tapi bila tgk orang atas, tengah, bawah, pengawai pun sama, buat duit, kerah kerja orang tapi rembat duit orang. budget Rm1k claim kat jab tapi bagi kita sikit je. memang benci, tapi percayalah orang macamni hidup bawah ketiak orang, bolot duit cara tak halal, balasannya sekejap je.

  5. Dunia,dunia….! Dah nak kiamat pun. Masing-masing dah bercakaran merebut kuasa.Kuasa PM dah lebih besar dari daulat Sultan Negeri,kan lebih baik gubal je dasar perundangan baru biar perlantikan sultan juga dibuat melalui undi kalau PM pun dah tak tahu nak respect daulat raja-raja. Rakyat Trengganu pun dah tak nampak siapa sebenarnya yang ‘memayungi’ istiadat negeri sejak berzaman.Sekarang ni ‘kuasa’ PM ke atau Sultan yang lebih berhak ke atas bidang kuasa melantik MB di dalam negeri ? Kenapa begitu tergamak rakyat Trengganu bersekongkol dalam isu politik yang entah apa-apa sehingga sanggup membelakangkan titah Sultan?
    Ahhhh…! Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Makin pening di buatnya.Tension!

  6. apelah org cam said tu leh jadi M.b ganu, dah la dalam DUN negeri T’ganu pun ajak wakil dari wakaf mempelam gaduh, takde profesionalisme langsung, buat said, jgn perasan nk jadi MB ganu, buat Idris sabar dan tawakal, ade hikmah disebaliknye tu, buat tok guru hj hadi, 5 tahun lagi ambil ganu, TAKBIR!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: