• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,663 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KHIR TOYO PULA LETAK JAWATAN

Dari Malaysiakini.com

kemaskini 10:15pm Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno dan BN negeri – peletakan jawatan pemimpin kanan kedua dalam sehari selepas Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan setiausaha agung Umno dan BN pagi tadi.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Mohd Khir berkata beliau mengambil keputusan itu sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran calon Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

“Jika keputusan (letak jawatan) ini lambat dibuat, pelbagai masalah akan berlaku, termasuk parti kita akan berpecah,” katanya, sambil menegaskan sekarang bukanlah masa Umno berpecah.

“Saya lihat sekarang telah ada sikap saling salah-menyalah antara satu (pemimpin) sama lain. Saya melepaskan jawatan ini kerana rasa perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti…

“(Keputusan) ini baik untuk (Umno) Selangor.”

Jawatannya itu akan diambil alih oleh ketua penerangan Umno,  dan juga bekas menteri besar, senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

“Saya berharap ahli Umno akan menyokong kepemimpinan baru,” katanya.

“Saya akan terus menyokong Tan Sri (Muhammad) … saya bersama Tan Sri akan turun ke bawah.”

Pengumuman mengejutkan itu dibuat kira-kira 9 malam ini sebelum kedua-duanya menyertai mesyuarat badan perhubungan Umno negeri di Shah Alam.

Ura-ura peletakan jawatan Mohd Khir bermula lewat petang tadi.

BN gagal mempertahankan Selangor apabila mendapat 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Negeri itu kini ditadbir pakatan tiga parti pembangkang yang diketuai menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mohd Khir juga berkata, beliau telah berbincang dengan presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sebelum mengambil keputusan tersebut.

Abdullah bersetuju dengan keputusan tersebut, tambah Mohd Khir.

Peletakan jawatan itu tidak disebabkan oleh tekanan pihak-pihak lain, katanya.

Mohd Khir berkata Umno akan merampas semula Selangor dan bedah siasat punca kekalahan mengejut itu sedang dijalankan.

Pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Radzi – yang tidak dilantik semula ke kabinet – meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung Umno dan BN berkuatkuasa serta-merta.

Beliau memberikan alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan akibat tidak terpilih sebagai anggota kabinet.

“Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja.

“Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet. Jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai setiausaha agung … saya tak boleh kerja,” katanya.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: