• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2008
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 231,663 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

ANTARA IDRIS DAN AHMAD SAID

Merujuk kepada tulisan sebelum ini, CALON YANG DIGUGUR TIADA HARAPAN LAGI, telahan Idris Jusoh mengenai situasi yang melanda sekarang amat tepat. Awal-awal lagi beliau telah menggugurkan nama-nama yang berpotensi untuk menjadi Menteri Besar seperti Dr. Latif, Che Mat Jusoh, Rahman Bakar dan Tengku Putera. Begitu juga dengan Razali Ismail yang kekal di Parlimen serta Nasir Ibrahim Fikri dan Datuk Jidin yang dinaikkan ke Parlimen.

Yang tinggal untuk dinaikkan sebagai Menteri Besar hanyalah anak-anak didik beliau yang pasti tidak akan menderhakainya. Rosol Wahid, Din Adam dan Rozi Mamat adalah kroni Idris Jusoh yang disebut bakal Menteri Besar baru. Maka kepentingan beliau di Terengganu masih terpelihara.

Ada juga sumber mengatakan ADUN lain yang mungkin dinaikkan sebagai Menteri Besar seperti Datuk Awang Tera (Chukai) dan Datuk Abdul Rahin (Teluk Pasu) yang merupakan orang lama dalam politik UMNO Terengganu. Namun melihatkan majoriti yang amat tipis dimenangi oleh kedua-duanya, pasti akan menambah kegoyahan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan kerajaan negeri. Untuk makluman, Datuk Awang Tera hanya menang 769 undi manakala Datuk Abdul Rahin hanya 462 undi majoriti.

Oleh itu, kedudukan Idris Jusoh masih utuh. Namun yang menjadi kebimbangan ialah seorang lagi yang mungkin dinaikkan sebagai Menteri Besar iaitu Datuk Ahmad Said (Kijal). Berdasarkan sumber rapat UMNO, Datuk Ahmad Said bukanlah calon pilihan Idris Jusoh kerana boleh menggugat kedudukan beliau. Tetapi atas desakan, akhirnya Datuk Ahmad Said dipilih juga untuk bertanding dan beliau menang di Kijal dengan majoriti 3157 undi.

Kini, jawatan Menteri Besar Terengganu menjadi rebutan antara Idris Jusoh dan Ahmad Said. Walaupun dalam heiraki UMNO Terengganu, seorang lagi ADUN yang ada iaitu Rosol Wahid (Setiausaha UMNO Negeri) tetapi melihatkan perwatakan dan kelayakan beliau, masih lagi belum layak mengisi jawatan tertinggi negeri. Rosol Wahid yang juga orang kanan Idris Jusoh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mengundi BN akan dapat pahala.

Setelah ketinggalan dalam arus revolusi rakyat dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini, rakyat Terengganu terus dihimpit dalam kancah perebutan kuasa pemimpin BN. Ini belum lagi memasuki episod perlantikan exco setelah barisan ADUN BN yang menang kebanyakan dengan majoriti tipis dan tumbangnya nama-nama besar seperti Dato’ Wan Hisham dan Senator Nordiana

Senarai ADUN BN yang menang bawah 1000 undi majoriti:

  1. Mohamad Ariffin Abdullah (Paka) – 344 undi
  2. Muhammad Ramli Nuh (Tepuh) – 430 undi
  3. Datuk Abdul Rahin (Teluk Pasu) – 462 undi
  4. Datuk Awang Tera (Chukai) – 769 undi
  5. Datuk Za’abar (Rantau Abang) – 790 undi
  6. Alias Abdullah (Alor Limbat) – 799 undi
  7. Ramlan Ali (Jabi) – 804 undi
  8. Yahya Khatib (Pengkalan Berangan) – 930 undi
Advertisements

6 Respons

  1. Media asyik kecoh pasal perak…
    Terengganu tak sentuh langsung
    padahal lagi teruk situasinya…ni kerajaan selesa BN, bukan kerajaan campuran

  2. untuk negeri terengganu, pihak istana atau pembangkang jangan campur…kehendak rakyat ialah idris jusoh sebagai MB…..

  3. iDRIS jUSOH + umEnO = BIADAP!!!

    inilah yg sepatutnya digelar kpd mereka yg xtahu status diri.. menentg dan mengkritik sultan terengganu adlh sgt biadap dan sepatutnya dibuang negeri je org2 mcm ni.. diorg ingt diorg tu lebih berkuasa dr sultan ke? Patutlah si deris tu xditerima sultan..xreti hormat org rupanyee..

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

  4. Rakyat Terengganu tidak perlukan Idris, BOHONG jika anda berkata rakyat masih perlukan Idris…

  5. mindset rakyat Terengganu perlu diubah. Message yang hendak disampaikan ialah siapakah sebenarnya yang memenangi pilihanraya baru-baru ini? terima kasih

  6. sila lawati web saya http://www.theway2rich.com/jihad-biz. Pandangan dari seorang anggota beruniform. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: