• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,663 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

UMNO : TIDAK AMAN, TIDAK SELAMAT DAN TIDAK MAKMUR

    Masyarakat Terengganu masih lagi segar dalam bualan harian mereka berkaitan hal Pilihanraya Umum baru-baru ini.  Melihatkan perkembangan semasa di Terengganu, lahir dalam benak penyokong-penyokong UMNO rasa kesal mereka kerana menyumbang kepada kemenangan BN di Terengganu.

    Rasa kesal kerana tertinggal dengan kebangkitan rakyat terutama di Pantai Barat dan yang kedua kerana kelemahan pucuk pimpinan mereka, Pak Lah dan Idris Jusoh.

    Sungguh pelik jika kita amati bahawa segala portfolio dalam pentadbiran negara telah diisi dan akan memulakan tugas mereka sedangkan ketua bagi sebuah negeri dalam negara masih belum ada.  Apatah lagi portfolio pentadbiran dalam negeri itu sendiri masih tiada gambaran.

    Situasi ini telah memecahkan perihal sebenar UMNO sebagai sebuah organisasi yang dipenuhi dengan orang-orang yang tamak kuasa.  Ia juga mendedahkan kepada umum bahawa UMNO bukan memperjuangkan nasib orang melayu malah lebih kepada politik untuk harta kekayaan kroni masing-masing.

    Jika sekutu utama mereka seperti MCA dan MIC sedang memperkasakan organisasi dalaman dan menumpukan kepada mengembalikan sokongan rakyat, UMNO pula masih lagi dengan topik merebut kuasa.  Maka tidak hairan jika Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha UMNO meletak jawatan kerana tiada beliau dalam senarai kabinet Malaysia.  Selepas ini ramai lagi yang akan mengikut jejak beliau.

    Sementara di Terengganu, melalui cakap-cakap orang ramai bahawa ketiadaan Menteri Besar hingga kini adalah kerana pihak istana tidak perkenan akan nama yang dicalonkan untuk jawatan itu.  Walaupun pihak media mengatakan bahawa perlantikan MB bukan bidang kuasa istana, bagaimana pula rakyat mendapat maklumat sedemikian?  Perlantikan MB Perlis telah memberi gambaran jelas apabila dua MB dilantik dan salah satunya adalah mendapat perkenan istana manakala satu lagi adalah pilihan Perdana Menteri.

    Daripada analisis pemerhati politik, kedudukan BN sebagai pemerintah tidak akan kekal lama.  Ia ditambah dengan keutuhan pakatan pembangkang sebagai kerajaan menunggu untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: