• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,271 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

MUHASABAH KEKALAHAN ABANG MAT DI P36

mohamad-sabu.jpg

Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini menyaksikan Naib Presiden Pas Mohamad Sabu bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, mencabar Dato’ Razali Ismail penyandang kerusi tersebut dalam Pilihanraya Umum 2004 yang lalu. Senario Politik Kuala Terengganu menjadi lebih meriah apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu juga ditandingi oleh seorang nenek tua berusia 89 tahun yang bukan sahaja mengejutkan dunia politik tanahair bahkan politik dunia!

Kekalahan Abang Mat kepada Dato’ Razali Ismail yang asalnya dikatakan akan bertanding di Hulu Terengganu kerana ingin membeli laluan kepada Dato’ Wan Farid Wan Salleh(berangan nak jadi Menteri Besar), sebenarnya disebabkan beberapa faktor.

ORANG LUAR

Umno BN bijak main isu Mat Sabu orang luar. Padahnya bermula apabila pemuda2 penyokong pas yang tak tahan menunggu bahan kain rentang PRU12, bertindak memasang kain2 rentang lama PRU11 2004 dahulu. Antara kain rentang yang dipasang berbunyi, “TERENGGANU KITE, HOK KITE”. Saraf Umno BN dengan mudahnya keluarkan banner yang berbunyi, “TERENGGANU KITE, HOK KITE, MAT SABU HOK SAPE? TOLAK ORANG LUAR” dan banner yang seumpamanya. Senjata lama makan tuan!

Ada yang merasakan isu orang luar merupakan isu kecil. Tapi apabila melihat keputusan PRU12, undi2 di dun2 dlm Kuala Terengganu menunjukkan bahawa memang isu tersebut memberi kesan yang besar dalam mengalahkan Mat Sabu. Bayangkan rakyat sanggup mengundi Dr. Syed Azman untuk dun Batu Burok dengan melupakan si puteri ayu Nordiana, dengan undi sebanyak 1160 majoriti tetapi mereka meninggalkan Mat Sabu di belakang dengan kalah 47 undi. Kebarangkalian besar yang boleh dibuat ialah orang yang sama tidak mengundi Abang Mat Sabu untuk Parlimen, sebaliknya memilih Dato’ Razali yang kontroversi dengan gambar ‘superimpose’ katanya, sedang menuang arak dalam satu majlis.

UNDI POS

Di Ladang pula, sebelum datang undi pos, PAS mendahului sebanyak 728 undi, tetapi dengan undi pos sebanyak 901 keseluruhannya, Dato’ Tengku Hasan hanya memenangi kerusi Ladang dengan tipis 31 undi. Ini bermakna undi pos amat berperanan dalam menentukan menang kalah seseorang calon.

Manakala di Wakaf Mempelam, Undi Parlimen menang sebanyak 1211 undi dalam keadaan undi dun sebanyak 2193, ia masih tidak mampu nak mengambus kekalahan yang banyak di Bandar, Ladang dan Batu Burok. Walaupun menang, jika dibandingkan dengan undi 2004, Beza antara majoriti 2004 dan 2008 ialah sebanyak 449 undi di Wakaf Mempelam.

Begitu juga bagi dun Batu Burok, pada tahun 2004, undi untuk parlimen menang sebanyak 436 tetapi kalah pada 2008 sebanyak 47 undi.

Secara ringkasnya, undi untuk parlimen Kuala Terengganu di semua dun meningkat termasuklah di dun Bandar yang kalah kepada calon MCA/BN Toh Chin Yaw dengan majoriti sebanyak 201, yang BN menang majoriti 2705 pada 2004. Ini bermakna majoritinya berkurang sebanyak 2504 di dun Bandar bagi undi Parlimen!!

PENGUNDI HANTU

Peristiwa kekecohan di Kuala Ibai pada 7 Mac 2008 menjadi antara petunjuk bahawa wujudnya pengundi hantu. Maklumat awal telah diberitahu kepada pimpinan Pas oleh sesetengah pemandu yang membawa pengundi hantu dari pantai barat. Tetapi Umno BN bijak mengatur strategi dengan mencampuradukkan antara pengundi hantu dengan siswa siswi IPTA yang naik bas tersebut secara percuma, kemudian dijanjikan dengan wang beberapa ratus ringgit. Ini didedahkan sendiri oleh pelajar yang menaiki bas tersebut. Seorang pelajar yang baru sahaja keluar dari Wisma Darul Iman(tempat bas turunkan pelajar) memberitahu bahawa sepatutnya ada program yang akan diadakan di Wisma Darul Iman tetapi dibatalkan dengan sebab-sebab tertentu. Ada pelajar yang mengaku bahawa memang tujuan mereka dibawa ke Wisma Darul Iman untuk di’brainwash’ oleh Umno BN agar mengundi mereka.

Pemuda-pemuda yang terlibat dalam penahanan bas pada hari itu juga mendakwa bahawa memang ada warga asing seperti indonesia, apabila mereka ditanya, ada yang menjawab hendak ke Wisma Darul Iman, ada yang menjawab tauke arah datang ke Terengganu. Sehinggakan pemandu bas sendiri pun mengakui ada sejumlah 300 bas yang dirancang bawa pengundi ke Terengganu dan yang ditahan pada hari itu merupakan sebahagian daripadanya.

Petugas Pas UPU Tok Ku bagi dun Bandar mendakwa ada alamat rumah orang melayu yang digunakan sebagai alamat beberapa orang pengundi cina. Ini tidak lain tidak bukan bukti pengundi hantu cina berselindung di sebalik rumah-rumah Melayu BN.

Ada juga dakwaan petugas-petugas yang memerhatikan keluar masuk pengundi, bahawa ada individu tertentu yang mengundi lebih dari sekali kerana dilihat di beberapa pusat mengundi pada 8 Mac lalu. Plet-plet kereta pengundi umno BN yang mencurigakan dicatat dan diedarkan melalui sms kepada petugas-petugas di pusat mengundi masing-masing untuk kenalpasti pengundi hantu. Satu kes di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, seorang lelaki tua berusia lebih kurang 55 tahun menaiki kancil yang ditutup plet keretanya. Lalu apabila ditanya oleh beberapa orang pemuda pas, beliau menjawab kereta baru sahaja dibasuh(jawapan yang tak logik). Apabila ada orang lain yang bertanya, beliau menukar jawapannya kepada “anak main”(juga jawapan yang tidak logik). Apabila ada lagi yang bertanya, beliau menjawab, “angin”. Niatnya untuk memasuki ke pusat mengundi tidak diteruskan kerana bimbang keselamatan diri barangkali, lalu beliau melintas seberang jalan menuju ke Markaz Umno BN. Inilah antara senario tanda-tanda wujudnya pengundi hantu.

Peratus keluar mengundi bagi Terengganu adalah 84.97 % dan ia termasuk dalam negeri-negeri yang peratus mengundinya tinggi. Negeri-negeri yang dimenangi Barisan Alternatif seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor mencatat peratus keluar mengundi yang rendah iaitu bawah 80%. Selangor 77.15%, Perak 72.95%, manakala Pulau Pinang 78.51% .  Maka peratus keluar mengundi ini juga merupakan petunjuk tidak langsung terhadap kewujudan pengundi hantu.

KESIMPULAN 

Berdasarkan kepada analisa ringkas di atas, Parlimen Kuala Terengganu sebenarnya sudah dimenangi oleh Calon Pas Mohamad bin Sabu sekiranya tiga perkara penting diterimapakai oleh SPR iaitu celup jari dalam dakwat, tiada undi pos, dan tiada pengundi hantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: